Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Nelayan & Takdir

Assalamualaikum to all. 

Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya terbaca agar dapat dijadikan pengajaran kita bersama.

Nelayan & Takdir

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yg menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yg taat membaca 'Bismillah'.

Bila jala diangkat, yg menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yg muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yg melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH S.W.T.
“Ya ALLAH, apakah yg telah berlaku? HambaMu yg menyekutukanMu, KAU berikan dia
rezeki yg banyak, sedangkan hambaMu yg menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA
apa-apa”

ALLAH S.W.T. menjawab,
“ Yg menyekutukan Ku, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yg pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yg beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Jadi, janganlah kecewa bila diuji, tidak berjaya / gagal walau sudah menyusun rencana yg matang. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yg dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap suatu perkara, itu hanyalah utk perkara itu saja, masih belum
gagal dlm kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH, ALLAH akan
memberikan sesuatu yg bermakna.

Rasulullah SAW bersabda: ”Jika engkau melihat Allah sedang memberikan kepada
seseorang , sesuatu dari dunia yg ia sukai, sedangkan ia masih saja tenggelam dlm kemaksiatannya, maka ketahuilah itulah yg dinamakan Istidraj (Kemudian Rasulullah
SAW membacakan firman Allah SWT: Al Qur’an surah Al An’aam (6)  ayat 44.)
(HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab As Syu’ab)

Renungilah pengajaran dari kisah ini.
WallahHu'Alam.


Thursday, July 18, 2013

20 fakta menarik mengenai Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Monday, July 15, 2013

Seorang Buta dan Rahsia

Alkisah seorang buta dan rahsia...

Karim yang buta sejak berusia 8 tahun tidak pernah jemu memohon agar Allah mengembalikan pengli-hatannya.

Sejak terkena demam panas, ia terus menempuh kehidupan dalam serba kegelapan. Namun itu bukan alasan baginya untuk mengabai-kan perintah Allah dan berusaha mendekatkan diri padaNya.

Setiap selepas solat, Karim akan menadah tangan merayu -rayu agar Allah mengembalikan penglihat-an kepadanya. Teringin benar ia melihat wajah isteri dan anaknya yang masih kecil.

Namun, Karim masih beruntung kerana mempunyai seorang kawan Hakimi yang kebetulan jiran yang sentiasa mengambil berat kehidupannya sekeluarga. Apa sahaja hajat beliau dan keluarga, Hakimilah tempat ia meminta pertolongan.


Terlalu banyak jasa Hakimi kepada dia dan keluarga. Pernah satu hari anaknya demam, Hakimilah membawanya ke hospital.

“Hakimi, saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana pertolongan dan bantuan yang kamu berikan pada saya, isteri dan anak."

Ucapan penghargaan sering menghembur keluar dari mulut Karim. Namun dia tidak kecewa atau berputus asa, terus bermunajat kepada Ilahi setiap kali lepas solat.

Suatu hari selepas solat asar ia terus munajat, merayu sesungguh hati, “Ya Allah, kurniakanlah penglihatan kepadaku dengan rahmat dan kebesa-ran-Mu, Ya Allah, tolonglah aku untuk melihat dunia ciptaanMu, Ya Allah, dengan kekuasaan yang ada padaMu dan dengan rahmatMu, pulihlah kembali penglihatanku, tolonglah ya Allah, tolonglah ya Allah."

Karim terus merayu dan merayu. Tetiba dia terasa ada cahaya masuk ke kelopak matanya, ia semakin terang dan terang. Akhirnya ia dapat melihat kembali.

"Ya Allah, Ya Allah.” Karim terus menangis, dan menangis kegembiraan. Ia terus sujud syukur, ia dapat melihat semula setelah bertahun ia berada dalam kegelapan.

Karim terus teringatkan anaknya yang masih kecil, isteri kesayangan dan Hakimim yang sering membantunya. Ia terus keluar masjid menuju rumahnya yang tidak jauh. Ia berjalan laju tidak sabar untuk memberitahu isterinya, dan tidak sabar ia ingin melihat anaknya.

Ia menerpa masuk ke dalam rumahnya, dan terus mencari anak dan isteri. Ia meluru ke bilik tidurnya. Pintu terus dibuka, dan ia melihat dua insan sedang berpeluk mesra. Hakimi dan isterinya.

Ya Allah, apa ini. Ia terus berteriak, tangisan kegembiraan terus bertukar menjadi hiba dan kecewa.

"Ya Allah, sewaktu aku buta, aku gembira dan bahagia. Kini setelah aku dikurniakan kembali penglihatan, engkau tarik kegembiraanku dan kepercayaanku pada isteri dan sahabatku.”

Pengajaran terkadang sengaja Allah rahsiakan sesuatu perkara kerana kebaikan yang banyak. Peristiwa silam yang dialami oleh setiap insan sebahagiannya bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Tetapi ianya untuk dipohon keampunan dari Allah. Dan jangan khianat kerana kalaupun di dunia tidak dibongkar, nanti akhirat akan diketahui dan diterima jua balasannya.

Nauzubillah min zalik 
(Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut)


Ya Allah, ampuni dosa kami.............