The 360-Degree Leader
“Bagaimana boleh saya laksanakan apa
yang di ajar sedangkan saya bukan pemimpin atasan?”Mampukah kita memimpin dengan
baik sedangkan kita bukan orang penting?". Dr. Maxwell, salah seorang mentor
kepimpinan yang disegani di seluruh dunia, memaparkan kepalsuan mitos ini yang
menunjukkan bagaimana mengatasi cabaran dan mengajar tentang kemahiran yang
diperlukan untuk menjadi pemimpin 360-Darjah.
Mitos Memimpin dari
Peringkat Pertengahan Organisasi
Mitos 1: Kedudukan
Mitos 2: Destinasi
Mitos 3: Pengaruh
Mitos 4: Tiada Pengalaman
Mitos 5: Kebebasan
Mitos 6: Potensi
Mitos 7: Diberi Kuasa ataupun Lupakan Sahaja
Cabaran Pemimpin 360-Darjah
Cabaran 1: Ketegangan
Cabaran 2:
Kekecewaan
Cabaran 3: Memakai Banyak Topi
Cabaran 4: Ego
Cabaran 5:
Tiada Kepuasan Bekerja
Cabaran 6: Visi
Cabaran 7:
Pengaruh
Petikan daripda Mitos 3:Pengaruh
“Bukan semua orang memahami
maksud mempengaruhi orang lain dari semua arah – mereka yang menjadi majikan
kita, mereka yang setaraf dengan kita dan mereka yang bekerja untuk kita. Ada
yang pandai memimpin anggota kumpulan mereka, tetapi menyisihkan pemimpin dari
bahagian lain dalam organisasi. Ada juga individu yang menonjol dalam membina
hubungan baik dengan bos, tetapi tidak dapat mempengaruhi orang bawahan dalam
organisasi. Ada pula yang baik dengan semua orang, tetapi tidak dapat
menyelesaikan kerja. Ada juga yang produktif, tetapi tidak berbaik dengan orang
lain. Tetapi, pemimpin 360-darjah berbeza. Hanya pemimpin 360-darjah dapat
mempengaruhi individu di setiap peringkat dalam organisasi. Dengan membantu
orang lain, mereka membantu diri mereka sendiri.”
Dr. John C. Maxwell
No comments:
Post a Comment