Thursday, May 1, 2025

Review Tesla selepas 2 tahun

Review Tesla selepas 2 tahun

Sekadar perkongsian, pengalaman selepas drive Tesla 2 tahun. Aku buat style FAQ la ye

1) Susah tak nak cari charger

Senang. Sekarang dah jauh lebih senang daripada 2 tahun lepas. Charger dah bersepah. Aku pergi sampai ke Perlis pun ada je tempat untuk caj.

Dan lebih best semakin banyak charger operator yang dah tak app-oriented. Maksudnya boleh je datang ke charger, dan tap kad. Zaman dulu takde, semua nak app. Pastu app selalu problem pulak tu (I'm talking to you Gentari, Jom Charge). Lebih annoying jenis nak ada credit minimum baru boleh caj (you, ParkEasy). 

TNB (Go To-U) sekarang dah bijak, diorang mula tukar charger tanpa perlu app (ada kat R&R Tapah NB). Paling bijak DC Handal, memang takde app langsung. Kudos. 

Kalau travel jauh tak perlu risau sebab banyak R&R yang dah ada sekarang ni

2) Biasa caj kat mana?

Kat rumah. Sekali lagi diingatkan, kalau takde charger kat rumah, tak perlulah beli EV. Been there masa duduk dekat apartment kejap, tak praktikal. Bad for battery health gak sebab selalu kena caj penuh 100%

3) Mahal tak kos maintenance?

Dah 2 tahun guna, mileage dalam 66,000km

Setakat ni aku cuma perlu tukar boot strut je, dia stuck takleh buka secara automatic. Tukar OEM je RM200

Selain tu, takde. RM0.

Ini kalau kereta biasa dah at least 7 kali kena hantar servis.

4) Battery full boleh pergi berapa jauh?

Dalam 505 km. Ni dah jatuh sikit daripada asal beli dalam 530km+

Boleh la lagi daripada Bangi ke Penang tu.

Aku okay sebab aku tak pernah kena travel sejauh Penang masa musim raya ke apa. Jadi musim raya / peak season tu takde la kena berebut charger dengan orang lain

Rasanya kalau kena beratur charger waktu peak season, aku tak nak beli EV haha

5) Dah tu kat kampung nanti caj kat mana? Ada charger ke kat kampung?

Aku ada portable charger. Asalkan ada je plug point, aku boleh je charge. Semua kampung aku ada plug point yang boleh guna untuk charge kereta

Cuma portable charger ni slow la. Ada la sejam dapat 3-4% kot. Tapi bila caj overnight tu banyak la gak boleh dapat. 

6) Kalau melancong?

Dah semakin banyak hotel yang ada tempat charging. Dan kalau homestay landed tu boleh la juga guna portable charger.

Cuma jujurnya dia jadi tak best kalau melancong tapi nak pilih duduk mana tu kena consider ada charger ke tidak. Tapi kalau dapat hotel ada charger tu rasa sangat best. Rasa macam travel percuma 🤣

7) Apa beza Tesla dengan EV lain?

Jujurnya tak tau. Aku pernah test drive Seal BYD. Sebab memang itu memang antara option masa nak beli EV, cuma masa aku beli dia takde lagi

Overall, aku lagi suka Tesla. Tapi BYD ni lebih dekat dengan kereta biasa. Kiranya kalau tukar ke BYD, takdelah perlu lama sangat nak adapt dengan kereta tu berbanding kalau tukar ke Tesla.

8) Apa yang paling best pasal Tesla?

Dua benda kot aku sangat suka. First software update dia. Dia sentiasa ada periodical update yang jadikan kereta ni ada new features yang baru.

Dulu antara benda aku rindu dekat Mazda 6 sebab ada blind spot punya alert, haa sekarang Tesla pun dah update dan ada function tu.

Ada masa dia tukar UI jadi nampak lebih style. Ramai la owner Tesla tak sabar-sabar nak dapat update tu haha.

Secondly, autopilot dia. Pun dah jadi sangat bagus berbanding masa awal aku beli dulu. Aku literally boleh biar dia on sepanjang jem balik kampung kat highway.

Dulu ada rasa tak percaya lagi. Tapi sekarang ni aku dah relax tahap rasa macam orang lain tengah drive.

9) Apa yang tak best pasal Tesla?

Bawak laju tak rasa stabil berbanding Mazda 6 aku dulu. Laju di sini 180kmh ke atas

Dan nak bawak laju sangat sampai 190kmh ke atas pun tak best sebab nanti bateri cepat habis

Satu lagi air filter dia. Power sangat kot. Tak kisah lah bau busuk atau bau wangi. Semua akan hilang sepenuhnya lepas 2-3 hari. Frust jap tak boleh nak letak perfume kereta yang aku suka. 

