Friday, April 19, 2024

Ejen Stokis Produk Yang Tersakiti

Bismillah . cerita sedih harini .

Modal oil cleansing saya RM12 x 5000 pcs tapi HQ jual RM9.90 satu

Modal Lip Crayon saya RM10.50 x 5000 pcs HQ jual retails RM35(4pcs ) RM8.75 satu. 

Modal Eyebrow saya RM13.50 x 5000 pcs tapi hq jual rm12.90 satu ( ni katanya defect packging) 

Modal Blusher Powder tu RM16.50 x 5000 pcs tapi hq lelong RM10 satu . 

Modal Blusher stick tu pom RM13 x 5000 

Moq saya level (copartner ) ni semua mix item ( 5000 pcs)

nak lelong boleh nak clear boleh , ambik la dulu stok yang banyak dengan kami ni . xpom rebate kami balik .

Kami hat leader pom sakit kepala tengok HQ hari2 lelong harga rugi.

Sampai bila kami nak serap rugi ? 

Kalau nak jual retails sendiri jangan main sistem agent stokis dah . titik. 

Saya tak akan tinggal diam bila hampir hari hari agent stokis mengadu HQ lelong harga . 

Tak ada orang marah HQ jual retails , jual la . tapi jangan anayai agent sendiri. 

Kami orang bisnes sedia maklum bisnes ni ada untung rugi tapi bukan cara macamni. saya mintak maaf apa saya tulis ni ramai xsuka dan tak setuju . saya cuma bersuara untuk rakan2 bisnes saya jugak. 

Maaf saya bukan orang kaya untuk serap semua kerugian ini . 

Cukup setakat ni saya ulas isu ni.

Terima kasih 🙏🏻

No comments:

Post a Comment