Thursday, February 28, 2013

Apa pulak yang di maksudkan hidayah


Sila baca Tuan Tuan dan Puan Puan

Tempoh hari sudah kita bicarakan tentang Rahmat dan Berkat. 2 benda yg bukan boleh di lihat secara fizikal hanya dapat di  rasai dan 2 benda yang Sangat kita perlukan untuk melalui kehidupan seharian. Itu jugalah 2 benda yang Allah galakkan kita mendoakan sahabat taulan kita apabila bersua - all the time.

This morning, friday, terpikir untuk mendalami apa maksud Hidayah dan dari dulu saya memang sentiasa tertanya tanya apa pulak yang di maksudkan hidayah.

Mengapa kita minta supaya dapat hidayah. Kekadang terjemahan Al Quran selalu mengatakan Petunjuk. Berkali kali juga Allah sebut dalam Al Quran, contohnya Surah Al Kahfi Ayat 17 " Sesiapa yang diberi Hidayah Petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya, maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolongyang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya."

Sesiapa yang selalu baca Al Quran, pasti akan selalu "teringat ingat" yang Memang Allah sentiasa menyebut nyebut tentang perkara hidayah dan selau juga menyebut tentang sesat.

Hidayah lawannya sesat.

dalam al fatihah - kita minta ditunjuki  jalan yang lurus..

dalam duduk antara dua sujud - wahdini. tunjuki daku

Persoalannya yang nak di pecah rungkaikan di sini adalah maksud 'hidayah' atau maksud 'petunjuk'

apa beza atau apa maksud bila kita kata orang ni dapat 'Petunjuk'

orang ni sesat

apa bezanya

Bila di Rujuk nama Allah , Al Hadi, dalam englishnya bermaksud The Guide

maka inilah yang saya perkatakan.

Hidayah, atau Petunjuk yang selalu kita minta minta adalah
sebenarnya Tunjuk Ajar dari Allah.
kita sentiasa minta Tunjuk Ajar dari Allah. itu maksud kita minta Hidayah atau kita minta 'Petunjuk' . sebab dalam bayangan kita tak akan tepat kalau kita sebut dalam fikiran 'Petunjuk' sebab ia mungkin membayangkan 'Petanda'

Maka dalam kepala bila sebut Hidayah, Petunjuk, vocab dalam Minda kena Tukar kepada 'Tunjuk Ajar' seperti sesuainya maksud 'Guide'.

Maka ini semua di tulis? sebab kita tidak mau kelemahan perbendaharaan kata Bahasa Melayu menjadikan kita JAUH dari memahami sesuatu yang sepatutnya SIMPLE difahami, sesuatu yang sepatutnya dari KECIK boleh kita ajar anak kita - wahai anakku, GURU SEBENARNYA GURU yang kita patut minta TUNJUK AJAR kepada kita adalah ALLAH.

Mintalah TUNJUK AJAR dari ALLAH setiap hari.

Kerja tanpa Guidance, atau tanpa Orang Atas Review, selalunya jadi mengarut (atau sesat) terutama bila orang yang tidak tahu itu ASSUME tentang sesuatu TASK punya Objective atau How to Properly doing it.

Think about it.

K.A.S.

Wednesday, February 27, 2013

Lawak Hari Ini



SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

>.<

Sunday, February 24, 2013

Reenergised, Inspired, Motivated and more Resilient in your Administrative Role


In today's rapidly changing business environment, Administrative Professionals are facing myriads of tough work challenges. They are expected to do more than what's outlined in their job responsibilities, required to perform tasks with limited resources and obliged to work long hours due to increasing workloads. More often than not these demands create additional pressures to their already stressful lives. As such, Administrative Professionals need to learn how to manage their evolving roles to increase their expertise and success.

