Sunday, October 27, 2013

info umum mengenai vitamin C

Sedikit info umum mengenai vitamin C dan mengapa ia perlu di dalam diet harian kita.

Vitamin C, juga dikenali sebagai ascorbic acid, ialah sejenis nutrien larut-air yang penting untuk tumbesaran yang normal. Vitamin larut-air terurai apabila berada di dalam air. Sisa dan lebihan vitamin ini akan dibuang dari dalam badan melalui air kencing. Oleh itu, bekalan berterusan vitamin seperti ini amatlah diperlukan.

Vitamin C adalah penting untuk :-

 >   Membentuk protein yang penting untuk pembinaan kulit, tendon, ligamen dan pembuluh darah
 >   Membentuk kolagen [@_@ Kolagennn!! :-) ], juga sejenis protein yang diperlukan untuk membantu menyembuhkan luka
 >   Membaiki dan memelihara rawan, tulang dan gigi
 >   Meningkatkan keupayaan untuk menyerap zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan

Vitamin C juga adalah merupakan salah satu anti-oksidan. Apa itu antioksidan? Antioksidan adalah nutrien yang menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Berikut adalah info tentang radikal bebas yang anda perlu tahu :-

 >   Radikal bebas terhasil ketika tubuh badan menukarkan makanan kepada tenaga ataupun ketika kita terdedah kepada asap rokok dan radiasi
 >   Radikal bebas yang terkumpul untuk satu jangkamasa yang panjang mengakibatkan proses penuaan
    Radikal bebas juga merupakan salah satu penyebab kepada kanser, penyakit jantung dan kondisi seperti arthritis

Vitamin C TIDAK menyembuhkan atau mengurangkan risiko jangkitan demam selsema. Walaubagaimana pun, mereka yang mengambil Vitamin C dengan kerap dan teratur didapati cepat sembuh daripada demam selsema atau pun mengalami demam selsema yang tidak teruk. Mengambil Vitamin C selepas dijangkiti demam selsema tidak memberikan sebarang kesan penyembuhan.

Kekurangan Vitamin C mengakibatkan :-

    Anemia
    Gusi Berdarah
    Kurang daya tahan jangkitan penyakit
    Kadar penyembuhan luka yang lambat
    Rambut kering dan bercabang
    Cepat lebam
    Gingivitis (keradangan pada gusi)
    Hidung berdarah
    Kemungkinan untuk pertambahan berat badan kerana metabolisme lambat
    Kulit kasar, kering dan bersisik
    Sakit dan bengkak sendi
    Enamel gigi lemah

Sumber : http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002404.htm

http://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminC-QuickFacts/

---------------------------------

Vitamin C Shaklee: Berbeza Dengan Jenama Lain!

* * * * *
1 botol ini mengandungi 180 biji Vitamin C yang mampu bertahan sehingga 6 bulan.
* * * * *

Di Shaklee, Vitamin C dikenal sebagai Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

Apa yang menyebabkan Vitamin C Shaklee ini BERBEZA dengan Vitamin C jenama lain?

1. Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!

- Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas! (Sumber: Vitamin Semulajadi) 

2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release'

- Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti!

3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!

- Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?

4. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids bersamanya

- Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids  adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

- Semuanya natural!

Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!

No comments:

Post a Comment