Monday, January 14, 2013

Lawak Hari Ini



SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

>.<

Sunday, January 13, 2013

Infak dan Sadaqah sebagai Ibadah

Menurut Yusuf Al-Qaradhawi, “Amal sosial termasuk sebagai salah satu ibadah, selama untuk untuk mencari kebaikan dan bukan mencari muka.Setiap pekerjaan yang menghapuskan air mata penderitaan seseorang, meringankan penderitaan orang lain,membuka kesempitan derita orang dizalimi system, mengajar orang seseorang dan memberikan sesuatu kepada yang ditimpa musibah adalah termasuk ibadah taqarrub ilallah “.

Dari Abu Hurairah diriwayatkan :” Setiap sendi yang ada pada manusia wajib bersedekah, selama hari masih bersinar, mendamaikan antara dua orang itu sedakah, membantu seseorang untuk naik dikendaraannya itu sedakah,perkataan yang baik itu sedekah,setiap langkah menuju salat itu sedekah dan membuang duri dijalanan itu sedekah” (HR.Bukhari Muslim).

Dengan melihat hadis diatas, maka setiap hari kita berkewajiban selalu menghulurkan tenaga atau wang ringgit(harta) kita ke arah infak dan sedekah. 

Kelemahan sebahagian muslimin hanya bersedekah dan berinfak ketika bukan Ramadhan tiba. Sikap seperti itu perlu diubah,   kemiskinan dan penderitaan muslimin bukan dirasakan pada bulan Ramadhan sahaja, tapi fenomena masyarakat itu harus dijadikan amalan harian. 

Diantara sifat-sifat Nabi yang tertulis dalam kitab bersanji yang rata-rata dibaca dan dilagukan dibulan Maulid adalah “Yuhibbul fuqara wal-masakin” (Sangat mencintai fakir dan masakin).

MISKIN & KAYA:
Ada persepsi sebagian muslim dimana yang berinfak itu hanya orang kaya, padahal Alquran menyebut : ” Dan bersegeralah kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik waktu lapang mahupun sempit “(QS.3:l33).

Melihat bunyi ayat diatas, seolah-olah terdapat keganjilan, kerana baik yang miskin apalagi yang kaya, kedua-duanya selalu berada dalam situasi yang sama yaitu kegiatan gemar melakukan infak, manakala mengaku dirinya telah tergolong kelompok orang-orang yang takwa.. Hikmahnya, agar orang miskin tidak terlalu bergantung dan selalu menjadi tangan dibawah yang peminta, padahal berpotensi pula untuk menjadi tangan diatas yang pemberi. Sudah tentu yang kaya infaknya lebih banyak dari yang miskin.

Korelasi ayat lain memberi harapan bahwa kaum penyumbang sekalipun kecil, akan selalu memperoleh lipatan yang lebih banyak.

“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di dijalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan(ganjaran) siapa yang dikehendaki “(QS.2:26l).

Dari keterangan ayat itu ternyata membelanjakan satu biji, dapat terbalas tujuh ratus kali dan tidak menyebut nanti diakhirat. Artinya, sumbangan ikhlas yang kita berikan adalah untuk kebaikan(dengan niat yang ikhlas) untuk generasi yang ingin menempuh masa akan datang dapat menghasilkan tujuh ratus kali ganda lipatan. (rujuk semula posting ini http://generalreadings.blogspot.com/2013/01/sedekah-ghaibkan-hutang-2.html )

Untuk lebih meyakini kebenaran ayat tersebut, kita kutip ayat lain “Wama anfaqtum min syaiin fahuwa yukhlifuhu, wahuwa khayr al-raziqin ” (Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya,dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya).(QS.34:39).

Berdasarkan kedua ayat tersebut, maka bertambah yakinlah kita bahwa apa saja yang kita sumbangkan secara ikhlas, terhadap saudara-saudara kita yang memanfaatkannya, nescaya amalan itu pasti terganti dan semuanya termasuk ibadah.

