***Petua Sihat Cara Nabi Muhammad SAW***
1. Rasulullah tidak
minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah
melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana
ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. (Para saintis juga telah
membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion
positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis
makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif
dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.
2.
Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
3. Jangan makan buah
bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah
menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah
berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan
masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang
kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya
lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.
4. Rasulullah tidak makan ikan
bersama daun salad.
5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau
telur.
6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum,
roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan
makanan berat seperti gandum atau roti.
7. Rasulullah akan tidur sekejap
selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur.
8. Rasulullah melarang
umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan
malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat.
Makan malam adalah sebelum Maghrib.
9. Elakkan makan makanan darat
bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan
sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti
udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini (antara
makana darat dan makanan laut) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh
membahayakan kesihatan.
10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air
dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas
(membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.
Rasulullah SAW
mengajarkan etika makan kepada umatnya. Di antara hal-hal yang beliau ajarkan
adalah :
1. Tidak mencela makanan yang tidak di sukai
2. Mencuci
tangan sebelum dan sesudah makan
3. Membaca bismilllah dan berdoa
4. Makan
menggunakan tangan kanan
5. Tidak bersandar ketika makan
6. Memakan
makanan yang terdekat
7. Memulai makan dari pinggir dan bukan dari
tengah
8. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
9. Menyisip
tangan bagi yang makan tanpa sendok/garpu
10. Membersihkan piring dan
membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya
11. Tidak
memperlihatkan rasa jijik terhadap makanan yang tidak biasa dimakan atau tidak
disukai
12. Makan dan minum sambil duduk
13. Tidak bernafas ketika minum
dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
14. Tidak berprasangka
buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit
15. Tidak duduk pada meja
yang dihidangkan makanan haram
16. Mendahulukan orang yang dikanan
17.
Pemberi minuman yang paling akhir minum
18. Mendoakan shahibul bait (yang
mengundang makan)
19. Menutup tempat makan dan minum
Mudah-mudahan
kita sebagai umat Islam boleh mencontohnya dengan baik.
No comments:
Post a Comment