Friday, September 20, 2013

Tentang Masa, Memori, Takdir, Kontrol dan Kerisauan


Sila baca dengan tenang. 
MOGA ALLAH memberkati dan merahmati kita semua.


  1. Kita bukan sahaja tidak boleh mengubah masa lalu, tapi sesuatu yang ramai orang tidak mengetahui dan memahami - kita juga tidak mampu mengubah apa yg akan berlaku akan datang.
  2. Pada Allah - yang wujudNya tidak di batasi atau dilingkupi dgn masa, apa yg sudah terjadi, sedang terjadi atau akan terjadi - semuanya berlaku dalam keadaan 'single moment'. Semuanya berlaku dalam kehendak dan ketentuanNya.
  3. Masa, adalah sesuatu yg relatif mengikut Kalam Allah dan baru di sedari pakar Saintis. Ia bukan wujud mutlak. Sehari perjalanan malaikat bersamaan seribu hari perkiraan manusia (rujuk Quran tentang ini). Ianya berkait juga dgn kecepatan juga jarak ruang.
  4. Masa pada manusia hanya dapat di mengerti dgn adanya memori. Kita boleh kenal masa kini kerna kita boleh ingat apa terjadi semalam mahupun 15 tahun yg lalu. Bayangkan orang yg tidak diberi ingatan atau di hilangkan data dalam memori seseorang (lepas accident). Dia tidak ingat makanya dia rasa masa tidak berlalu. Ada orang berpenyakit boleh ingat selama 10 saat sahaja. Tiap2 10 saat dia boleh tak kenal orang yang berada di hadapan nya. Kesimpulannya pada kita, jika memori tak ada, masa berlalu juga kita tak rasa mahupun mengetahui. 
  5. Ramai orang salah mengerti dalam berhujah dengan berkata 'Allah tidak mengubah nasib seseorang melainkan kaum itu mengubah nasib nya sendiri'. Walaupun tujuan bagus namun interpretasinya salah, pemahaman juga salah. Kajiam saya tentang Asbabun Nuzul, perkataan Nasib di situ adalah salah , ianya berkaitan tentang Nikmat. 'ALLAH tidak mengubah Nikmat sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nikmatnya sendiri. ' Siapa nak berhujah pasal ni, jgn berhujah dulu sehingga anda bertanya Ustaz Mukhlisin dan mengkaji Asbabun Nuzul ayat Quran tersebut.
  6. Hadis Sahih Bukhari dan Muslim ada mengatakan lebih kurang 'Bila sampai 40 hari dalam kandungan Rahim Ibu maka datang malaikat menulis takdir yg telah ditentukan kepada si polan - rezeki, jodoh, ajal juga samada Ahli Syurga atau Neraka'. Para sahabat kamudian bertanya 'Jika begitu tak payah beramal sebab semua telah ditentukan? '. Rasulullah bersabda - 'Beramallah, sebab Ahli Syurga akan beramal dgn amalan Ahli Syurga dan Ahli Neraka akan beramal dgn amalan Ahli Neraka'.
  7. Yang penting untuk pemahaman kita di sini adalah supaya kita ini sentiasa Redha akan apa sahaja yg Allah telah tetapkan, samada apa Yang Telah Berlaku ataupun Belum Berlaku - sebab pada Allah - semuanya Telah Terjadi. Sekali lagi kita tak akan dapat Kontrol apa yang sudah berlaku dan juga APA yang akan berlaku, sebab ianya relatif pada kita, pada Allah atau hakekatnya Ianya Sudah berlaku - ingat kisah Isra' dan Mikraj? Rasulullah lihat orang dalam Neraka tu masa kini atau masa depan? Fikirkan..
  8. Sekarang, dgn pemahaman ini - bila kita beramal, lupakanlah dosa juga Pahala yg kita buat masa lalu, fikirkan dan duduklah dalam ruang - Power of Now - itu sahaja yg kita ada. Apa sahaja yg kita buat tidak dapat mengubah bukan sahaja masa lalu JUGA AKAN DATANG. Besarkan ALLAH sentiasa dalam pemahaman ini, Tawakal lah, Beramallah. Moga ALLAH merahmati.

No comments:

Post a Comment