Buah Delima - Buang segala kejahatan dalaman
"Dalam syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima." (ar-Rahman : 68)
Cuka - Baik dimakan apabila dicampur dengan minyak zaitun (seperti yang diamalkan dalam masakan Itali).
Air - Minuman yang terbaik buat semua. Amalkan minum air kosong sebanyak mungkin.
Telur - Di antara khasiat kuning telur ialah menghilangkan rasa sakit dan ubat batuk
Maksudnya : Imam Biahaqi meriwayatkan sebah hadis marfuk : bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan telur.
Gandum -
Dari Aisyah RA bahawa ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika salah seorang keluargnya kurang sihat, ia meminta sesuap gandum, lalu dimasaknya. Kemudian dia menyuruh mereka memakannya, maka merekapun memakannya. Setelah itu Rasulullah SAW berkata : “Sesungguhnya gandum itu menguatkan hati yang sedih dan menghilangkan hati yang sakit, sebagaimana salah seorang kamu menghilangkan/membersihkan kotoran dari mukanya dengan air”
Burung
“Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan” Surah al-Waqiah : 21
Daun Saderi - Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.
Halia -
Mereka (ahli syurga) diberikan minuman segelas yang campurannya adalah halia” (al-Insan : 17)
Abu Naim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudari beliau berkata bahawa Raja Rom telah memberi satu bejana halia kepada Rasulullah SAW, maka baginda telah memberi makan setiap seorang sepotong dan kami diberi sepotong”
No comments:
Post a Comment