Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Tuesday, August 20, 2013
Masa untuk jadi KAYA
“Masa” memainkan peranan yang amat penting dalam mengumpul dan mengembangkan wang kita. Lebih banyak masa yang kita ada, lebih besar wang dapat mengembang. Ertinya, lebih awal anda sedar dan ambil tindakan memperbaiki keadaan kewangan anda, maka lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan terus bertambah.
Mari kita lihat dua beradik kembar Lili dan Didi. Lili berumur 25 tahun dan merupakan pembaca blog ini ;) . Lili sedar betapa pentingnya menjaga kewangan dan mula menyimpan pada usia yang muda. Setiap bulan tanpa terlepas, Lili menyimpan dan melabur RM400 ke akaun pelaburan yang memberi pulangan pelaburan 12% setahun. Sekiranya kita melihat 20 tahun akan datang, simpanan Lili dalam akaun pelaburannya telah menjadi RM345,800. Ketika itu, Lili berumur 45 tahun.
Didi pula, agak terlewat menyedari tentang pentingnya menjaga kewangan. Didi hanya mula menyimpan dan melabur ketika berumur 30 tahun- lewat 5 tahun selepas Lili. Oleh kerana pendapatan Didi tinggi sedikit, Didi boleh menyimpan RM700 setiap bulan dan dilaburkan pada akaun pelaburan yang sama memberi 12% pulangan pelaburan. Apabila Didi mencapai umur 45 tahun, jumlah simpanan Didi telah menjadi RM313,100.
Adakah anda dapat lihat perbezaannya? Walaupun Lili menyimpan hanya RM400 sebulan, manakala kembarnya Didi menyimpan RM700 sebulan, oleh kerana Lili mula menyimpan 5 tahun lebih awal, jumlah yang dimiliki adalah lebih tinggi lagi apabila keduanya berumur 45 tahun walaupun simpanan bulanannya adalah jauh kurang.
Masa memainkan peranan yang amat penting dalam pulangan pelaburan. Lebih lama wang disimpan dan dibiarkan mengembang oleh pulangan pelaburan, kenaikannya akan menjadi mendadak. Konsep ini dikenali sebagai pulangan kompaun (compound returns).
Pastinya anda pernah dengar istilah “yang kaya semakin kaya” bukan? Antara sebabnya adalah, mereka yang kaya, faham tentang konsep pulangan kompaun ini. Sekiranya sejumlah wang dilaburkan pada pulangan 10% setahun, dan jangan diusik selama 7 tahun, wang tersebut akan berganda dua! Ertinya, sekiranya seorang jutawan memiliki RM1,000,000 yang tidak disentuh, dan diberi pulangan pelaburan 10% setahun selama 7 tahun. Wangnya akan menjadi RM2,000,000- tanpa perlu melakukan apa kerja sekali pun!
Tidak kira, jutawan atau tidak, pulangan kompaun ini akan terjadi pada sesiapa sahaja yang memahaminya. Dan lebih banyak masa yang diberikan, lebih besar wang kita akan berkembang. Lebih awal anda menyedari hakikat ini, maka, lebih baik untuk anda mulakan sekarang!
3 Penyakit Kewangan Yang Wajib Diubati & Dicegah
Setiap penyakit ubatnya berbeza-beza.
Mana boleh telan Panadol sahaja setiap kali sakit.
Jadi kita kena tahu kita sakit apa. Jika kita tidak tahu kita sakit apa kena berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis.
1. Sakit Kurang Pendapatan
Ada orang kurang hutangnya dan pendapatannya juga kurang.
Bagaimana nak tahu? Senarai hutangnya tidak banyak dan tidak besar. Harta pun tidak banyak. Tapi masih cashflow negatif juga setiap bulan.
Ubatnya: Dia perlu tambah pendapatan.
2. Sakit Lebih Hutang
Ada orang banyak pendapatannya tetapi hutangnya juga banyak.
Jumlah pendapatan bulanan cantik. Tapi masih cashflow negatif juga setiap bulan. Rupanya perbelanjaan banyak dihabiskan untuk membayar pelbagai jenis hutang.
Ubatnya: Dia perlu urus duit dengan lebih baik.
3. Sakit Duit Terlebih
Ya. Ini juga adalah penyakit.
Ada orang hutangnya kurang, pendapatannya banyak. Tetapi hartanya duit tunai sahaja. Sedangkan duit tidak dapat bertambah sendiri.
Senarai pendapatan cantik. Senarai perbelanjaan pun sihat. Tapi senarai harta sedikit. Duit tunai sangat banyak.
Ubatnya: Dia perlu melabur.
Sakit Hybrid
Ya, benar. Ada juga yang ada simptom penyakit yang bercampur antara satu dengan yang lain.
Sebab itu bila masa senang kena sentiasa ingat masa susah. Masa ekonomi tengah baik, simpan dulu selebihnya baru makan. InsyaAllah, amalan semudah itu dapat mencegah pelbagai penyakit.
Situasi sebegini bukannya berlaku sekelip mata macam 1) ada duit 2) blackout 3) duit hilang.
Cegah penyakit kewangan dari sekarang.
Mulakan hari ini juga.
Mana boleh telan Panadol sahaja setiap kali sakit.
Jadi kita kena tahu kita sakit apa. Jika kita tidak tahu kita sakit apa kena berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis.
1. Sakit Kurang Pendapatan
Ada orang kurang hutangnya dan pendapatannya juga kurang.
Bagaimana nak tahu? Senarai hutangnya tidak banyak dan tidak besar. Harta pun tidak banyak. Tapi masih cashflow negatif juga setiap bulan.
Ubatnya: Dia perlu tambah pendapatan.