Ada pepatah Arab berkata “Anfiq ma fil-jayb, ya’tika ma fil-ghayb”(Belanjakan apa yang ada dalam sakumu, niscaya anda akan memperolreh gantinya dari yang gaib).

Cara menginfakkan harta boleh dilakukan secara terang-terangan dan tersembunyi, istilahnya “Sirran wa ‘alaniyah”.Sebagian muasir menafsirkan jika infak itu adalah infak wajib, seperti zakat harta dan fitrah, hendaknya dilakukan terang-terangan,utuk merangsang orang lain melaklukan perbuatan yang sama dan untuk menghindari suuzhan sebagian orang, bahwa anda orang mampu yang kikir,padahal tidak demikian,selanjutnya sadaqah sunat yang hampir setiap hari dilaskukan, agar terkesan riya’ sebaiknya disembunyikan.

Akhirnya marilah kita biasaan berinfak dan bersedekah, sebagai bagian dari ibadah terutama kepada muslimin yang memerlukan.

"Tidaklah berkurangan harta itu jika di bahagikan kepada orang lain, sebaliknya Allah akan melipatkali gandakan pulangannya"


Jazza kallahu khaira ( Mudah-mudahan Allah memberi balasan kebaikan kepadamu )












Karya Asal : Islam itu Indah

Saturday, January 12, 2013

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit


Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit 

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
- Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
- Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
- Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
- Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Thursday, January 10, 2013

Punca dan Cara Mengatasi Malas



Anda seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.

Malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.

Dalam konteks kesihatan pekerjaan, malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.

Subjektif 

Malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu. Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.

Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan 5 kerja dalam seminggu.

Punca Malas 

Daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam 2 keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.

Kekurangan Hormon Tiroid 

Memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan.

Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.

Penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.

Kesan Ubat-ubatan 

Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas. Kurang daripada 5% pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.

Faktor Sekeliling 

Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas. 

Contohnya, seseorang pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas. Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan.

Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas. Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan. Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.

Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.

Suka Bertangguh 

Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.

Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25% daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya 5% pada tahun 1978.

2 Kategori Malas 

Terdapat 2 kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.

Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku? Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan.

Mengatasi Malas 

Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.

Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan. Interaksi yang wujud antara bos dan para pekerja mampu mendorong kepada peningkatan produktiviti.

Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.

Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus.

Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.

Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?

Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur 7 tahun. Jika pada umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat.

Tuesday, January 8, 2013

Motivational Be a Better You



No matter what the future brings, it will always bring you the opportunity to make a positive difference. No matter what may happen, you can always respond with integrity and positive purpose.

You can apply the very best of your wisdom and experience to the situations in which you have influence. And you can adjust and adapt to those situations over which you have little or no control.

There’s no point in worrying about the future, because your worry will not cause anything positive to happen. Instead, focus on making good and valuable use of the time you have right now, to grow stronger, more capable, more knowledgeable and experienced.

Position yourself so you can find and bring to life the positive value that exists in every situation. Prepare yourself to successfully move forward even in the face of challenge, frustration and uncertainty.

The way to assure a better future is to be a better you, right here and right now. The strength you build within your own life is a powerful tool you can use to create prosperity and fulfillment in any environment.

Every moment is an opportunity to add to that strength by living with love, gratitude, authenticity and positive purpose. Do what it takes to be a better you right now, and build a better world in the days, months and years to come.


Saturday, January 5, 2013

Cara mudah untuk membina keyakinan diri



Anda merasa kurang yakin menempuhi hari-hari kehidupan anda? Ingin berubah menjadi lebih baik? Di sini ingin saya kongsikan cara mudah untuk membina keyakianan diri.

1. Terima, sayangi dan hormati diri anda.
Anda adalah unik . Hanya ada anda sahaja di dunia ini. Anda memiliki keistimewaan tersendiri. Cuma kenal pasti apa kekutamn yang anda miliki. Jika anda membenci diri anda pemikiran bawah sedar anda hanya akan mematuhi arahanya supaya anda hanya cari jalan untuk membuktikan anda memang lemah. Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran anda katakan Aku hargai, hormat dan sayangi diri aku dengan penuh perasaan dan ulang-ulangkan sehingga penyataan anda benar-benar jujur pada diri anda.

