Tuesday, May 28, 2013

TIPS AGAR KEBAIKAN BERTERUSAN


Sedikit perkongsian 

1. Jika anda menerima wang RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.

2. Setiap hari, pastikan anda menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi : “SMS dihantar pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”

3. Pegang prinsip hidup jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.

4. Jika melihat penjual makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual. Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.

5. Jika hendak makan, ambil sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran. Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.

6. Selepas menggunakan tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.

7. Memakai pakaian yang di belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’ dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi. Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah” bergerak.

- Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT.
- Pesan Saidina Ali R.A. “Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.

Buah Kurma Dalam Kehidupan Umat Islam Seharian



Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan buah kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ (buah kurma) dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.

“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat buah kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

Pendidikan Formal vs Pendidikan secara tidak langsung


Lihat dengan mata bagi memberi. 

Mereka yang bahagia adalah mereka yang banyak memberi bukan menerima

Hidup kita tidak sempurna selagi kita tidak membantu orang yang tidak mampu membalas pertolongan kita kembali atau orang yang tidak kenal siapa kita. Apabila kita mahu hidup menjadi lebih baik, cuba berbuat baik kepada orang lain. Pendek kata, bantulah orang yang susah tanpa mereka tahu siapa kita.

Kita perlu reset (mengubah) minda. Kita ibarat seperti sebuah computer, apabila system operasi tergendala, kita mesti menggantikan system operasi itu semula. Begitu juga dengan kehidupan, kita perlu reset (mengubah) minda bagi mengubah kea rah kebaikan. Manusia banyak kepercayaan yang melemahkan diri sendiri.

Bagi melakukan perubahan dalam diri, kita perlu mengubah cara persekitaran, cara system kepercayaan, apa yang dilihat dan cara berkawan dan sebagainya.

2 sistem utama yang membentuk diri kita:

1. Pendidikan Formal
Sukatan kurikulum di sekolah yang menumpukan kepada pencapaian akademik sahaja. Adakah kita mengambil berat mengenai pencapaian akhlak mereka? Kita tidak boleh hanya mengajar, tetapi kita juga perlu mendidik dan membimbing. 

Ubah pandangan dan cara berfikir. Lihat seseorang itu sebagai manusia yang penuh dengan potensi kemanusiaannya, bukan memilih seseorang berdasarkan pencapaian luaran fizikalnya. Melaluinya kita membina diri dan merangsang potensi dalamannya yang akan menghasilkan kekuatan dan keyakinan diri.

2. Pendidikan secara tidak langsung
Ibu bapa perlu menerapkan dalam diri mereka dengan ayat yang baik seperti “Saya baik, saya bijak, saya hamba Allah SWT yang baik,” dan sebagainya untuk menghasilkan keyakinan yang kuat kerana wujudnya kebergantungan kepad Allah SWT.

Monday, May 27, 2013

KUASA HARI INI

1. Pernah fikir tak mengapa hari ini yahudi begitu kuat? Walhal bangsa ini dikutuk, dihina dalam Al-Quran dan juga kitab-kitab lain. Dalam sejarah Jerman (Adolf Hitler) tak teragak-agak melakukan penyembelihan 6 juta umat yahudi ketika perang dunia ke-2. Tidak pernah dalam sejarah dunia moden, sesebuah bangsa dihina sebegitu rupa.

2. Secara purata 14 juta yahudi seluruh dunia hari ini. 7 juta di AS, 5 juta di asia, 2 juta di eropah 100 ribu di Afrika. Purata umat Islam pula 1.6 bilion terdiri dari pelbagai bangsa pada hari ini. Secara nisbah setiap orang yahudi ada 100 umat Islam, 1:100. Tetapi mengapa yahudi beratus kali ganda lebih kuat berbanding umat Islam hari ini?

3. Sigmund Frud (bangsa yahudi) menemui teori psikoanalisi. Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia. Elie Metcnikoff memkaji dan menjumpai punca penyakit berjangki. Ralp Lauren (Polo, Levis strauss). michael dell (Computer Dell). Sergey Brin (google). Howard Schultz (Starbuck) dan ramai lagi.

4. Dalam tempoh 150 tahun lalu, 14 juta orang yahudi menang sedozen hadiah nobel. umat Islam yang berjumlah 1.6 bilion hanya menang 3 hadiah nobel.

5. Mengapa Islam lemah? Benar sabda Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan, walaupun banyak tetapi mengikut arus kemana ia pergi.

6. 57 negara OIC dan semuanya terdapat lebih kurang 500 universiti yang dimiliki umat Islam bersamaan tiga universiti untuk setiap tiga juta penduduk . di AS 5758, India 8407. Namun pada tahun 2006 kajian oleh Universiti Jiao Tong yang membuat perangkaan akademik bagi seluruh universiti di dunia tidak ada satu pun universiti umat Islam berada di tangga 500 teratas dan terbaik dunia.

7. Data yang dikumpulkan hari ini, kadar celik huruf di negara mejoriti yang beragama kristian purata 90% dengan 15 daripadanya dengan kadar 100%. Negara yang mejoriti umat Islam pula sekitar 40% dan tiada lagi negara Islam yang mencatat kadar celik huruf 100%. Sedangkan wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah di Gua Hira adalah Iqraa (bacalah!)

8. Mengapa kita tidak berkuasa? kita gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik. kita gagal meningkatkan kesedaran dan penghayatan ilmu. English is everything, dulu Arabic is everything. Kedua-duanya bahasa tamadun, bahasa ilmu, bahasa ekonomi sesuatu tamadun dan bahasa Al-Quran.


Thursday, May 23, 2013

Cara Tepat Berkomunikasi dengan Anak kecil


Cara Tepat Berkomunikasi dengan Anak Usia 2 hingga 3 Tahun 

Sebagai orang tua, anda tentunya harus selalu memperhatikan tahap perkembangan si kecil. Salah satu cara yang dapat anda lakukan bagi memantau perkembangan anak anda adalah dengan menciptakan komunkasi yang baik secara dua arah. Tidak terkecuali dengan anak anda yang sedang berusia 2 hingga 3 tahun. Pada usia ini sebaiknya anda perhatikan betul-betul komunikasi anda dengan si anak. Berikut beberapa cara yang dapat anda lakukan agar perkembangan anak semakin baik dan juga komunikasi dengan anak berjalan lancar. 

Pola Komunikasi yang Harus Anda Bangun/Lakukan

Usia 2 hingga tiga tahun adalah usia dimana perkembangan bahasa dan juga komunikasi anak anda akan berkembang secara pesat. Pada masa ini biasanya anak anda sudah dapat mengikuti arahan sederhana yang anda ajarkan. Pada tahapan ini anak anda juga sudah dapat untuk mengucapkan lebih dari 50 kata dan bahkan lebih. Anak anda sudah dapat mula mengucapkan kalimat sederhana dan juga gabungan kata yang bersifat sederhana. Semasa mengajar anak anda, ingatlah bahawa anak di usia ini hanya dapat mengikuti 2 arahan saja. Misalnya anda menyuruh anak untuk mengambil makanannya dan segera memakannya. Pada usia ini biasanya anak baru dapat mengenali sukukata gabungan yang sifatnya masih mudah. Usahakan tidak menggunakan sukukata majemuk bertingkat lebih dari dua tingkat agar anak tidak berasa bingung. Pada usia sekitar tiga tahun anak anda biasanya sudah dapat mengingat lebih dari 200 kata hingga lebih. Bahawa banyak juga anak yang sudah mampu menggabungkan tiga hingga empat susunan kata secara bersamaan. Saat anak anda berusia tiga tahun, setidak-tidaknya anda sudah dapat mengerti dan memahami apa yang anak anda katakan. Anak anda sudah mula berbicara dengan jelas dan lancar. Hampir 75% perkataan anak sudah anda faham. Sehingga pada usia ini jangan lupa untuk selalu mengenalkan kata-kata baru kepada anak untuk merangsang otaknya agar ia berkembang dengan baik. 

Cara untuk Meningkatkan Komunikasi Anak

Pada usia 2 hingga 3 tahun anda dapat melakukan beberapa perkara berikut supaya ia dapat meningkatkan komunikasi dengan anak. Caranya adalah dengan mengajak anak anda untuk berbicara mengenai rancanganya di hari esok. Anda boleh berbicara dengan anak anda pada waktu lapang ataupun sebelum waktu tidur. Jangan lupa untuk selalu bacakan buku cerita yang dia suka. Saat si kecil sudah mulai faham, cubalah ajak dia untuk berganti membaca cerita tersebut untuk anda. Walaupun baru sedikit-sedikit lama-kelamaan anak anda akan mulai paham dan pengetahuannya semakin meningkat. Pujilah anak anda ketika dia telah berhasil bercerita kepada anda. Pujian dapat menstimulasi anak untuk semakin berani mencuba berkomunikasi dengan anda.

Tuesday, May 14, 2013

The Six Easiest Steps to Save Money and Live More Sustainably



If you care about the environment but don't know where to start, or if you just want to save a little dough, here are the six easiest ways to do both! Even beginners can do their part!

1. Use Human Propulsion - Unless you live literally in the middle of nowhere, the easiest way to save some money, save some fuel and do something good for your body is to ditch the car. Instead of driving to the grocery store or a friends house, consider walking, jogging or biking. Not only will your wallet thank you, your body will too!

2. Turn Down the Thermostat - Sure, you might live in a cold zone, but do you really notice the difference between 68 degrees and 65? Turn down your thermostat during the day and wear more clothing. Stay busy...moving around will generate human-heat! At night, make sure you have a good set of organic comforters or blankets and stay cozy underneath. You won't need to heat the house if you're nice and warm in bed. In the summer, turn down the AC and enjoy a little natural breeze, or consider going shopping or to the movies where the climate is controlled for you! You'll save on cash, and you'll save the environment.

3. Unplug Your Appliances - Even appliances that are off, but still plugged in are drawing power. By unplugging them, you will save dozens to hundreds on your electricity bill. Turn off your lights when you're not using them! Ditch the old computers and go to tablets. Charging them regularly costs about half as much as the traditional desktop/laptop computers. Invest in EnergyStar approved appliances for even greater savings.

4. Shop Smart - Used to be that buying organic and sustainable products at the grocery store would cost you an arm and a leg. No more! Greener products are often just as cheap, if not more so, than their non-green counterparts, and they are only getting cheaper in comparison. Buy organic dairy, meats and produce, and environmentally friendly cleaning and pharmaceutical products. Bring your own re-usable shopping bag and carry your take home on your back instead of in your car.

5. Garden Smart - Plant an organic garden. It will bring you closer to the earth and encourage better, more sustainable practices in your every day life. Landscape your properties with native and drought tolerant plants to save on water and avoid the spread of invasive species. Landscape with edible plants...nothing better than having your own blackberry and raspberry bushes on site!

6. Read about Green Living Online: I recently posted a list of my 10 favorite Green Living blogs. You should check them out! Or, you could do some Googling to find ones that you like as well. You'll save on paper by not buying books, and the more you read about green and sustainable practices, the more likely you are think about them every day. Knowledge is power, and key to your living a greener life! Bonus Tip: Tell your friends, family and co-workers about the steps you are taking to improve your life and encourage others to do the same. The more you do so, the more you will find other like-minded people. You'll build a network, you'll get a ton of good ideas and you'll be doing your part to help us all live more sustainably!