10) Kalau jem waktu raya bateri okay ke?

Ni salah faham paling besar berkaitan EV. 

EV lebih jimat bateri kalau bawa perlahan. Jadi masa raya yang jem tu lagi tak makan bateri berbanding jalan kosong tekan sampai 160kmh

11) Betul ke selamat tidur dalam EV?

Aah, selamat. Sangat selamat sebab tak ada sebarang pembakaran / gas yang membahayakan. Sambil boleh caj kereta.

Kalau pergi camping lupa powerbank pun takpe. Kereta ada haha. Boleh tinggal phone untuk charge dalam kereta.

12) Pernah menyesal beli tak?

Tak pernah. Rasanya beli Tesla ni one of the best decision I made in my life. Ceh sampai macam tu lol.

Tapi memang aku suka haha. Dah la maintenance jauh murah berbanding Mazda 6. Dan aku sangat suka gak the fact aku tak perlu fikir nak isi minyak on weekly basis. Dulu aku tak suka sebenarnya isi minyak, sekarang dah tak perlu isi langsung ni rasa sangat best

13) Tapi daripada isi minyak 5 minit, kenapa nak beli EV yang kena tunggu lama untuk caj?

Aku cuma perlu caj kat luar masa travel jauh. Yang mana takde isu mana sebab sambil caj tu pergi toilet, pergi solat, pun dah dapat banyak dah. Kalau makan lagi la, penuh.

Jadi takde beza sangat pun. Cuma annoying bab kena plan sikit. So yea, admittedly long distance sikit annoying. Tapi kita long distance ni kadang-kadang. Tak perlu fikir isi minyak waktu kehidupan harian tu, jauh lebih nikmat haha

14) Bateri kerap tak kena tukar?

Tesla sekarang dah boleh check battery health sendiri (new update). Dan aku punya battery pada tahap 89%. Ada owner lain yang lama sikit drpd aku, bateri dia 91%

Aku rasa bateri aku affected masa zaman aku duduk apartment kejap dan kena selalu caj 100%.

That being said, memang bateri awal-awal dia degrade cepat, dan lepas tu akan lebih perlahan. 

Bateri digalakkan tukar kalau battery health dah sampai 70%. Itupun sekadar digalakkan, bukanlah wajib.

15) Berapa kos driving berbanding kereta ICE?

Ni stats sy la ye

Average energy driving sy 162.1 Wh/km
Kos elektrik rumah sy RM0.571/kWh

Jadi kos sy 9.3 sen per km

Orang yang bawa lebih cermat, kos elektrik rumah lagi murah, akan dapat lagi rendah

16) Tayar macam mana? Dengar cerita mahal

Aah. EV ada tayar khas untuk EV. Tayar EV ni ada dua advantage, satu lebih diam sebab ada span kat dalam, dan satu lagi lebih keras - jadi lebih kuat

Kenapa kena diam, sebab EV takde enjin, jadi dia senyap. Tapi tak best la kalau bising bunyi tayar pula. Kenapa kena keras, sebab acceleration dia power sangat, jadi kalau tayar biasa lebih senang haus

Ada owner Tesla lain try tukar tayar bukan EV (lebih murah). Boleh je guna. Malahan katanya rasa lebih selesa. Cuma katanya driving range dia jadi berkurang.

So ada pros and cons. Ikut la nak ambik yang mana

17) Berapa kos elektrik caj EV kat rumah?

Benda ni sangat bergantung penggunaan. Aku nak cakap pun susah sebab berapa banyak aku travel daily pun jauh beza masa awal ada EV dan sekarang

Masa aku duk ulang alik Bangi - Shah Alam setiap hari dulu, kos elektrik EV tu dalam range RM300-400 kot. Berbanding sebelum EV isi minyak dalam RM600+ sebulan. 

Sekarang dah kurang. Mungkin dalam RM200+

Tapi tak lama pun aku bayar banyak tu, lepas tu aku ambil solar. Sebab tu susah gak nak cakap berapa banyak kos elektrik sekarang, sebab majoriti elektrik aku datang daripada matahari. 

18) Berbaloi ke ambil solar?

Kalau ada EV sangatlah berbaloi. Malahan sangatlah recommended

Aku sakit hati bayar elektrik mahal-mahal ni hahah. Bayar solar at least tu jadi aset kita. Ni bayar elektrik mahal-mahal dapat apa 😆

Berapa kos solar? Tu post lain. Tapi sekarang dah semakin murah dah. Loan etc pun dah senang dapat. 

19) Jadi overall, recommended ke?

Tak.

Sebab aku tak nak semakin ramai guna EV, nanti semakin leceh nak compete untuk public charger 🤣

Nah portable charger EV kalau minat


No comments:

Post a Comment