M - Meaningful training and upgraded skills  
E -  Employee retention and greater work satisfaction 
R -  Remarkable performance and effectiveness    
I -   Increased work productivity   
T -  Tremendous appreciation from staff    



Summit Highlights:
A - Acquire necessary skills and right behaviour to achieve career goals easier   
C - Cultivate positive ways to deal with cultural differences and minimise conflict   
H - Handle your responsibilities in a new way and perform better in times of economic recession   
I -  Increase work productivity and professional efficiency through positive energy  
E - Enhance your business etiquette and put your best face forward  
V - Vitalise your career by learning from experts and sharing insights with other professionals
E -  Effectively harness the untapped potentials that lie within you   
    

Monday, February 18, 2013

Anda mampu mendidiknya


"Anda mampu mendidiknya"
---------------------------
Abah : "So dh decide siapa yg kamu nk kahwini"
Pemuda : "Dh. Sy pilih yg bpurdah full package."
Abah : "Abah bntah skerasnya."
Pemuda : "Knapa abah?! Katekan knapa?! Katekan!"
Abah : "Abah nak kamu pergi lamar minah yg bru ps STPM 
yg jual kopok lekor dekt corner tepi rumah Kak Bedah,
Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sbelum roundabout,
trafik lite yg k3 stelah balai polis tu."
Pemuda : "HAH.!? Ni masa depan sy! Abah xleh paksa!"
Abah : "Redha org tua boh! X gune abah hntar ke Jordan
klau mlawan ckap abah yg tua lg uzur nih."
Pemuda : "HMPH! Baiklah abah. Sy akur, rela dn redho."

Pemuda tu kenal sgt minah tu. Dgn sluar jeans, tshirt ketatnya,
dn tdug pndekny. Lngsung xde ciri isteri solehah idmn kalbunya.
Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda.

Suami : "Klu sy suruh awk something boleh tak?"
Isteri : "Boleh. Sy isteri awak skarang."
Suami : "Awak pkai purdah bole tak?"
Isteri : "Boleh.. tp sbelum tu bole tak ajar sy ilmu2 agama..
siyes, slama ni sy nk belajar agama cuma tak tahu ngn spe.
Tak ade org nk tunjuk ajar sy. X ckup hnya belajar di sek.
Suami : "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak di hti)

Pemuda xsngka, gdis yg dsngka buruknya itu lebih mudah mnerima 
didikan dan ajaranya. X perlu dpkse utk belajar. Lama2 kasih
tsemai, hati btaut.

Pemuda : "Terima kasih, abah."
Abah : "Bagus, inilah dakwah seorg suami. Kita bukan nk petik
mawar berduri tp kite nk tanam bja dn semai pkok mwar. Bunga 
mwar yg dpetik psti lyu tp bunga mwar yg bsme pohonya insya-Allah
terus segar. Kamu phm?
Pemuda : "Fhm, abah. Anda mampu mendidiknya."
Abah : "Salah tu, anda mampu mendidiknya."

Based on kisah org, cerita oleh pmilik page.
Ante hanya bkongsi cerita ^^

Thursday, February 14, 2013

The 360-Degree Leader


The 360-Degree Leader

“Bagaimana boleh saya laksanakan apa yang di ajar sedangkan saya bukan pemimpin atasan?”Mampukah kita memimpin dengan baik sedangkan kita bukan orang penting?". Dr. Maxwell, salah seorang mentor kepimpinan yang disegani di seluruh dunia, memaparkan kepalsuan mitos ini yang menunjukkan bagaimana mengatasi cabaran dan mengajar tentang kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemimpin 360-Darjah.

