Sejak dari kecil, kita telah di doktrin untuk belajar rajin-rajin..
Habis belajar kena masuk universiti..
Keluar universiti, dapat kerja kat company besor atau kerja gomen..
Start kerja, kena buat loan beli rumah.. buat loan beli kereta..
Tak cukup dengan loan kereta n rumah? Sistem ni akan kejar pula kita untuk apply credit card dan personal loan..
Sebab kita selalu rasa ‘tak cukup’, maka kita pun makin terjerumus masuk ke dalam sistem yang memang dicipta supaya kita gagal!
Org putih kata ‘the system needs us to fail in order for it to survive’
Hidup bagai hamster berlari dalam roda.. sentiasa penat berlari mengejar tapi ‘pointless’. Tak tahu apa yg di kejar.
Hari-hari buat benda sama.. Tapi hidup tetap tak berubah..
Setiap titik peluh kita ‘di sumbangkan’ semula ke dalam ‘sistem’
Perkara ni akan buat kita rasa sentiasa tak cukup.. Kita buat apa saja untuk dapat duit.. Hakikatnya, masih tak cukup-cukup haha!
Dunia social media hari ni ibarat tambah garam dalam luka.. Dah tengah sakit, bertambah pedih..
Makin kita lihat sekeliling, makin kita rasa nak kejar tanpa kita tahu pun apa yang mereka dah lalui.
Takkan nak tunjuk yang gagal? Yang di tunjuk pastilah kejayaan sahaja.
Maka kita pun makin terperosok dalam janji palsu sebuah sistem yang hanya mahu lihat kita gagal.
Dunia ini its you against you. Kita lawan diri sendiri.
Kita nak jadi lebih baik dari diri kita yg semalam.
Filter balik apa yang korang tengok di social media supaya boleh lebih fokus pada diri sendiri..
link rujukan π«Άπ»
No comments:
Post a Comment