Sunday, December 30, 2012

6 Ciri Kerja Sebagai IBADAH



Islam mengajar umatNya agar sentiasa berusaha mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman dan akhlak. Bagi mereka yang menyedari hakikat ini pastinya akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pada setiap masa tanpa mengenal jemu. Sedarlah, bahawa bekerja itu bukan sekadar tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan Negara tetapi yang lebih utama ia merupakan AMANAH Allah SWT.

1. Bidang kerjaya yang diharuskan. Bekerja di tempat yang haram seperti tempat maksiat atau judi dan arak, ia tidak dianggap ibadat.
2. Niat mencari rezeki yang halal kerana Allah swt atau mencari keredhaanNya.
3. Buat kerja bersungguh-sungguh hingga boleh mengeluarkan hasil kerja yang cemerlang.
4. Doa meminta yang baik-baik.
5. Tawakal kepada Allah swt iaitu selepas berusaha kita berserah kepada Allah swt untuk mencari kejayaan apa yang diusahakannya.
6. Redha iaitu menerima apa keputusan dengan kesyukuran walaupun ia tidak menjadi seperti apa yang diharapkan. Hendaklah bersabar dan berusaha lagi kerana segala keutusan adalah ditentukan Allah swt walaupun kita telah berusaha bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment