Mana boleh telan Panadol sahaja setiap kali sakit.
Jadi kita kena tahu kita sakit apa. Jika kita tidak tahu kita sakit apa kena berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis.
1. Sakit Kurang Pendapatan
Ada orang kurang hutangnya dan pendapatannya juga kurang.
Bagaimana nak tahu? Senarai hutangnya tidak banyak dan tidak besar. Harta pun tidak banyak. Tapi masih cashflow negatif juga setiap bulan.
Ubatnya: Dia perlu tambah pendapatan.
2. Sakit Lebih Hutang
Ada orang banyak pendapatannya tetapi hutangnya juga banyak.
Jumlah pendapatan bulanan cantik. Tapi masih cashflow negatif juga setiap bulan. Rupanya perbelanjaan banyak dihabiskan untuk membayar pelbagai jenis hutang.
Ubatnya: Dia perlu urus duit dengan lebih baik.
3. Sakit Duit Terlebih
Ya. Ini juga adalah penyakit.
Ada orang hutangnya kurang, pendapatannya banyak. Tetapi hartanya duit tunai sahaja. Sedangkan duit tidak dapat bertambah sendiri.
Senarai pendapatan cantik. Senarai perbelanjaan pun sihat. Tapi senarai harta sedikit. Duit tunai sangat banyak.
Ubatnya: Dia perlu melabur.
Sakit Hybrid
Ya, benar. Ada juga yang ada simptom penyakit yang bercampur antara satu dengan yang lain.
Sebab itu bila masa senang kena sentiasa ingat masa susah. Masa ekonomi tengah baik, simpan dulu selebihnya baru makan. InsyaAllah, amalan semudah itu dapat mencegah pelbagai penyakit.
Situasi sebegini bukannya berlaku sekelip mata macam 1) ada duit 2) blackout 3) duit hilang.
Cegah penyakit kewangan dari sekarang.
Mulakan hari ini juga.