Monday, July 29, 2013

ASPEK KESELAMATAN KENDERAAN


*Periksa penapis udara

Ia biasanya terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.
Keluarkan penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya, ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.
Penapis berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.

*Periksa minyak brek

Lakukan pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah minyak brek yang betul.
Takat berkenaan boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.
*Periksa cecair penyejuk ‘coolant’
Ia adalah cecair yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan periksa warnanya.Biasanya ia berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator anda mula berkarat dan air perlu ditukar. Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang dihidupkan.
*Periksa minyak ‘power steering’
Minyak ‘power steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem ‘steering’ kenderaan.

*Periksa minyak gear

Jika kenderaan anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.
Pemeriksaan berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran.

*Periksa cecair pencuci cermin

Ia antara cecair yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.
Air berkenaan membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian radiator.

*Periksa takat minyak hitam

Sebelum memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya tidak diikat kemas.

*Periksa tekanan tayar kenderaan anda

Tekanan tayar kenderaan anda haruslah sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angina tayar simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.

No comments:

Post a Comment