Wang syiling itu
jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam
kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu
lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam
poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi
lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke
kiri,kanan dan d
isekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali
lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama
kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun
sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam
hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan
oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina
itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan
ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki
itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun,jeritan itu tidak mampu
mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana
itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya
kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling
ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas,ketuanya
itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu
kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki
itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari
mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia
ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi
menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan
antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan
'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada
kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita
sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan
kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya
terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti
kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan
dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan
itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati
Yang Maha Pencipta kita.
No comments:
Post a Comment