Wednesday, December 26, 2012

Cara mudah untuk membina keyakinan diri




Anda merasa kurang yakin menempuhi hari-hari kehidupan anda? Ingin berubah menjadi lebih baik? Di sini ingin saya kongsikan cara mudah untuk membina keyakianan diri.

1. Terima, sayangi dan hormati diri anda.
Anda adalah unik . Hanya ada anda sahaja di dunia ini. Anda memiliki keistimewaan tersendiri. Cuma kenal pasti apa kekutamn yang anda miliki. Jika anda membenci diri anda pemikiran bawah sedar anda hanya akan mematuhi arahanya supaya anda hanya cari jalan untuk membuktikan anda memang lemah. Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran anda katakan Aku hargai, hormat dan sayangi diri aku dengan penuh perasaan dan ulang-ulangkan sehingga penyataan anda benar-benar jujur pada diri anda.

2. Kemas dan rapikan penampilan anda mengikut situasi di mana anda berada dan anda selesa dengan penampilan anda.
Kebersihan , gaya rambut, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada emosi anda dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana anda akan dilayan oleh orang lain di peresekitaran anda. Jadi mulakan transformasi penampilan diri anda. Dari segi berat badan pun anda boleh kurangkan ikut kesesuaian ketinggian anda supaya namapk bergaya.

3. Pelihara kesihatan mental dan fizikal supaya anda nampak sihat dan anggun. Sihat dalaman dan sihat luaran banyak mempengaruhi cara anda berfikir dan kemampuan anda terhadap betapa anda memang benar2 sayang pada diri anda. 

4. Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana akan meningkatkan keyakinan anda. Dengan senyuman anda akan dapat menghubungi orang lain dari segi perasaan yang baik pada diri anda. Senyuman bermakna saya suka anda dan anda pasti akan sukai saya. Orang lain akan tunduk dengan senyuman yang ikhlas dari anda. Kemesraan akan terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya.

5. Posture atau posisi setiap anggota tubuh badan anda perlu ditunjukkan dengan penampilan yang saya sukai diri saya. Naikkan sedikit dada anda. Tegakkan bahu anda, angkatkan sedikit kepala anda. Bila anda berjalan lajukan 25% daripadd biasa. Tunjukkan keyakinan cara anda berjalan , berdiri, duduk bahawa anda nyatakan diri anda aku orang penting dan amat berharga. Allah jadikan aku seorang khalifah yang hebat. Inilah diri aku tetapi bukan kaedah cara orang yang sombong.

6.Ambil maruah anda. Jangan merasakan anda begitu terpencil apabila anda berada di sesuatu tempat. Rasakan kawasan anda itu seolah-olah anda menguasainya.

7. Tumpukan perhatian pada orang di persekitaran anda . Lihat segala kebaikan yang mereka ada dan hargai , ucapkan pujian yang sepatutnya. Dengan cara ini orang lain akan menyenangi kehadiran anda. Anda diterima dengan sebaiknya. Biasanya anda hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan pada diri anda ini akan menyebabkan anda rasa rendah diri yang membawa kepada kurang berkeyakinan.

8. JIka berada di majlis orang ramai pastikan anda duduk dibahagian hadapan. Biasakan diri bagi meningkatkan keyakinan anda. Buangkan rasa takut kerana orang penting akan berada di barisan yang paling hadapan.

9. Suarakan dengan yakin apa sahaja pendapat anda. Anda berhak untuk menampilkan diri anda. Tidak perlu untuk bertanding dengan orang lain hanya tampilkan keistimewaan anda.

10. Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima kesilapan yang anda bakal lakukan. Anda bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi anda sanggup sedia kerana tiada mangusai yang boleh jadi terus sempurna. Ianya seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan aku akan buat lebih baik lagi. Pengalaman yang anda terima berulang kali akan memantapkan lagi keyakinan diri anda pada sesuatu perkara yang anda lakukan.

11. Bercakap dengan mengekal hubungan mata menunjukan anda hormat pada orang yang anda sedang bercakap. Hubungan mata menujukkan anda adalah orang yang yakin benar terhadap tingkahlaku anda.

12. Jika anda belum yakin lakukan lakonan anda memang yakin. Lakonan anda lama-lama akan menjadikan diri anda yang sebenar kerana apa yang minda percaya itulah yang akan diikuti oleh tindakan fizikal tubuh badan dan percakapan diri anda.

13. Anggap diri anda penting dan siapa sahaja yang berada di sisi anda adalah orang penting. Sayangi orang di sekitar anda nescaya anda akan disayangi. Ingat berniatlah ingin membantu orang lain nescaya anda akan dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Hanya orang yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment