Adakah Muslim, Mukmin & Muttaqin membawa maksud yang sama?
Jawapannyer adalah TIDAK.
Jom baca apa beza antara ketiga-tiga golongan tersebut dan nilai anda berada di mana..
Muslim:
Muslim itu adalah golongan yang beragama Islam samada berasal daripada keluarga yang sudah beragama Islam ataupun mualaf yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Selagi mana mereka tidak melakukan syirik kepada Allah, maka selagi itulah mereka kekal sebagai muslim walaupun iman senipis bawang atau sebesar zahrah.
Ramai yang tak sedar dalam kalangan Muslim, terdapat juga orang2 kafir atau kufur. Kufur pada makna asalnya adalah mengingkari perintah Allah. Golongan kufur ini termasuklah golongan2 yang melakukan syirik2 kahfi seperti melakukan perkara2 khurafat atau bid'ah dan juga golongan yang melampaui batas atau taghuut. Golongan2 ini masih lagi muslim tetapi tidaklah mukmin. selagi mereka tidak menyukutukan Allah dengan benda lain.
Mukmin:
Manakala mukmin pula ialah muslim yang berpegang pada rukun iman. yakni golongan yang percaya pada kewujudan Allah, para malaikat, para Rasul, kitab2, hari Qiamat dan juga ketetapan qadha' dan qadar. Tapi masih belum cukup untuk jadi Mukmin yang bertaqwa, selagi dia melakukan dosa2 yang dia sudah sedia maklum akan hukum melakukannya. Sebagai contoh seorang pencuri, dia sedar dan tahu akan hukum mencuri itu haram dan berdosa tapi tetap melakukannya juga. Beerti di sini pencuri itu masih ada iman tapi tidak ada perasaan takut dan rendah diri pada Dia yang maha kuasa. Golongan yang sebegini digelar golongan fasiq yakni golongan yang melakukan dosa-dosa besar atau pun dosa kecil tapi secara berterusan
Muttaqin:
Golongan sebaik2 umat Islam di muka bumi ini ialah golongan Muttaqin yakni golongan yang bertakwa pada Allah. Taqwa disini bermaksud melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. dalam erti kata lain mereka ini takut pada Allah serta tawadhuk pada-Nya
Jadi harap jelaslah di sini tentang beza ketiga-tiga golongan tersebut. Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini sama2 lah kita peranyakkan amal ibadat dan berusaha untuk jadi mukmin yang bertaqwa. Insya Allah.
Wasalam..

No comments:
Post a Comment