2. Sakit Lebih Hutang
Ada orang banyak pendapatannya tetapi hutangnya juga banyak.
Jumlah pendapatan bulanan cantik. Tapi masih cashflow negatif juga setiap bulan. Rupanya perbelanjaan banyak dihabiskan untuk membayar pelbagai jenis hutang.
Ubatnya: Dia perlu urus duit dengan lebih baik.
3. Sakit Duit Terlebih
Ya. Ini juga adalah penyakit.
Ada orang hutangnya kurang, pendapatannya banyak. Tetapi hartanya duit tunai sahaja. Sedangkan duit tidak dapat bertambah sendiri.
Senarai pendapatan cantik. Senarai perbelanjaan pun sihat. Tapi senarai harta sedikit. Duit tunai sangat banyak.
Ubatnya: Dia perlu melabur.
Sakit Hybrid
Ya, benar. Ada juga yang ada simptom penyakit yang bercampur antara satu dengan yang lain.
Sebab itu bila masa senang kena sentiasa ingat masa susah. Masa ekonomi tengah baik, simpan dulu selebihnya baru makan. InsyaAllah, amalan semudah itu dapat mencegah pelbagai penyakit.
Situasi sebegini bukannya berlaku sekelip mata macam 1) ada duit 2) blackout 3) duit hilang.
Cegah penyakit kewangan dari sekarang.
Mulakan hari ini juga.
Tuesday, May 28, 2013
TIPS AGAR KEBAIKAN BERTERUSAN
Sedikit perkongsian
1. Jika anda menerima wang RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.
2. Setiap hari, pastikan anda menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi : “SMS dihantar pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”
3. Pegang prinsip hidup jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.
4. Jika melihat penjual makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual. Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.
5. Jika hendak makan, ambil sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran. Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.
6. Selepas menggunakan tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.
7. Memakai pakaian yang di belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’ dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi. Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah” bergerak.
- Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT.
- Pesan Saidina Ali R.A. “Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.
Tuesday, May 14, 2013
The Six Easiest Steps to Save Money and Live More Sustainably
If you care about the environment but don't know where to start, or if you just want to save a little dough, here are the six easiest ways to do both! Even beginners can do their part!
1. Use Human Propulsion - Unless you live literally in the middle of nowhere, the easiest way to save some money, save some fuel and do something good for your body is to ditch the car. Instead of driving to the grocery store or a friends house, consider walking, jogging or biking. Not only will your wallet thank you, your body will too!
2. Turn Down the Thermostat - Sure, you might live in a cold zone, but do you really notice the difference between 68 degrees and 65? Turn down your thermostat during the day and wear more clothing. Stay busy...moving around will generate human-heat! At night, make sure you have a good set of organic comforters or blankets and stay cozy underneath. You won't need to heat the house if you're nice and warm in bed. In the summer, turn down the AC and enjoy a little natural breeze, or consider going shopping or to the movies where the climate is controlled for you! You'll save on cash, and you'll save the environment.
3. Unplug Your Appliances - Even appliances that are off, but still plugged in are drawing power. By unplugging them, you will save dozens to hundreds on your electricity bill. Turn off your lights when you're not using them! Ditch the old computers and go to tablets. Charging them regularly costs about half as much as the traditional desktop/laptop computers. Invest in EnergyStar approved appliances for even greater savings.
4. Shop Smart - Used to be that buying organic and sustainable products at the grocery store would cost you an arm and a leg. No more! Greener products are often just as cheap, if not more so, than their non-green counterparts, and they are only getting cheaper in comparison. Buy organic dairy, meats and produce, and environmentally friendly cleaning and pharmaceutical products. Bring your own re-usable shopping bag and carry your take home on your back instead of in your car.
5. Garden Smart - Plant an organic garden. It will bring you closer to the earth and encourage better, more sustainable practices in your every day life. Landscape your properties with native and drought tolerant plants to save on water and avoid the spread of invasive species. Landscape with edible plants...nothing better than having your own blackberry and raspberry bushes on site!
6. Read about Green Living Online: I recently posted a list of my 10 favorite Green Living blogs. You should check them out! Or, you could do some Googling to find ones that you like as well. You'll save on paper by not buying books, and the more you read about green and sustainable practices, the more likely you are think about them every day. Knowledge is power, and key to your living a greener life! Bonus Tip: Tell your friends, family and co-workers about the steps you are taking to improve your life and encourage others to do the same. The more you do so, the more you will find other like-minded people. You'll build a network, you'll get a ton of good ideas and you'll be doing your part to help us all live more sustainably!
Wednesday, April 17, 2013
Legasi Abundance (Berlimpahan)
| |
|
Wednesday, March 27, 2013
5 Tips Menyimpan Yang Efektif
Menyimpan Vs Berbelanja
Tanya sama Ali, apa sebab goyang,
Nanti jawab Ali, tabung digoncang!
Menyimpan ini boring. Namun ini lah perkara yang dapat menyelesaikan separuh dari masalah kewangan.
Justeru, kena paksa diri kita untuk menyimpan. Suka atau tidak. Susah atau senang.
5 Tips Menyimpan Yang Efektif
-----------------------------
1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit
Buat potongan sejurus selepas gaji masuk. Masukkan ke dalam akaun simpanan kita. Tetapkan tarikh yang sama dengan tarikh gaji masuk setiap bulan. Simpan dahulu, selebihnya baru belanjakan.
2. Main Kutu
Kalau susah sangat nak disiplinkan diri menyimpan, boleh cuba teknik ini. Ajak 3-5 orang kawan untuk bermain sekali. Setiap seorang sumbangkan sebanyak RM 300 sebulan. Bila dah terlibat di dalam game ini, kita akan rasa segan dan malu jika tidak bayar. Malah, kita akan seronok bila tiba giliran kita untuk terima duit kutu untuk bulan tersebut. Kalau 5 orang main, terus dapat RM1,500 dan terus simpan dalam tabung. Walaupun pada hakikatnya, duit tersebut memang duit kita pun, cuma psikologinya agak berbeza.
