Kisah Air Kencing Anjing Hitam
Pada zaman Nabi Musa,
ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia tiada zuriat dan sangat
menginginkannya. Lalu terdetik dalam hati dia (bernazar), “Kalau aku dapat anak,
aku akan minum air kencing anjing hitam.”
Takdir Allah S.W.T., isteri si
lelaki tadi telah hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki
ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Bagaimana dia nak tunaikan nazar nya itu?
Syariat pada zaman Nabi Musa
berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi
Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau
sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap
kena laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan
susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala
yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak
perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari
air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk
pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat
(solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air tu.
Lelaki itu pun
berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang di perintahkan oleh Nabi Musa
tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai
dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing
anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Jadi,
kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat
(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan
suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak
gamak kan? Ker selamba dan tak kesah
Apapun, yang paling patut kita
fikirkan ialah perihal makan di luar, makan di restoran-restoran yang kita tidak
kenal siapa tukang masaknya. Terutamanya makan di kedai mamak.
Saya pun
pelik, kenapa la kita ni suka benar makan kat kedai-kedai mamat tu.
Kadang-kadang, pagi petang, siang malam makan di kedai mamak!
“Teh tarik
satu, roti canai satu.”
Bukanlah saya anti kedai mamak. Atau anti
makan luar. Tapi kita kena fikir kesan daripada memakan masakan orang yang tak
solat.
Saya percaya, ada ramai tukang masak yang tak solat. Kita pulak, pi
makan bekas air tangan diorang. Maka, gelaplah hati kita. Sebab tu liat nak buat
kerja-kerja yang baik.
Ingat saudara-saudari ku sekalian. Berhati-hati dengan
apa yang kita makan.
Solat sangat penting. Betapa beratnya amalan solat ni
hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ‘ Mikraj
sedangkan kewajipan-kewajipan lain disampaikan melalui Jibril
as.
Ketika saat Rasulullah SAW sedang nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah! As Solah wa amalakat
aimanukum”.
Maknanya, “Solat! Solat! Jangan sekali-kali kamu abaikan. Dan
peliharalah (pesan supaya suruh solat) orang-orang yang lemah di bawah
tanggunganmu”
Kesimpulan
Sama-samalah kita pelihara solat dari
segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan
ditimbang di neraca Mizan kelak.
Berhati-hati lah dalam memilih makanan.
Elakkan memakan masakan yang dimasak oleh tukang masak yang tidak solat atau
yang selalu meninggalkan solat.
Para ibu, para isteri, tunaikanlah solat
sebaik mungkin. Kerana air tangan mu memberikan kesan yang sangat besar kepada
suami dan anak-anakmu.
Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan
mentaati semua perintah Allah.
No comments:
Post a Comment