Saturday, June 1, 2024

CHECKLIST 40HARI

Zaman sekarang bukan lagi zaman berlumba-lumba untuk dunia. Bukan lagi zaman untuk bermegah-megah dengan harta yang ada.

Kerana kita sekarang hidup dalam dunia akhir zaman.

Ubahlah kehidupan kita daripada untuk dunia kepada untuk akhirat.

CHECKLIST 40HARI

1. Puasa Isnin dan Khamis
2. Baca al-Waqiah setiap hari
3. Baca al-Mulk setiap hari
4. Baca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah
5. Baca al-Kahf setiap malam Jumaat dan Hari Jumaat
6. Baca surah Yasin setiap malam Jumaat
7. Baca surah kursi, al-Ikhlas 3 kali, istighfar 3 kali, ayatul kursi, al-Ikhlas 3 kali, istighfar 3 kali, doa perlindungan untuk diri dan keluarga, dan baca doa sebelum tidur
8. Maafkan semua orang sebelum tidur
9. Tahajud 2/4 rakaat
10. Mandi sebelum subuh
11. Solat subuh tepat waktu
12. Solat Sunat Qabliyah
13. Solat Sunat Dhuha 2/4 rakaat
14. Dengar bacaan Quran 10 minit
15. Solat penuh 5 waktu tepat waktu
16. Selepas solat fardu, zikir (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, selawat 10x) dan baca ayatul kursi

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Aamiin Ya Allah 😊



Sumber

Friday, May 31, 2024

Rahsia Affiliate TikTok

Untuk yang buat affiliate TT, ni rahsia korang boleh dapat sale 5 angka sebulan.


Tips ni aku belajar dari top affiliate sendiri yang memang dah buat 300k sebulan.

Ok lesssgo!

1- Korang request free sample macam biasa kat mana2 seller yang korang berkenan nak review.

2- Buat video review bawah 60 saat. Dapat 30-40 saat pun ok. Yang penting jangan lebih 1 minit.

3- Waktu buat video tu, bagi 200% komitmen dan effort korang. Buat sehabis baik untuk hasilkan video yang kualiti, struktur yang kuat, content yang convert.

4- Bila dah siap, post macam biasa kat akaun TT korang dan jangan lupa link kan showcase produk korang review tu.

5- Ini tips mahal dia. Korang copy terus ads code video tu dan bagi terus kat seller. Tak perlu tunggu dia minta. Nak whatsapp boleh, nak inbox pun boleh.

Boleh guna contoh ayat dia macam ni ;

Hi seller. Saya dah buat 1 video review untuk produk _______. Ini link video (bagi link).

Saya sertakan sekali ads code untuk kegunaan pihak tuan/puan pada masa akan datang. (bagi ads code)

Semoga kita dapat terus bekerjasama di masa akan datang. Terima kasih. 

6- Selesai.

Nota :
1. Boleh buat banyak video untuk 1 produk. Korang try pelbagaikan style. Jangan lupa untuk bagi ads code setiap kali buat video baru.

2. Akan ada juga HQ yang tak run ads pada video affiliate. Jangan risau. Ada banyak lagi produk dan HQ lain di tiktok.

3. Tak semua video HQ akan run ads. Aku as HQ pun semestinya hanya akan pilih video yang ada kualiti, convert, baru HQ akan support dengan ads. Baca balik point nombor 3 di atas.

4. Jangan terkejut kalau 1 video korang je dah boleh cecah sale atas RM50k. Itu penangan hq tekan ads.

Sekian.
Semoga bermanfaat.

Wednesday, May 22, 2024

Kita Semua Terperangkap Dalam Satu Sistem Yang Akan Buat Kita Rasa Sentisa Tidak Cukup

Sejak dari kecil, kita telah di doktrin untuk belajar rajin-rajin.. 

Habis belajar kena masuk universiti.. 

Keluar universiti, dapat kerja kat company besor atau kerja gomen.. 

Start kerja, kena buat loan beli rumah.. buat loan beli kereta.. 

Tak cukup dengan loan kereta n rumah? Sistem ni akan kejar pula kita untuk apply credit card dan personal loan.. 

Sebab kita selalu rasa ‘tak cukup’, maka kita pun makin terjerumus masuk ke dalam sistem yang memang dicipta supaya kita gagal! 

Org putih kata ‘the system needs us to fail in order for it to survive’

Hidup bagai hamster berlari dalam roda.. sentiasa penat berlari mengejar tapi ‘pointless’. Tak tahu apa yg di kejar. 

Hari-hari buat benda sama.. Tapi hidup tetap tak berubah.. 

Setiap titik peluh kita ‘di sumbangkan’ semula ke dalam ‘sistem’ 

Perkara ni akan buat kita rasa sentiasa tak cukup.. Kita buat apa saja untuk dapat duit.. Hakikatnya, masih tak cukup-cukup haha! 

Dunia social media hari ni ibarat tambah garam dalam luka.. Dah tengah sakit, bertambah pedih.. 

Makin kita lihat sekeliling, makin kita rasa nak kejar tanpa kita tahu pun apa yang mereka dah lalui. 

Takkan nak tunjuk yang gagal? Yang di tunjuk pastilah kejayaan sahaja. 

Maka kita pun makin terperosok dalam janji palsu sebuah sistem yang hanya mahu lihat kita gagal. 

Dunia ini its you against you. Kita lawan diri sendiri.

Kita nak jadi lebih baik dari diri kita yg semalam. 

Filter balik apa yang korang tengok di social media supaya boleh lebih fokus pada diri sendiri.. 

link rujukan 🫢🏻

Friday, April 19, 2024

Ejen Stokis Produk Yang Tersakiti

Bismillah . cerita sedih harini .

