Bagaimana Menghadapi, Mengatasi dan Menghilangkan Ketakutan
?
Pada hari ini kita akan belajar bagaimana untuk menghadapi, mengatasi
atau menghilangkan ketakutan.
Manusia mempunyai pelbagai ketakutan. Ada
yang takut bercakap di hadapan umum, ada yang takut memulakan perniagaan, ada
yang takut membuat jualan malah ada yang takut berjumpa dengan orang baru
(seolah-olah orang baru itu akan makan anda hidup-hidup).
Namun apa itu
sebenarnya ketakutan ?
Ketakutan adalah satu perasaan yang wujud dalam
diri manusia kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini akan
berlaku.
Jadi ketakutan dan perasaan bimbang ini hanya berlaku dalam
minda anda tetapi tidak dalam realiti. Ketakutan dalam minda ini adalah lebih
besar daripada ketakutan dalam realiti.
Lari atau hadapi ketakutan
?
Sesuatu yang pelik mengenai ketakutan adalah, jika anda membiarkannya
atau lari daripada ketakutan, ketakutan itu tidak pernah hilang.
Anda
mungkin pernah menghadapi situasi takut berjumpa dengan seseorang yang baru,
namun apabila anda berjumpa orang itu, ketakutan itu hilang dan anda mula merasa
selesa dan bersyukur berjumpa orang itu. Pada waktu ini kita lupa tentang
ketakutan itu tadi. Namun kita tidak pernah mengambil iktibar daripadanya bahawa
ketakutan adalah satu perasaan yang tidak bagus.
Sebagai contoh
pengalaman bercakap di hadapan umum, sebelum bercakap anda akan merasa takut
sangat. Namun apabila di hadapan orang ramai, anda akan merasa sangat bahagia
melihat orang lain mendengar apa yang anda katakan.
Menghadapi ketakutan
?
Penyelesaian bagi masalah ketakutan adalah tidak lain, selain daripada
menghadapinya.
Jika anda menghadapi ketakutan selepas ini, sentiasa ingat
ketakutan ini jika dihadapi akan membuatkan anda menjadi lebih bahagia dan
seronok.
Jadikan perasaan bahagia melebihi perasaan takut itu. Anda
mungkin akan gagal buat beberapa kali. Namun anda akan menjadi semakin baik dari
hari ke hari.
Tips di sini, hadapi ketakutan untuk menghilangkannya,
enjoy perasaan takut itu kerana anda akan menjadi lebih bahagia selepas
menghadapinya nanti.
No comments:
Post a Comment