2. Kemas dan rapikan penampilan anda mengikut situasi di mana anda berada dan anda selesa dengan penampilan anda.
Kebersihan , gaya rambut, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada emosi anda dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana anda akan dilayan oleh orang lain di peresekitaran anda. Jadi mulakan transformasi penampilan diri anda. Dari segi berat badan pun anda boleh kurangkan ikut kesesuaian ketinggian anda supaya namapk bergaya.

3. Pelihara kesihatan mental dan fizikal supaya anda nampak sihat dan anggun. Sihat dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara anda berfikir dan kemampuan anda terhadap betapa anda memang benar2 sayang pada diri anda. 

4. Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana akan meningkatkan keyakinan anda. Dengan senyuman anda akan dapat menghubungi orang lain dari segi perasaan yang baik pada diri anda. Senyuman bermakna saya suka anda dan anda pasti akan sukai saya. Orang lain akan tunduk dengan senyuman yang ikhlas dari anda. Kemesraan akan terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya.

5. Posture atau posisi setiap anggota tubuh badan anda perlu ditunjukkan dengan penampilan yang saya sukai diri saya. Naikkan sedikit dada anda. Tegakkan bahu anda, angkatkan sedikit kepala anda. Bila anda berjalan lajukan 25% daripadd biasa. Tunjukkan keyakinan cara anda berjalan , berdiri, duduk bahawa anda nyatakan diri anda aku orang penting dan amat berharga. Allah jadikan aku seorang khalifah yang hebat. Inilah diri aku tetapi bukan kaedah cara orang yang sombong.

6.Ambil maruah anda. Jangan merasakan anda begitu terpencil apabila anda berada di sesuatu tempat. Rasakan kawasan anda itu seolah-olah anda menguasainya.

7. Tumpukan perhatian pada orang di persekitaran anda . Lihat segala kebaikan yang mereka ada dan hargai , ucapkan pujian yang sepatutnya. Dengan cara ini orang lain akan menyenangi kehadiran anda. Anda diterima dengan sebaiknya. Biasanya anda hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan pada diri anda ini akan menyebabkan anda rasa rendah diri yang membawa kepada kurang berkeyakinan.

8. JIka berada di majlis orang ramai pastikan anda duduk dibahagian hadapan. Biasakan diri bagi meningkatkan keyakinan anda. Buangkan rasa takut kerana orang penting akan berada di barisan yang paling hadapan.

9. Suarakan dengan yakin apa sahaja pendapat anda. Anda berhak untuk menampilkan diri anda. Tidak perlu untuk bertanding dengan orang lain hanya tampilkan keistimewaan anda.

10. Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang anda bakal lakukan. Anda bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi anda sanggup sedia kerana tiada mangusai yang boleh jadi terus sempurna. Ianya seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan aku akan buat lebih baik lagi. Pengalaman yang anda terima berulang kali akan memantapkan lagi keyakinan diri anda pada sesuatu perkara yang anda lakukan.

11. Bercakap dengan mengekal hubungan mata menunjukan anda hormat pada orang yang anda sedang bercakap. Hubungan mata menujukkan anda adalah orang yang yakin benar terhadap tingkahlaku anda.

12. Jika anda belum yakin lakukan lakonan anda memang yakin. Lakonan anda lama-lama akan menjadikan diri anda yang sebenar kerana apa yang minda percaya itulah yang akan diikuti oleh tindakan fizikal tubuh badan dan percakapan diri anda.

13. Anggap diri anda penting dan siapa sahaja yang berada di sisi anda adalah orang penting. Sayangi orang di sekitar anda nescaya anda akan disayangi. Ingat berniatlah ingin membantu orang lain nescaya anda akan dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Hanya orang yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.