Thursday, January 3, 2013

5 punca utama masalah kewangan.



1. Tiada simpanan kecemasan
- Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

2. Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan
- Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai. 
- Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa.

3. Tidak mengetahui aliran wang keluar
- Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.

4. Citarasa melebihi kemampuan
- Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.

5. Sukar menolak tawaran
- Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.

No comments:

Post a Comment