Thursday, July 18, 2013

Amalan Qailulah

Sesungguhnya Amalan Qailulah (tidur sebentar di siang hari) mempunyai manfaat yang sangat besar untuk kita amalkan.Ia nampak ringkas, sekadar tidur beberapa minit.Tetapi manfaat nye amat besar sekali.

Manfaat Day Napping.
--------------------
Para saintis giat mengkaji mengenai tidur merumuskan bahawa terdapat sekurang-sekurangnya lapan manfaat day napping.

1- Membantu mngurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.

2- Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

3- Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.

4- Baik untuk jantung dan kesihatan.

5- Meningkatkan fungsi kognitif.

6- Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.

7- Menjadikan minda lebih kreatif.

8- Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.

Islam sebenarnya telah lama mengajar umatnya tentang Day Napping. Bahkan ini merupakan salah satu sunah Rasullah S.A.W. yang disebut sebagai qailullah.

Sabda Rasullah S.A.W. yang bermaksud :
'Lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah'(Riwayat al-Tabarani).

No comments:

Post a Comment