Monday, July 15, 2013

Seorang Buta dan Rahsia

Alkisah seorang buta dan rahsia...

Karim yang buta sejak berusia 8 tahun tidak pernah jemu memohon agar Allah mengembalikan pengli-hatannya.

Sejak terkena demam panas, ia terus menempuh kehidupan dalam serba kegelapan. Namun itu bukan alasan baginya untuk mengabai-kan perintah Allah dan berusaha mendekatkan diri padaNya.

Setiap selepas solat, Karim akan menadah tangan merayu -rayu agar Allah mengembalikan penglihat-an kepadanya. Teringin benar ia melihat wajah isteri dan anaknya yang masih kecil.

Namun, Karim masih beruntung kerana mempunyai seorang kawan Hakimi yang kebetulan jiran yang sentiasa mengambil berat kehidupannya sekeluarga. Apa sahaja hajat beliau dan keluarga, Hakimilah tempat ia meminta pertolongan.


Terlalu banyak jasa Hakimi kepada dia dan keluarga. Pernah satu hari anaknya demam, Hakimilah membawanya ke hospital.

“Hakimi, saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana pertolongan dan bantuan yang kamu berikan pada saya, isteri dan anak."

Ucapan penghargaan sering menghembur keluar dari mulut Karim. Namun dia tidak kecewa atau berputus asa, terus bermunajat kepada Ilahi setiap kali lepas solat.

Suatu hari selepas solat asar ia terus munajat, merayu sesungguh hati, “Ya Allah, kurniakanlah penglihatan kepadaku dengan rahmat dan kebesa-ran-Mu, Ya Allah, tolonglah aku untuk melihat dunia ciptaanMu, Ya Allah, dengan kekuasaan yang ada padaMu dan dengan rahmatMu, pulihlah kembali penglihatanku, tolonglah ya Allah, tolonglah ya Allah."

Karim terus merayu dan merayu. Tetiba dia terasa ada cahaya masuk ke kelopak matanya, ia semakin terang dan terang. Akhirnya ia dapat melihat kembali.

"Ya Allah, Ya Allah.” Karim terus menangis, dan menangis kegembiraan. Ia terus sujud syukur, ia dapat melihat semula setelah bertahun ia berada dalam kegelapan.

Karim terus teringatkan anaknya yang masih kecil, isteri kesayangan dan Hakimim yang sering membantunya. Ia terus keluar masjid menuju rumahnya yang tidak jauh. Ia berjalan laju tidak sabar untuk memberitahu isterinya, dan tidak sabar ia ingin melihat anaknya.

Ia menerpa masuk ke dalam rumahnya, dan terus mencari anak dan isteri. Ia meluru ke bilik tidurnya. Pintu terus dibuka, dan ia melihat dua insan sedang berpeluk mesra. Hakimi dan isterinya.

Ya Allah, apa ini. Ia terus berteriak, tangisan kegembiraan terus bertukar menjadi hiba dan kecewa.

"Ya Allah, sewaktu aku buta, aku gembira dan bahagia. Kini setelah aku dikurniakan kembali penglihatan, engkau tarik kegembiraanku dan kepercayaanku pada isteri dan sahabatku.”

Pengajaran terkadang sengaja Allah rahsiakan sesuatu perkara kerana kebaikan yang banyak. Peristiwa silam yang dialami oleh setiap insan sebahagiannya bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Tetapi ianya untuk dipohon keampunan dari Allah. Dan jangan khianat kerana kalaupun di dunia tidak dibongkar, nanti akhirat akan diketahui dan diterima jua balasannya.

Nauzubillah min zalik 
(Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut)


Ya Allah, ampuni dosa kami.............

No comments:

Post a Comment