Ada khabar gembira yang saya ingin sebarkan pada kali ini. Ia adalah platform untuk saya sumbangkan kemahiran yang saya ada, iaitu melalui penulisan. Saya akan mula berfokus pada platform yang akan saya khabarkan kepada tuan puan dalam masa kurang 5 minit.
In sya Allah, ini adalah projek legasi spiritual yang pernah saya war-warkan ketika dulu. Ia bertujuan untuk menerapkan soul dan mindset abundance (berlimpahan) dalam tiap insan.
Apa itu Abundance (berlimpahan)?
Abundance (berkelimpahan) adalah perasaan yang serba mencukupi. Kebanyakan orang mengejar nilai matawang dalam akaun mereka, nilai atas kualiti, dan servis yang mereka tidak mampu.
Orang yang mengejar bermaksud mereka tidak merasa cukup dengan apa yang mereka ada.
Mengapa soul dan mindset Abundance penting?
Apabila kita mempunyai mindset abundance, hubungan kita dengan wang, kejayaan, kesihatan dan persahabatan akan berubah menjadi lebih baik. Apabila kita masuk ke dalam fasa penghargaan, kita telah berada dalam fasa kehidupan abundance.
Energi perjuangan itu adalah refleksi kehidupan kita adalah sukar. Pasti kita perasan, semakin kita mengejar wang, kesihatan, kekayaan, semakin perkara itu menghindari kita. Ia adalah kerana perasaan di sebalik mengejar itu, ia tersirat perasaan tidak mencukupi atau serba kekurangan (scarcity).
Kita akan rasa tidak perlu berjuang untuk mengejar apabila kita mempunyai perasaan layak untuk semua itu. Layak berjaya, layak kaya. Apabila kita memasuki energi penghargaan dan kesyukuran, di kala itu kita berada pada tahap layak dan kaya. Ia adalah perasaan kekayaan yang akan menarik kekayaan untuk kita.
Antara praktikal yang boleh dilakukan:
Senaraikan perkara yang kita syukuri tiap hari. Lakukan dan jangan terperanjat, sesuatu yang menakjubkan akan muncul dalam hidup kita.
Contoh dialog syukur:
Hari ini saya bersyukur kerana...
1. Saya dapat berbual dengan orang kesayangan saya 2. Saya dapat makan makanan kegemaran saya 3. Rumah saya ada air, elerktrik, api 4. Saya dapat layari internet dengan lancar
Sambung dan di akhirnya
"Segala puji bagi Allah, terima kasih Allah atas segalanya."
In sya Allah, lebih banyak tuan puan akan belajar tentang memiliki soul dan mindset Abundance.
Antara sebab mengetahui lebih lanjut tentang Abundance itu penting, agar apabila kita bertemu Allah, kita dalam keadaan hati yang sejahtera, iaitu hati yang bebas daripada pergantungan selain daripada-Nya. InsyaAllah, dari semasa ke semasa, banyak perkongsian yang akan kami kongsikan.
Di samping itu, saya juga dalam proses untuk membebaskan diri daripada pergantungan kepada selain Allah, terutamanya pergantungan dengan duit, ilmu dan manusia. Agar di akhir hayat saya nanti, saya bertemu Allah dalam keadaan hati saya sejahtera.
“Hari yang tidak memberi manfaat harta dan anak-anak. Melainkan orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (asy-Syuaraa`: 88-89)
Warkah Dari InsyirahAzhar
|
No comments:
Post a Comment