Friday, May 31, 2024

Rahsia Affiliate TikTok

Untuk yang buat affiliate TT, ni rahsia korang boleh dapat sale 5 angka sebulan.


Tips ni aku belajar dari top affiliate sendiri yang memang dah buat 300k sebulan.

Ok lesssgo!

1- Korang request free sample macam biasa kat mana2 seller yang korang berkenan nak review.

2- Buat video review bawah 60 saat. Dapat 30-40 saat pun ok. Yang penting jangan lebih 1 minit.

3- Waktu buat video tu, bagi 200% komitmen dan effort korang. Buat sehabis baik untuk hasilkan video yang kualiti, struktur yang kuat, content yang convert.

4- Bila dah siap, post macam biasa kat akaun TT korang dan jangan lupa link kan showcase produk korang review tu.

5- Ini tips mahal dia. Korang copy terus ads code video tu dan bagi terus kat seller. Tak perlu tunggu dia minta. Nak whatsapp boleh, nak inbox pun boleh.

Boleh guna contoh ayat dia macam ni ;

Hi seller. Saya dah buat 1 video review untuk produk _______. Ini link video (bagi link).

Saya sertakan sekali ads code untuk kegunaan pihak tuan/puan pada masa akan datang. (bagi ads code)

Semoga kita dapat terus bekerjasama di masa akan datang. Terima kasih. 

6- Selesai.

Nota :
1. Boleh buat banyak video untuk 1 produk. Korang try pelbagaikan style. Jangan lupa untuk bagi ads code setiap kali buat video baru.

2. Akan ada juga HQ yang tak run ads pada video affiliate. Jangan risau. Ada banyak lagi produk dan HQ lain di tiktok.

3. Tak semua video HQ akan run ads. Aku as HQ pun semestinya hanya akan pilih video yang ada kualiti, convert, baru HQ akan support dengan ads. Baca balik point nombor 3 di atas.

4. Jangan terkejut kalau 1 video korang je dah boleh cecah sale atas RM50k. Itu penangan hq tekan ads.

Sekian.
Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment