Anda merasa kurang
yakin menempuhi hari-hari kehidupan anda? Ingin berubah menjadi lebih baik? Di
sini ingin saya kongsikan cara mudah untuk membina keyakianan diri.
1.
Terima, sayangi dan hormati diri anda.
Anda adalah unik . Hanya ada anda
sahaja di dunia ini. Anda memiliki keistimewaan tersendiri. Cuma kenal pasti apa
kekutamn yang anda miliki. Jika anda membenci diri anda pemikiran bawah sedar
anda hanya akan mematuhi arahanya supaya anda hanya cari jalan untuk membuktikan
anda memang lemah. Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran anda katakan Aku
hargai, hormat dan sayangi diri aku dengan penuh perasaan dan ulang-ulangkan
sehingga penyataan anda benar-benar jujur pada diri anda.
2. Kemas dan
rapikan penampilan anda mengikut situasi di mana anda berada dan anda selesa
dengan penampilan anda.
Kebersihan , gaya rambut, gaya fesyen yang sesuai
dapat memberikan pengaruh kepada emosi anda dan emosi orang lain tentang siapa
dan bagaimana anda akan dilayan oleh orang lain di peresekitaran anda. Jadi
mulakan transformasi penampilan diri anda. Dari segi berat badan pun anda boleh
kurangkan ikut kesesuaian ketinggian anda supaya namapk bergaya.
3.
Pelihara kesihatan mental dan fizikal supaya anda nampak sihat dan anggun. Sihat
dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara anda berfikir dan kemampuan
anda terhadap betapa anda memang benar2 sayang pada diri anda.
4.
Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana akan meningkatkan keyakinan anda.
Dengan senyuman anda akan dapat menghubungi orang lain dari segi perasaan yang
baik pada diri anda. Senyuman bermakna saya suka anda dan anda pasti akan sukai
saya. Orang lain akan tunduk dengan senyuman yang ikhlas dari anda. Kemesraan
akan terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah
senyumannya.
5. Posture atau posisi setiap anggota tubuh badan anda perlu
ditunjukkan dengan penampilan yang saya sukai diri saya. Naikkan sedikit dada
anda. Tegakkan bahu anda, angkatkan sedikit kepala anda. Bila anda berjalan
lajukan 25% daripadd biasa. Tunjukkan keyakinan cara anda berjalan , berdiri,
duduk bahawa anda nyatakan diri anda aku orang penting dan amat berharga. Allah
jadikan aku seorang khalifah yang hebat. Inilah diri aku tetapi bukan kaedah
cara orang yang sombong.
6.Ambil maruah anda. Jangan merasakan anda
begitu terpencil apabila anda berada di sesuatu tempat. Rasakan kawasan anda itu
seolah-olah anda menguasainya.
7. Tumpukan perhatian pada orang di
persekitaran anda . Lihat segala kebaikan yang mereka ada dan hargai , ucapkan
pujian yang sepatutnya. Dengan cara ini orang lain akan menyenangi kehadiran
anda. Anda diterima dengan sebaiknya. Biasanya anda hanya menumpukan kelemahan
dan kekurangan pada diri anda ini akan menyebabkan anda rasa rendah diri yang
membawa kepada kurang berkeyakinan.
8. JIka berada di majlis orang ramai
pastikan anda duduk dibahagian hadapan. Biasakan diri bagi meningkatkan
keyakinan anda. Buangkan rasa takut kerana orang penting akan berada di barisan
yang paling hadapan.
9. Suarakan dengan yakin apa sahaja pendapat anda.
Anda berhak untuk menampilkan diri anda. Tidak perlu untuk bertanding dengan
orang lain hanya tampilkan keistimewaan anda.
10. Untuk menuju
kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang anda bakal lakukan. Anda
bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi anda sanggup sedia kerana tiada
mangusai yang boleh jadi terus sempurna. Ianya seperti pokok yang tumbuh dari
biji benih. Katakan aku akan buat lebih baik lagi. Pengalaman yang anda terima
berulang kali akan memantapkan lagi keyakinan diri anda pada sesuatu perkara
yang anda lakukan.
11. Bercakap dengan mengekal hubungan mata menunjukan
anda hormat pada orang yang anda sedang bercakap. Hubungan mata menujukkan anda
adalah orang yang yakin benar terhadap tingkahlaku anda.
12. Jika anda
belum yakin lakukan lakonan anda memang yakin. Lakonan anda lama-lama akan
menjadikan diri anda yang sebenar kerana apa yang minda percaya itulah yang akan
diikuti oleh tindakan fizikal tubuh badan dan percakapan diri anda.
13.
Anggap diri anda penting dan siapa sahaja yang berada di sisi anda adalah orang
penting. Sayangi orang di sekitar anda nescaya anda akan disayangi. Ingat
berniatlah ingin membantu orang lain nescaya anda akan dapat meningkatkan
keyakinan diri anda. Hanya orang yang yakin adalah orang yang bersedia
menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti yang ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
No comments:
Post a Comment