Sunday, December 30, 2012

Apa itu Rahmat dan Berkat?


Ada 2-3-4 ke 5 orang yang bila di ucapkan;

"Selamat Sejahtera atas awak, semoga Allah merahmati awak selalu, dan semoga Allah memberkati awak selalu."

Tau apa di jawabnya ??
- "terima kasih..", sengih sengih.. "Alhamdulillah.."

ni menunjukkan apa sahabat sekalian ??- 

betapa kita tak paham pun maksud Salam (Assalamualaikum W.R.T.)

yang di ucapkan di atas adalah Salam saudara saudari - tetapi dalam terjemahan, yang bila di sebut bersungguh-sungguh, menjadikan orang terkedu, muka ceria, sebab kita mendoakannya.

betapa, mulia, bagus, terpujilah, sahsiah kita umat Muslim diajari Allah juga Rasul.. sentiasa mendoakan sesama muslim muslimat

TETAPI

janganlah hidung kembang kempis je

Tanggung jawab dah ada

bila di ucap begitu

kita WAJIB membalas balik dengan

"dan moga awak juga mendapat Selamat Sejahtera, moga Allah merahmati awak juga, dan moga Allah memberkati awak juga."
(Walaikumsalam Warahmatullahi Wabaratuh)

Jangan “terima kasih” sahaja.

===============
itu intro
===============

yang nak di cerita di sini lebih lagi

apa itu Rahmat 
apa itu Berkat

===============
adakah bila kita sebut moga Allah mencucuri Rahmat kepada Arwah

dalam hati kita 'bayangkan' apa ? ada sinaran putih sampai kat kepala Arwah atau ada kotak bertulis Rahmat sampai kat dia, atau ada pemuda bernama Rahmat berjumpa dengan orang itu ?

Rahmat adalah Anugerah juga Kasih Sayang dari Allah

even dalam solat, Rabighfirli, Warhamni..

Warhamni - di terjemahkan (satu terjemahan, sayangi daku) - atau Rahmati daku

persoalan nya di sini

di hati kita bila kita kata Rahmat, dalam PANDANGAN PEMAHAMAN KITA mestilah RASAKAN, pahamkan, ianya ANUGERAH DAN KASIH SAYANG dari Allah


lagi ingat

kita masuk Syurga, BUKAN dengan AMALAN kita 

dengan Amalan kita walau tak buat dosa tak cukup untuk masuk syurga - ada satu cerita (lebih kurang) orang ini ibadat 500 tahun (orang dulu hidup lama), dalam gua, lepas tu mati. di akhirat , tatkala dia nak masuk syurga, Allah tanya, kenapa masuk syurga (lebih kurang sahaja cerita ni), dia jawab sebab AMALANNYA. ops nanti dulu, sebab dia cakap dia masuk syurga sebab amalannya, Allah comparekan dengan NIKMAT pandangan matanya sahaja (belum lagi nikmat bernafas, mendengar, BERBAGAI NIKMAT LAGI), dah habis KALAH amalannya vs nikmat dariNYA, maka tak jadi nak di masukkan ke syurga,  maka si abid itu berkata pula, dengan "RahmatMu" - baru boleh masuk (lebih kurang sahaja cerita ni harap paham)

Kita masuk syurga kerana Rahmat dari Allah – dan hanya kerana itu, BUKAN kerana yang lain. 

kita tidak boleh sekali-kali berputus Asa dari Rahmat Allah. Hanya orang kafir sahaja yang boleh demikian - ada ayat Quran tentang ini.

itu sebab kena paham apa Rahmat ni

"Assala mualaika Ayyuhan Nabiu Warahmatullahi Wabaratuh"

EVEN dalam sembahyang kita mendoakan Nabi, Rasul, Nabi Muhammad, Ibrahim, moga Allah merahmati, moga Allah memberkati - 


=========
Rahmat dari Allah
Berkat dari Allah

==============
2 benda tidak ke lihatan
ianya GHAIB hanya boleh di RASAI

yang amat kita perlukan di dunia dan AKHIRAT - doakan sentiasa, dambakan sentiasa, pada kita, juga orang lain - kali ni bila bagi SALAM , bagilah salam dengan SESUNGGUHNYA, DENGAN RASA (dengan niat) - baru betul

=============
Rasa - yakin - feel - benda benda kena mengena bukan dengan fizikal kita - ianya berkaitan tentang diri kita yg sebenar- 

==============

apa pulak Berkat ?

Berkat bermaksud Bahagia, beruntung, bertambah, berkembang -

(dalam Quran ada menyebut : "..pohon Zaitun yang di berkati" - cari sendiri surah mana, persoalannya, apa jadi jika benda berkat jadi amalan kita - benda berkat masuk dalam badan kita ?) Allah memberkati pohon Zaitun. so, makanlah - semua kait mengait ni.

=============

Mulianya amalan kita umat Islam.

sentiasa mengharapkan Rahmat dan juga Berkat dari Allah semata.


============
katakanlah
===========
kita menyembah Allah kerana
kita SENTIASA SETIAP SAAT atau kurang dari itu

MEMERLUKAN 
hanya DIA
=================
kita menyembah Allah boleh di katakan BUKAN sebab (this is my pegangan)

1) kita mensyukuri nikmatNYA (nampak sangat macam kawan je Allah tu pada kita, walau ada Ulamak ada memperkatakan tentang ini)
2) Allah suruh, kita buat je la (persoalannya kalau kita tak buat ? tak kisah ?)
3) Allah dah jadikan kita untuk beribadat padaNya, tu sebab kita sembah/ibadah kepada Dia (tu sebab dari Allah)

sebab dari kita adalah
because
kita MEMERLUKAN ALLAH (tidak pada Doktor, KSU, Boss, Supervisor, lagu PM kita untuk semua, bukan bukan)
baru RASA kita di bawah, kita ini hina, kita ini tak berdaya, kita ini miskin, dll

=========
jika di terbalikkan pula
orang yang tidak menyembah Allah
dia tak perlukan Allah
(so fikir fikir kan siapa yang tidak solat itu)
boleh ke hidup tak perlukan Allah ??????

============
baru kuat pegangan , perasaan, kita move dalam dunia ni dengan RASA bro/sis
boleh ke kita hidup tanpa Allah ?

jantung kita berdegup pun bukan machine kat hospital bagi - 

============
CUKUPLAH ALLAH menjadi Pelindung, PENTADBIR (rabb) kita semua..





No comments:

Post a Comment