Monday, October 16, 2023

Rumusan Ringkas Belanjawan 2024

 Rumusan Ringkas Belanjawan 2024


PMX Anwar Ibrahim Membentangkan RM 393.8 Billion Untuk Bajet 2024  


✅ Kerajaan menyasarkan pertumbuhan KDNK pada kadar 4-5% untuk tahun 2024

✅ Defisit 2024 dianggarkan pada kadar 4.3%

👥 Kebajikan Rakyat 

✅ RM2,000 bayaran insentif untuk penjawat awam sebelum kajian sistem saraan dilengkapkan

✅ RM1,000 kepada pesara Kerajaan dan veteran tanpa persaraan 

✅ RM55 juta subsidi elektrik untuk golongan miskin tegar sebanyak RM40 sebulan

✅ RM100 juta kepada badan NGO yang membantu rakyat 

✅ RM2.47 bilion untuk projek perumahan rakyat

✅ “The My50 Unlimited Travel Pass” akan disambungkan 

✅ RM500 kepada golongan muda yang membuat program dan kerja sukarelawan diiktiraf kerajaan

✅ Pertambahan RM10 juta untuk membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan di luar negara 

✅ Harga Siling untuk ayam dan telur akan diapungkan bagi memastikan keterjaminan bekalan

✅ RM11.8 bilion untuk projek tebatan banjir 

✅ Akaun Fleksibel KWSP Akan Diperkenalkan 

✅ RM2.4 bilion untuk Pusat Kebajikan

✅ RM50 juta untuk suri rumah dibawah program e-Kasih 

✅ RM400 juta untuk projek keterjaminan makanan 

✅ RM200 juta untuk program Payung Rahmah 

✅ RM10 billion Sumbangan Tunai Rahmah yang akan manfaatkan 60% Rakyat Malaysia 

✅ RM100 sebulan untuk setahun kepada 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah

✅ RM1.2 billion untuk membantu golongan OKU 

✅ RM333 juta kepada orang Asli 


💸 Cukai 

✅ 5-10% Cukai Mewah Akan Diperkenalkan 

✅ Cukai perkhidmatan akan naik dari 6% kepada 8%, namun perkhidmatan makanan, telekomunikasi, parkir dan logistik kekal pada 6

✅ Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax) sebanyak 10% kepada syarikat akan dilaksanakan mulai 1 Mac 2024

✅ E-invoicing akan diwajibkan kepada pembayar cukai melebihi RM 100 Juta mulai Ogos 2024 


🔥 Penambahbaikkan


✅ RM2.8 billion untuk membaiki jalan dan jambatan Persekutuan

✅ RM5.8 billion untuk Sarawak & RM6.6 billion untuk Sabah

✅ RM38 juta untuk menaiktaraf mahkamah dan melatih lebih banyak hakim

✅ RM2.4 billion untuk membaiki kemudahan dan bangunan kerajaan dan kuarters penjawat awam

✅ RM150 juta untuk membaiki tandas awam

✅ RM100 juta untuk penyelegaraan lampu jalan 

✅ RM10 juta untuk naik taraf 10,000 kedai dan penjaja di seluruh negara 

✅ RM1.1 billion untuk masalah air di Kelantan, Sabah, Labuan

✅ RM70 juta untuk meningkatkan industri kelapa sawit Malaysia 

✅ RM4.7 billion untuk projek LRT3 

✅ RM2.4 billion untuk Felda dan Risda.


*🎭 Seni , Kebudayaan & Pelancongan 


✅ 2026 adalah Tahun Melawat Malaysia 

✅ RM350 Juta untuk mempromosi aktiviti pelancongan di Malaysia 

✅ RM80 juta untuk mengekalkan Warisan bangunan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESC0 

✅ Pengurangan Cukai Hiburan 10% untuk persembahan artis antarabangsa di Wilayah Persekutuan

✅ RM160 Juta untuk industri kreatif di Malaysia 

✅ Artis tempatan akan dikecualikan daripada bayaran duti hiburan bagi persembahan pentas

✅ RM60 juta untuk mempromosi karya tempatan 

✅ RM90 juta untuk industri perfileman negara million 

✅ RM10 juta untuk MyCreative



🏢 Perniagaan 

✅ Pelan NIMP 2030 Mahu Mencapai RM95 bilion dengan purata gaji rakyat sebanyak RM 4,510 menjelang 2030

✅ GLC & GLIC akan menyediakan dana RM1.5 billion untuk startups termasuk SME menceburi bidang high-growth, high-value (HGHV) seperti digital economy dan aerospace

✅ Pemprosesan sijil halal akan dipendekkan dari 51 Hari kepada 30 hari 

✅ RM44 billion untuk menyokong Industri Kecil dan Sederhana (SME)

✅ RM10 juta untuk membantu perkembangan industri francais mengembangkan eksport

✅ TNB, Gentari and Tesla Malaysia komitted untuk memberi RM170

juta untuk membina station pengecasan EV 


🏫 Pendidikan

✅ RM58.7 billion kepada Kementerian Pendidikan

✅ RM1.9 billion untuk tujuan naik taraf dan menyelenggara sekolah

✅ Had siling yuran kemasukan Universiti Awam pada RM1,500

✅ RM100 juta kepada pelajar yang tidak dapat sambung belajar disebabkan pandemik 

✅ RM250 juta untuk meningkatkan jalur dan kapasiti WiFi di semua universiti awam 

✅ 10% to 15% diskaun kepada pembayar hutang PTPTN 


🩺 Kesihatan

✅ RM41.2 billion untuk Kementerian Kesihatan

✅ Cukai gula dinaikkan daripada 40 sen/liter kepada 50 sen/liter.