3. Kumpul Si Hijau
Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini, terus simpan di dalam tabung. Kenapa RM5 dan bukan yang lain? Sebab duit hijau ini jarang kita dapat berbanding dengan duit RM10, RM1 atau RM50. Nilainya juga di dalam kategori “sederhana”, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Cuba amalkan selama 2-3 bulan, anda akan rasa seronok apabila melihat duit hijau ini semakin banyak di dalam tabung.
4. Simpan Duit Syiling
Ramai di antara kita malas nak bawa duit syiling ke mana-mana. Kalau makan di kedai mamak RM2.80, kita akan beri RM3.00 dan baki 0.20 sen lagi kita beli gula-gula sebab malas nak simpan duit syiling. Apa kata mulai sekarang, duit syiling baki kita beli barang itu kita simpan terus di dalam tabung. Sampai je rumah, seluk poket, kalau ada syiling, terus masukkan. Ada orang pernah buat teknik ini dan berjaya mengumpul RM800 selama setahun dengan kumpul duit syiling sahaja. Lebih kurang RM70 sebulan. Wow, banyak juga tu.
5. Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM
Ada 3 pilihan.
1) Bank 2) Tabung Haji 3) ASB
Buka akaun, masukkan duit menggunakan cara # 1 dan lupakan terus. Mula-mula memang agak susah, tetapi lama-kelamaan ianya akan mudah. Kalau menyimpan di dalam bank yang ada kad ATM, memang susah nak disiplinkan diri. Sebab mudah sangat nak keluarkan.
Jadi simpanlah di Tabung Haji atau ASB. Dividen yang diberikan adalah jauh lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.
Selamat menabung!
Monday, March 4, 2013
Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank 10 Tahun
Kita mempunyai pilihan.
1) Terus buat majlis perkahwinan seperti hari ini.
2) Membentuk budaya baru majlis perkahwinan yang lebih ‘mampu-buat’.
Sekiranya poket kita “dalam”, tiada masalah untuk buat cara kenduri kahwin yang kita suka. Apa yang mengundang kebocoran wang yang banyak di kemudian hari adalah apabila kita membuat kenduri kahwin di luar kemampuan sehingga terpaksa bergolok gadai & berhutang keliling pinggang.
Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank Selama 10 tahun
Apabila kos perkahwinan hari ini mencecah RM 50,000 maka majoriti bakal pengantin terpaksa berhutang dengan bank sehingga 10-15 tahun.
Dengan kadar pembiayaan peribadi sekitar 5% setahun, setiap hutang RM 50,000 menyebabkan kita kehilangan aliran tunai sebanyak RM 600 sebulan selama 120 bulan. Seterusnya membayar balik kepada bank sehingga RM 72,000.
Benar, berkahwin & membuat kenduri perkahwinan itu satu sunnah namun Nabi saw tidaklah mengajar kita untuk membuat sesuatu di luar kemampuan sehingga membebankan kita. Baginda saw menyarankan agar kenduri kahwin ini dibuat walaupun hanya sekadar seekor kambing. Nak tunjuk, kenduri itu sunnah dan buat kecil-kecil pun tidak mengapa.
Dalam masyarakat kita, kenduri seekor kambing mampu menjamu dari 60-100 orang.
Jom Ubah Budaya Kahwin di Malaysia
Apabila anak-anak muda yang mahu berkahwin dapat mengelakkan dari membuat pembiayaan peribadi sebesar RM 50,000 mereka bakal mempunyai aliran tunai sehingga RM 600 sebulan. Jika mereka mampu bayar kepada bank RM 600 sebulan, sebenarnya mereka juga mampu menyimpan sebanyak itu setiap bulan.
Justeru, dengan aliran tunai sebanyak itu bakal pengantin mempunyai 2 pilihan mudah.
#1 Menyimpan RM 600 sebulan selama 7 tahun
Hasilnya dianggarkan seperti berikut
Tabung Haji (5%): RM 61,553.58
ASB (8%): RM 69,383.72
#2 Memulakan pelaburan hartanah setiap sendiri
Suami beli satu. Isteri beli satu. (Sila pastikan pembelian dibuat setelah mempelajari ilmu pelaburan hartanah dahulu ya)
Selepas 7 tahun berkahwin, rumah tersebut dapat terus disewakan atau dijual dengan keuntungan. Seterusnya mereka dapat bergabung membeli rumah yang lebih besar dan yang lebih sesuai untuk membentuk ‘Rumahku Syurgaku’.
Anak Muda Mesti Kumpul Aset
Kumpul aset secepat mungkin.
Bukan hutang kereta.
Bukan hutang rumah (untuk diduduki)
Bukan hutang peribadi (untuk berkahwin)
Barulah duit kita bekerja keras untuk kita dan bukannya kita bekerja keras untuk bank.
Dalam situasi hari ini, penyakit kewangan anak-anak muda di Malaysia bermula sejak mereka mula bercinta lagi.
Sunday, January 13, 2013
Infak dan Sadaqah sebagai Ibadah
Menurut Yusuf Al-Qaradhawi, “Amal sosial termasuk sebagai salah satu ibadah, selama untuk untuk mencari kebaikan dan bukan mencari muka.Setiap pekerjaan yang menghapuskan air mata penderitaan seseorang, meringankan penderitaan orang lain,membuka kesempitan derita orang dizalimi system, mengajar orang seseorang dan memberikan sesuatu kepada yang ditimpa musibah adalah termasuk ibadah taqarrub ilallah “.
Dari Abu Hurairah diriwayatkan :” Setiap sendi yang ada pada manusia wajib bersedekah, selama hari masih bersinar, mendamaikan antara dua orang itu sedakah, membantu seseorang untuk naik dikendaraannya itu sedakah,perkataan yang baik itu sedekah,setiap langkah menuju salat itu sedekah dan membuang duri dijalanan itu sedekah” (HR.Bukhari Muslim).
Dengan melihat hadis diatas, maka setiap hari kita berkewajiban selalu menghulurkan tenaga atau wang ringgit(harta) kita ke arah infak dan sedekah.
Kelemahan sebahagian muslimin hanya bersedekah dan berinfak ketika bukan Ramadhan tiba. Sikap seperti itu perlu diubah, kemiskinan dan penderitaan muslimin bukan dirasakan pada bulan Ramadhan sahaja, tapi fenomena masyarakat itu harus dijadikan amalan harian.
Diantara sifat-sifat Nabi yang tertulis dalam kitab bersanji yang rata-rata dibaca dan dilagukan dibulan Maulid adalah “Yuhibbul fuqara wal-masakin” (Sangat mencintai fakir dan masakin).
MISKIN & KAYA:
Ada persepsi sebagian muslim dimana yang berinfak itu hanya orang kaya, padahal Alquran menyebut : ” Dan bersegeralah kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik waktu lapang mahupun sempit “(QS.3:l33).
Melihat bunyi ayat diatas, seolah-olah terdapat keganjilan, kerana baik yang miskin apalagi yang kaya, kedua-duanya selalu berada dalam situasi yang sama yaitu kegiatan gemar melakukan infak, manakala mengaku dirinya telah tergolong kelompok orang-orang yang takwa.. Hikmahnya, agar orang miskin tidak terlalu bergantung dan selalu menjadi tangan dibawah yang peminta, padahal berpotensi pula untuk menjadi tangan diatas yang pemberi. Sudah tentu yang kaya infaknya lebih banyak dari yang miskin.
Korelasi ayat lain memberi harapan bahwa kaum penyumbang sekalipun kecil, akan selalu memperoleh lipatan yang lebih banyak.
“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di dijalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan(ganjaran) siapa yang dikehendaki “(QS.2:26l).
Dari keterangan ayat itu ternyata membelanjakan satu biji, dapat terbalas tujuh ratus kali dan tidak menyebut nanti diakhirat. Artinya, sumbangan ikhlas yang kita berikan adalah untuk kebaikan(dengan niat yang ikhlas) untuk generasi yang ingin menempuh masa akan datang dapat menghasilkan tujuh ratus kali ganda lipatan. (rujuk semula posting ini http://generalreadings.blogspot.com/2013/01/sedekah-ghaibkan-hutang-2.html )
Untuk lebih meyakini kebenaran ayat tersebut, kita kutip ayat lain “Wama anfaqtum min syaiin fahuwa yukhlifuhu, wahuwa khayr al-raziqin ” (Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya,dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya).(QS.34:39).
Berdasarkan kedua ayat tersebut, maka bertambah yakinlah kita bahwa apa saja yang kita sumbangkan secara ikhlas, terhadap saudara-saudara kita yang memanfaatkannya, nescaya amalan itu pasti terganti dan semuanya termasuk ibadah.
Ada pepatah Arab berkata “Anfiq ma fil-jayb, ya’tika ma fil-ghayb”(Belanjakan apa yang ada dalam sakumu, niscaya anda akan memperolreh gantinya dari yang gaib).
Cara menginfakkan harta boleh dilakukan secara terang-terangan dan tersembunyi, istilahnya “Sirran wa ‘alaniyah”.Sebagian muasir menafsirkan jika infak itu adalah infak wajib, seperti zakat harta dan fitrah, hendaknya dilakukan terang-terangan,utuk merangsang orang lain melaklukan perbuatan yang sama dan untuk menghindari suuzhan sebagian orang, bahwa anda orang mampu yang kikir,padahal tidak demikian,selanjutnya sadaqah sunat yang hampir setiap hari dilaskukan, agar terkesan riya’ sebaiknya disembunyikan.
Akhirnya marilah kita biasaan berinfak dan bersedekah, sebagai bagian dari ibadah terutama kepada muslimin yang memerlukan.
"Tidaklah berkurangan harta itu jika di bahagikan kepada orang lain, sebaliknya Allah akan melipatkali gandakan pulangannya"
Jazza kallahu khaira ( Mudah-mudahan Allah memberi balasan kebaikan kepadamu )
Karya Asal : Islam itu Indah
Thursday, January 3, 2013
5 punca utama masalah kewangan.
1. Tiada simpanan
kecemasan
- Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda.
Ini kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa
hadapan.
2. Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan
-
Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan
kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai.
- Keinginan ialah
benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup
seperti biasa.
3. Tidak mengetahui aliran wang keluar
- Sebaiknya,
anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah
untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin
dilakukan.
4. Citarasa melebihi kemampuan
- Setiap perbelanjaan yang
dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan
citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.
5. Sukar menolak tawaran
-
Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang yang sukar
untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan
atau ahli keluarga.
Anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia
tidak membebankan anda kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.
Sedekah Ghaibkan Hutang (2)
Sedekah Ghaibkan Hutang (2)
Seandainya kita mempunyai rezeki lebih untuk sedekah pada tiap
hari, teruskan. Apabila kita gandakah sedekah, ia dinamakan ‘Sedekah Ghaibkan
Hutang’. Di samping itu, bersedekah juga untuk mempercepat rezeki dengan lebih
deras.
Seperti yang kita tahu, tiap sedekah yang kita labur, PASTI
mendapat ganjaran 10-700 kali ganda. Ia terbukti dalam sebuah hadis;
“Jika dia berkeinginan
melakukan kebaikan, kemudian ia melakukannya, Allah mencatat untuknya 10-700
kali lipat kebaikan sampai tidak terhingga." (Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim)
Potensi sedekah
Sedekah Ganjaran
RM1 RM10-RM700
RM10 RM100-RM7,000
RM100 RM1,000-RM70,000
Teknik ini juga boleh digunakan untuk langsaikan hutang. Contoh,
kita ada RM10. Hutang kita bernilai RM100. Dengan menyedekahkan RM10, kita
PASTI dibalas RM100, sekaligus dapat membayar hutang kita.
Bagi mendapatkan rezeki lebih daripada mencukupi, sedekahkan amaun
lebih 10% daripada hutang kita. Contoh, kita sedekah RM10 untuk membayar hutang
bernilai RM100.
Apabila kita menggandakan sedekah kepada RM20, kita pasti dibalas
RM200 yang memberi ganjaran lebih daripada mencukupi iaitu lebih daripada
hutang kita.
Yakin dalam diri dan ikhlas
ketika bersedekah. Kerana tidak semestinya setiap ganjaran itu berbentuk
matawang di samping itu ganjaran seperti dipermudahkan urusan untuk beramal
mengerjakan ibadah (Badan cergas &Akal cerdas), dijauhkan dari perkara
tidak baik(bencana/musibah), di sengangi oleh orang sekeliling (silaturrahim), dipelawa/dibelanja
makan dan yang seumpama denganya juga
adalah antara bentuk ganjaran yang diberikan kepada kita oleh Allah SWT.
Jazza kallahu khaira , Amin..
Hadis
Nabi berkenaan Sedekah sebagai rujukan;
1.Bersedekah Dari Harta
Yang Halal
Dari Abu Hurairah, ia
berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji
kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan
tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari
usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang
di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi
gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Dari Abu Hurairah :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang
kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain,
melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada
bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh
Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi
)
Dari Ibnu Mas’ud ia berkata
: Rasulullah s.a.w bersabda “ Siapakah di antara kamu yang hanya warisannya
lebih dicintainya daripada harta sendiri?” Mereka menjawab : Wahai Rasulullah,
tidaklah ada seorang di antara kami yang harta warisannya lebih dicintai dari
hartanya sendiri. Lalu Nabi s.a.w bersabda “ Maka sesungguhnya yang menjadi
harta seseorang adalah apa yang telah di[ersiapkan untuk akhiratnya dan harta
warisannya adalah apa yang ia tinggalkan untuk ahli warisnya .” (
HR Bukhari dan Nasa’i )
Dari Ibnu Mas’ud, ia
berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Hendaklah seseorang diantara kamu
memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma
.”
( HR Ahmad dengan sanad
sahih )
Dari Anas, ia berkata :
Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemarahan Tuhan
dan mencegah kematian yang buruk .”
( HR Thabrani, dia
menghasankannya dan disahkan oleh Ibnu Hiban )
Dari Abu Hurairah,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Sungguh aku akan mengeluarkan sedekah
, lalu ia berikan sedekah itu di tangan pencuri, kemudian besok paginya mereka
memperkatakan peristiwa tersebut : “ Kamu semalam telah memberi sedekah kepada
seorang pencuri . Kemudian Nabi bersabda “ Wahai Tuhan, bagi-Mulah segala puji,
kerana orang itu telah memberi sedekah kepada pencuri . Ia berkata : “
Sesungguhnya aku akan mengeluarkan sedekah; lalu ia keluarkan sedekahnya,
kemudian ia berikan kepada seorang perempuan penzina. Lalu besok paginya mereka
memperkatakan kejadian itu. Katanya : “ Engkau semalam memberikan sedekah
kepada seorang perempuan zina .” Baginda bersabda : “ Wahai Tuhanku ,
bagi-Mulah segala puji, kerana sedekah yang diberikan kepada seorang perempuan
pezina. Sungguh aku akan bersedekah dengan suatu sedekah, lalu ia keluarkan
sedekah, kemudian ia berikan ke tangan seorang berkecukupan. Lalu mereka
memperkatakan kejadian itu : “ Engkau semalam telah memberikan sedekah kepada
seseorang yang berkecukupan. Lalu baginda bersabda “ Wahai Tuhanku, bagi-Mulah
segala puji, kerana orang itu telah memberikan sedekah kepada seorang pencuri,
seorang perempuan pezina dan seorang yang berkecukupan. Lalu dikatakan
kepadanya : “ Adapun sedekahmu kepada seorang pencuri, maka
mudah-mudahan si pencuri itu akan menghentikan dirinya dari perbuatan mencuri.
Adapun sedekahmu kepada seorang perempuan pezina, mudah-mudahan dapat mencegah
perempuan itu dari perbuatan zina ; sedangkan sedekahmu kepada orang yang
berkecukupan , maka mudah-mudahan orang itu mengambil pelajaran dari kejadian
itu, sehingga mahu mengeluarkan derma dari harta yang Allah berikan kepadanya
.” ( HR Bukhari Muslim , tetapi lafaz ini ada pada sisi Bukhari )
Dan pada riwayat Muslim
disebutkan : “ Adapun sedekahnya itu sesungguhnya telah diterima .”
Dari Anas bin Malik , ia
berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah kalian bersedekah, kerana
sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .”
( HR Baihaqi )
Dari Amr bin Auf, ia berkata
: Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan
memanjang umurnya; dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk; serta Allah
jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” ( HR
Thabrani )
2. Keutamaan Sedekah
Orang Miskin
Dari Abu Hurairah, ia
berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Satu dirham mengalahkan 100.000 dirham.”