Mitos Memimpin dari Peringkat Pertengahan Organisasi
Mitos 1: Kedudukan 
Mitos 2: Destinasi 
Mitos 3: Pengaruh 
Mitos 4: Tiada Pengalaman 
Mitos 5: Kebebasan 
Mitos 6: Potensi 
Mitos 7: Diberi Kuasa ataupun Lupakan Sahaja 

Cabaran Pemimpin 360-Darjah
Cabaran 1: Ketegangan 
Cabaran 2: Kekecewaan 
Cabaran 3: Memakai Banyak Topi 
Cabaran 4: Ego 
Cabaran 5: Tiada Kepuasan Bekerja 
Cabaran 6: Visi 
Cabaran 7: Pengaruh

Petikan daripda Mitos 3:Pengaruh
“Bukan semua orang memahami maksud mempengaruhi orang lain dari semua arah – mereka yang menjadi majikan kita, mereka yang setaraf dengan kita dan mereka yang bekerja untuk kita. Ada yang pandai memimpin anggota kumpulan mereka, tetapi menyisihkan pemimpin dari bahagian lain dalam organisasi. Ada juga individu yang menonjol dalam membina hubungan baik dengan bos, tetapi tidak dapat mempengaruhi orang bawahan dalam organisasi. Ada pula yang baik dengan semua orang, tetapi tidak dapat menyelesaikan kerja. Ada juga yang produktif, tetapi tidak berbaik dengan orang lain. Tetapi, pemimpin 360-darjah berbeza. Hanya pemimpin 360-darjah dapat mempengaruhi individu di setiap peringkat dalam organisasi. Dengan membantu orang lain, mereka membantu diri mereka sendiri.”

Dr. John C. Maxwell  

Tuesday, February 5, 2013

Bagaimana Menghadapi, Mengatasi dan Menghilangkan Ketakutan ?


Bagaimana Menghadapi, Mengatasi dan Menghilangkan Ketakutan ?

Pada hari ini kita akan belajar bagaimana untuk menghadapi, mengatasi atau menghilangkan ketakutan.

Manusia mempunyai pelbagai ketakutan. Ada yang takut bercakap di hadapan umum, ada yang takut memulakan perniagaan, ada yang takut membuat jualan malah ada yang takut berjumpa dengan orang baru (seolah-olah orang baru itu akan makan anda hidup-hidup).

Namun apa itu sebenarnya ketakutan ?

Ketakutan adalah satu perasaan yang wujud dalam diri manusia kerana bimbang sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Jadi ketakutan dan perasaan bimbang ini hanya berlaku dalam minda anda tetapi tidak dalam realiti. Ketakutan dalam minda ini adalah lebih besar daripada ketakutan dalam realiti. 

Lari atau hadapi ketakutan ?

Sesuatu yang pelik mengenai ketakutan adalah, jika anda membiarkannya atau lari daripada ketakutan, ketakutan itu tidak pernah hilang.

Anda mungkin pernah menghadapi situasi takut berjumpa dengan seseorang yang baru, namun apabila anda berjumpa orang itu, ketakutan itu hilang dan anda mula merasa selesa dan bersyukur berjumpa orang itu. Pada waktu ini kita lupa tentang ketakutan itu tadi. Namun kita tidak pernah mengambil iktibar daripadanya bahawa ketakutan adalah satu perasaan yang tidak bagus.

Sebagai contoh pengalaman bercakap di hadapan umum, sebelum bercakap anda akan merasa takut sangat. Namun apabila di hadapan orang ramai, anda akan merasa sangat bahagia melihat orang lain mendengar apa yang anda katakan.

Menghadapi ketakutan ?

Penyelesaian bagi masalah ketakutan adalah tidak lain, selain daripada menghadapinya.

Jika anda menghadapi ketakutan selepas ini, sentiasa ingat ketakutan ini jika dihadapi akan membuatkan anda menjadi lebih bahagia dan seronok.

Jadikan perasaan bahagia melebihi perasaan takut itu. Anda mungkin akan gagal buat beberapa kali. Namun anda akan menjadi semakin baik dari hari ke hari.

Tips di sini, hadapi ketakutan untuk menghilangkannya, enjoy perasaan takut itu kerana anda akan menjadi lebih bahagia selepas menghadapinya nanti.