Modal oil cleansing saya RM12 x 5000 pcs tapi HQ jual RM9.90 satu

Modal Lip Crayon saya RM10.50 x 5000 pcs HQ jual retails RM35(4pcs ) RM8.75 satu. 

Modal Eyebrow saya RM13.50 x 5000 pcs tapi hq jual rm12.90 satu ( ni katanya defect packging) 

Modal Blusher Powder tu RM16.50 x 5000 pcs tapi hq lelong RM10 satu . 

Modal Blusher stick tu pom RM13 x 5000 

Moq saya level (copartner ) ni semua mix item ( 5000 pcs)

nak lelong boleh nak clear boleh , ambik la dulu stok yang banyak dengan kami ni . xpom rebate kami balik .

Kami hat leader pom sakit kepala tengok HQ hari2 lelong harga rugi.

Sampai bila kami nak serap rugi ? 

Kalau nak jual retails sendiri jangan main sistem agent stokis dah . titik. 

Saya tak akan tinggal diam bila hampir hari hari agent stokis mengadu HQ lelong harga . 

Tak ada orang marah HQ jual retails , jual la . tapi jangan anayai agent sendiri. 

Kami orang bisnes sedia maklum bisnes ni ada untung rugi tapi bukan cara macamni. saya mintak maaf apa saya tulis ni ramai xsuka dan tak setuju . saya cuma bersuara untuk rakan2 bisnes saya jugak. 

Maaf saya bukan orang kaya untuk serap semua kerugian ini . 

Cukup setakat ni saya ulas isu ni.

Terima kasih πŸ™πŸ»

Tuesday, April 16, 2024

Usahlah Bersedih La Tahzan

" USAH BERSEDIH "

1. Andai kata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Nabi Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andai kata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Nabi Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya (bapa saudaranya menurut satu riwayat)...

3. Andai kata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Yunus as, yg terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andai kata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan.kamu dilanda kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andai kata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih.Ingatlah kisah Nabi Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andai kata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Sayyidah Aisyah R.anha, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andai kata kamu rasa kesunyian.dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andai kata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andai kata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Nabi Muhammad Ψ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ΨΉَΩ„َΩŠΩ‡ِ وَΨ³َΩ„َّΩ…َ, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat... 

Subhanallah... Masyaallah..Allahuakbar...

Allah SWT mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan ujian, tidak perlu berkata

 "KENAPA AKU?"...

" TAPI KATAKANLAH, ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA2NYA YA RAHMAN."

Sebarkan seluasnya...

Mitos tentang Penghawa Dingin (Aircond)

nak cerita lagi pasal air cond.

nak kata mitos mengarut pon, tak juga.
nak kata tepat, pon tak juga.
ada bahagian mengarut dan ada bahagian betul.

mitos pasal mode aircond.
nak sejuk, guna cool mode, tapi elektrik kuat.
tapi,
nak jimat elektrik guna dry mode, tapi kurang sejuk.

ramai yang dok bawa mitos ni.

korang tahu tak aircond kat rumah korang tu ada 3 mode sebenarnya, bukan 2.
dan setiap mode ni digunakan pada situasi yang berbeza.
bukannya, bila nama je aircond semua nak cerita pasal sejuk je.

HVAC
Heat, Ventilation and Air Condition

aku akan terangkan dalam bahasa MELAYU, menggunakan term bahasa MELAYU.
sebab dalam cerita aku yang sebelum ni, aku dah tulis dalam bahasa MELAYU tapi ramai orang MELAYU yang tak paham.
aku sendiri pon tak paham macam mana orang MELAYU sendiri tak paham bahasa MELAYU.

dalam HVAC takde sikit pon sebut pasal sejuk.
AC kat belakang tu adalah air condition atau dalam bahasa Melayu, PENYAMAN UDARA.

kalau nak sejuk, dia panggil cool room ( bilik sejuk ) yang orang letak sayur2 dalam store supermarket atau freeze room yang orang letak ayam beku, daging beku atau ikan beku tu.
korang gi duduk dalam bilik2 tu sejam dua, korang rasa nyaman ke tak? bilik sejuk giler tu.

sapa yang ajar sejuk tu nyaman?

.
.
.

HVAC ni, bukan cerita pasal sejuk sahaja.
korang kena ambil tahu pasal humidity ( kelembapan ),
korang kena ambil tahu pasal ventilation ( aliran udara )
korang kena ambil tahu pasal heat ( haba )
korang kena tahu pasal human body science ( sains tubuh badan manusia )

ni nak bagitau korang satu benda yang korang rasa selalu, tapi korang tak tahu kenapa, sebab korang tak tahu sains tubuh badan manusia.

hari cerah dan panas ( suhu 35C ), angin sempoi2, korang duduk kat luar rumah, bawah pokok. korang rasa nyaman.
tengah2 panas tu tiba2 hujan turun renyai2. suhu turun 33C, korang rasa panas, tak nyaman, rimas.

ha,
terangkan kenapa jadi macam tu, suhu makin sejuk tapi korang rasa makin panas?
dari segi sains, subjek sains sekolah menengah ni.
kalau nak sembang palautau pon silakan.

aku berenti kat sini,
nak tengok dulu jawapan korang tu.

p/s:
nak ilmu orang, kena la ada adab.
bukan kurang ajar dan takde adab.

kalau tak paham, tanya elok2, bukan main sembur je macam takde otak.
itu orang panggil bodoh sombong.


Kredit : Bro-Shamsulnubairi