Lalu seseorang bertanya : Bagaimana hal itu boleh terjadi , wahai Rasulullah?”
Sabdanya “ Seseorang
mempunyai harta yang banyak sekali, kemudian ia mengambil dari hartanya itu
100.000 dirham untuk disedekahkan . Tetapi ada seseorang yang tidak mempunyai
apa-apa , kecuali hanya 2 dirham, lalu yang 1 dirham ia ambil untuk
disedekahkan .” ( HR Nasa’i dan disahkan
oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )
Dari Umi Najid ,
sesungguhnya ia bertanya : Wahai Rasulullah SAW ! Sungguh seorang miskin
berdiri di depan pintuku , tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang dapat aku
berikan kepadanya. Lalu Nabi bersabda kepadanya : “ Sekiranya engkau tidak
mendapatkan sesuatu yang dapat diberikan kepadanya, kecuali sebelah kuku
kambing atau lembu , maka berikanlah barang itu kepadanya .” ( HR
Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban )
Dalam riwayat Ibnu Hiban
dikatakan : “ Janganlah engkau menolak orang yang meminta kepadamu , walaupun
engkau memberikan kepadanya sebelah kuku lembu atau kambing .”
3. Sedekah Secara
Tertutup
Dari Abi Umamah, ia berkata
: Rasulullah SAW, bersabda : “ Orang yang melakukan perbuatan makruf, bererti
dia menjaga dirinya dari permusuhan yang tidak baik ; sedangkan bersedekah
dengan sembunyi-sembunyi , bererti memadamkan kemurkaan Tuhannya ; dan
melakukan silaturahim akan memanjang umur .” ( HR Thabrani dengan sanad
hasan )
4. Mengutamakan Sedekah
Kepada Keluarga Terdekat
Dari Salman bin Amir dari
Nabi SAW sabdanya : “ Bersedekah kepada seorang miskin pahalanya satu ; dan
kepada orang-orang yang ada hubungan kerabat pahalanya dua , iaitu pahala
sedekah dan pahala kekerabatan .” ( HR Nasa’i dan Tirmidzi, disahkan
oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )
Lafaz yang ada pada sisi
Ibnu Khuzaimah menyebutkan : “ Dan pada orang-orang yang punya hubungan dekat,
bernilai dua , iaitu sedekah dan hubungan kekerabatan .
Dari Hakim bin Hizam :
Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang berbagai sedekah
, manakah di antaranya yang paling utama . Sabdanya “ Sedekah yang diberikan
kepada seorang kerabat yang membenci dirinya .” ( HR Ahmad dan Thabrani
)
Dari Abdullah bin Mas’ud
, dari Nabi SAW , baginda bersabda “ Tiap pinjaman adalah sedekah .”
( HR Thabrani dengan
sanad hasan dan juga diriwayatkan oleh Baihaqi )
Dari Bahz Ibnu Hakim dari
bapanya dari datuknya , ia berkata : Aku berkata : Wahai Rasulullah , siapakah
orang yang paling patut aku beri layanan baik ? Sabdanya “ Ibumu , kemudian
ibumu , kemudian ibumu , kemudian bapamu , kemudian kerabatmu , lalu kerabatmu
yang lebih dekat .” Kemudian Rasulullah SAW bersabda “ Seseorang tiada meminta
kepada orang yang berhak membiayainya sesuatu harta yang ada pada dirinya ,
tetapi ia enggan untuk memberikannya , maka nescaya kelak pada hari kiamat
hartanya yang enggan ia berikan kepada orang yang memintanya itu akan menjadi lembu
ganas bertanduk .”
( HR Abu Dawud dan lafaz
ini ada pada sisi Abu Dawud )
Juga diriwayatkan oleh
Nasa’i , Tirmizi dan dihasankan oleh Tirmizi .
5. Memberi Pinjaman
Termasuk Sedekah
Dari Abdullah bin Mas’ud
, dari Nabi SAW , beliau bersabda “ Tiap pinjaman adalah sedekah .”
( HR Thabrani dengan
sanad Hasan dan juga diriwayatkan oleh Baihaqi )
Dari Abdullah bin Mas’ud
, ia berkata : Tiada seseorang Muslim yang memberikan pinjaman kepada
saudaranya yang muslim sekali melainkan akan dicatat sebagai dua sedekah bagi
dirinya .”
( HR Ibnu Majah dan
disahkan oleh Ibnu Hiban )
Juga diriwayatkan oleh
Baihaqi secara marfuk mahupun mauquf .
6. Meringankan kesulitan
Orang Lain
Dari Abu Hurairah , ia
berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa meringkankan seseorang yang
berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringkan
dirinya di dunia mahupun di akhirat ,” ( HR Muslim )
Juga diriwayatkan oleh
Ibnu Hiban dan Thabrani , tetapi pada Thabrani dengan lafaz : Aku
bersaksi dengan nama Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya aku pernah mendengar
baginda bersabda “ Sesungguhnya manusia pertama yang mendapatkan naungan pada
hari kiamat dengan naungan Allah ialah seseorang yang memberikan penundaan bagi
orang yang berhutang kepadanya tetapi dalam kesulitan untuk mengembalikannya ,
sehingga orang itu mampu untuk mengembalikannya atau ia mensedekahkan hutangnya
itu kepadanya . Ia berkata : Hartaku yang engkau pinjam itu menjadi sedekah ,
demi mencari keredhaan Allah ; dan kemudian ia baker catatan hutang orang itu
.” Di dalam Syarah Sunan Bahawi, dengan lafaz : “ Barangsiapa membebaskan
seseorang yang terbelit oleh hutang , maka kelak pada hari kiamat ia akan
berada di bawah naungan ‘Arsy’ .” Dan pada Abdullah bin Ahmad dalam Zaidatul
Musnad disebutkan :
“ Allah akan menaungi
seseorang hamba dengan naungan-Nya pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya
, iaitu orang memberikan kelonggaran pembayaran hutang dari orang-orang yang
tersepit atau menghapuskannya dari orang-orang yang dibebani oleh hutang .”
( HR Thabrani di dalam Al
Kabiir dari As’ad bin Zurarah dan pada kitab Al Ausath , hadith dari Syadad bin
Aus )
Dari Abu Hurairah :
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “ Ada seseorang yang biasa
memberikan hutang kepada orang ramai , lalu ia berkata kepada pelayannya ;
Apabila engkau menagih kepada orang-orang yang dalam kesulitan, maka hendaklah
dia engkau beri penundaan . Mudah-mudahan Allah pun akan menghapuskan
rintangan-rintangan kita. Kemudian ia menemui Allah (Wafat) , maka Allah
menghapuskan dosa-dosanya .” ( HR Bukhari dan Muslim )
7. Bersedekah Setiap Hari
Dari Abu Hurairah , ia
berkata : Rasulullah SAW telah bersabda “ Tiada hari melainkan pasti ada dua
malaikat yang turun dari langit . Salah seorangnya berkata : Allahunima A’thi
munfiqan khalafan ( Ya Allah berikanlah pengganti kepada orang-orang yang
berderma ) Sedangkan yang kedua berkata : Allahumma A’thi mumsikan talafan ( Ya
Allah turunkanlah kebinasaan kepada orang-orang yang bakhil ) .” ( HR
Bukhari dan Muslim )
Dari Ibnu Mas’ud , dia
berkata : Nabi SAW masuk ke rumah Bilal dan di rumahnya terdapat semangkuk
kurma . Lalu beliau bertanya : “ Barang apakah ini hai Bilal ?” Aku persiapkan
untuk tamu-tamuku . Lalu Nabi bersabda : “ Tidaklah kamu takut kelak , kamu
akan mendapatkan azab dari api neraka ? Bedermalah wahai Bilal dan janganlah
engkau khuatir menjadi kekurangan dari pemberian Tuhan yang memiliki ‘Arasy’ .”
( HR Al Bazaar dengan
sanad hasan ) Juga diriwayatkan oleh Thabrani
Dari Asma binti Abu
Bakar , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Janganlah engkau
tutup mangkukmu , supaya tiada tertutup rezeki bagi dirimu .” Dan
pada riwayat lain disebut
: “
Keluarkanlah derma atau bermurah hatilah kamu dan jangan kamu mengungkit-ungkit
kerana kelak kamu akan diungkit oleh Allah ; dan janganlah kamu
mengungkit-ungkit apa yang telah engkau berikan kepada orang kerana wngkau
kelak akan diungkit oleh Allah .”(HR Bukhari & Muslim)
Ibnu Hiban meriwayatkan dari
Anas : Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah menyiapkan makanan apa pun untuk
persiapan besok pagi .” ( HR Ahmad & Abu Ya’la )
Dari Abdullah bin Amr , ia
berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa memberi minum kepada
saudaranya , hingga kenyang dan memberi minum kepadanya , hingga ia kenyang ,
pasti kelak Allah akan menjauhkan dia dari seksaan api neraka sejauh 7 khandak
, masing-masing khandak jauhnya 100 tahun perjalanan .” ( HR Thabrani
dan Abu Syaikh dan juga riwayat Baihaqi dan disahkan oleh Hakim )
Dari Abu Hurairah , ia
berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Pada hari kiamat kelak Allah akan berseru
kepada manusia : “ Wahai Ibnu Adam , Aku dahulu sakit, tetapi engkau tidak
menjenguk-Ku.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku
menjenguk-Mu, padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam ? . Firman-Nya : “
Tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya hamba-Ku, si Fulan telah
sakit,tetapi engkau tidak menjenguknya; tidakkah engkau ketahui bahawa
sesungguhnya kalau kamu mahu menjenguknya, nescayalah engkau akan menemui Aku
di sisinya. Wahai Ibnu Adam, Aku meminta makan kepadamu, tetapi engkau tidak
memberi-Ku makan.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi
makan kepada-Mu, padahal Engkau Tuhan seru sekalian alam ? Firman-Nya : “
Tidakkah engkau ketahui sesungguhnya hamba-Ku si Fulan telah meminta makan
kepadamu,tetapi engkau tidak mahu memberinya makan; tidakkah engkau ketahui,
sesungguhnya kalau kamu mahu memberinya makan, nescaya engkau akan menemui hal
itu di sisi-Ku. Wahai Ibnu Adam, Aku telah meminta minum kepadamu, tetapi kamu
tidak mahu memberi minum kepada-Ku.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku,
bagaimana aku memberi minum kepada-Mu, padahal engkau Tuhan seru sekalian alam?
Lalu Tuhan berfirman : “ Telah meminta minum kepadamu hamba-Ku, si Fulan, tetapi
engkau tidak memberinya minum. Bilamana engkau mahu memberinya minum, nescaya
engkau akan mendapati hal itu di sisi-Ku .” (HR Muslim )
8. Memberi Makan Sesama
Mukmin
Diriwayatkan dari Umar bin
Khaththab, katanya Rasulullah pernah ditanya oleh orang, manakah amalan yang
paling utama. Sabdanya : “ Iaitu engkau memasukkan rasa gembira kepada seorang
mukmin dengan jalan engkau memberinya makan ketika ia dalam keadaan lapar; atau
memberinya pakaian ketika ia dalam keadaan telanjang; atau engkau mahu membantu
memenuhi keperluannya .” ( HR Thabrani di dalam Kitab Ausath )
Juga diriwayatkan oleh
Abu Syaikh di dalam Tasawab hadith dari Ibnu Amr disebutkan dalam riwayat itu “
Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah memasukkan rasa kegembiraan pada
waktu seorang muslim atau menyingkirkan kesusahan dari dirinya atau mengusir
rasa lapar dari dirinya atau engkau turut membantu melunasi hutangnya .”
9. Memberi Minum Haiwan
Dari Abu Hurairah , ia
berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Ketika seseorang lelaki
berjalan di tengah jalan terik matahari sangat panasnya . Kemudian ia mendapati
sebuah telaga, lalu ia turun, kemudian ia minum dari air itu, lalu ia keluar.
Tiba-tiba seekor anjing terengah-engah dan menjilat pasir kerana kehausan. Lalu
orang itu berkata dalam dirinya : Sesungguhnya anjing ini telah mengalami
kehausan seperti kehausan yang telah menimpa diriku. Lalu ia turun ke telaga,
kemudian memenuhi kasutnya dengan air, lalu ia gigit kasut itu dengan mulutnya
sampai ia naik ke atas kemudian ia memberi minum kepada anjing itu, maka
bersyukurlah Allah kepadanya dan mengampuni segala dosanya.” Lalu para sahabat
bertanya : Wahai Rasulullah, apakah dalam mengurus binatang-binatang kami
mendapatkan pahala? Sabdanya : “ Pada setiap makhluk yang berdenyut jantungnya
ada pahala .” ( HR Bukhari Muslim)
Dan dalam riwayat Ibnu
Hiban dikatakan : “ Allah bersyukur kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga
.”
10. Bersedekah Atas Nama
Ibu Bapa Yang Meninggal
Dari Anas : Sesungguhnya
Sa’id Ubadah dating kepada Nabi SAW, lalu ia berkata : Wahai Rasulullah,
sesungguhnya ibuku telah meninggal, tetapi beliau tidak memberiku wasiat.
Apakah bermanfaat bagi dirinya kalau aku mengeluarkan sedekah atas namanya?
Nabi bersabda : “ Ya. Dan hendaklah engkau memberikan sedekah dengan air .”
( HR Thabrani dalam Al
Ausath dan para riwayat dipercayaai )
Diriwayatkan pula oleh
Abu Dawud dari Sa’id bin Ubadah sendiri : Ia berkata : Wahai Rasulullah , ibuku
telah meninggal, maka sedekah apakah yang lebih baik? Sabdanya : “ Air.” Lalu
dia menggali sebuah telaga dan katanya : “ Telaga ini adalah untuk Ibu Sa’id .”
( HR Ibnu Khuzaimah dan
Ibnu Hiban )
11. Berterima
Kasih Kepada Pemberi Sedekah
Dari
Usamah bin Zaid , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa diberi
layanan baik, maka hendaklah ia berkata kepada pelakunya : Jazza
kallahu khaira ( Mudah-mudahan Allah memberi balasan kebaikan kepadamu )
Jika
ia mengatakan demikian, maka sesungguhnya dia telah memberikan pujian dengan
sebaik-baiknya . Dan dalam satu riwayat dikatakan : “ Barangsiapa diberikan
kebaikan atau mendapat perlakuan kebaikan dan sejenisnya .” ( HR
Tirmidzi,ia mengatakan hadith ini hasan garib )
Dan
diriwayatkan oleh Thabrani dalam Kitab Ash Shaghir secara ringkas, dikatakan :
“ Apabila seseorang mengatakan : Jazza kallahu khaira ( Mudah-mudahan Allah
memberikan balasan kebaikan kepadamu ), maka sesungguhnya ia telah memberikan
pujian yang sangat besar .”
Dari
Asy’ats bin Qays, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya orang
yang paling bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling dapat menerima
kasih kepada sesama manusia.” Dalam satu riwayat dikatakan : “ Tidaklah
bersyukur kepada Allah orang yang tidak dapat berterima kasih kepada sesama
manusia .” ( HR Ahmad dan rawi-rawinya adalah orang yang dipercayai )
Tuesday, January 1, 2013
9 Formula Pantas Seru Rezeki (1)
BAB 1 : Susuk Jernihkan Aliran Rezeki
Secara umum, susuk adalah sesuatu yang ditanam pada muka untuk mencantikkan rupa paras.
Apabila susuk telah ditanam, rupa kita akan kelihatan cantik.
Susuk untuk menjernihkan aliran rezeki adalah mula dengan bersedekah RM1 sehari.
Apabila kita amalkannya secara konsisten tanpa putus, kita pasti mula sedar dengan kelancaran rezeki kita.
Antara yang disarankan adalah sedekah tiap hari kepada fakir miskin. Semakin lama jika di amalkan sedekah RM1 sehari, semakin deras rezeki yang bakal diterima (dengan KehendakNya).
Seperti yang kita tahu, tiap sedekah yang kita labur, PASTI mendapat ganjaran 10-700 kali ganda. Ia terbukti dalam sebuah hadis;
“Jika dia berkeinginan melakukan kebaikan, kemudian ia melakukannya, Allah mencatat untuknya 10-700 kali lipat kebaikan sampai tidak terhingga." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Alhamdulillah, Syukur dan Terima kasih Allah di atas kurniaanMu.
AMALAN PUNCA MURAH REZEKI
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
*Artikel dipetik dari emel seorang kawan...
Di petik dari : http://niniezane2009.blogspot.com/2012/07/amalan-punca-murah-rezeki-sebarkan.html
Subscribe to:
Posts (Atom)