Lihat dengan mata bagi memberi.
Mereka yang bahagia adalah mereka yang banyak memberi bukan menerima
Hidup kita tidak sempurna selagi kita tidak membantu orang yang tidak mampu membalas pertolongan kita kembali atau orang yang tidak kenal siapa kita. Apabila kita mahu hidup menjadi lebih baik, cuba berbuat baik kepada orang lain. Pendek kata, bantulah orang yang susah tanpa mereka tahu siapa kita.
Kita perlu reset (mengubah) minda. Kita ibarat seperti sebuah computer, apabila system operasi tergendala, kita mesti menggantikan system operasi itu semula. Begitu juga dengan kehidupan, kita perlu reset (mengubah) minda bagi mengubah kea rah kebaikan. Manusia banyak kepercayaan yang melemahkan diri sendiri.
Bagi melakukan perubahan dalam diri, kita perlu mengubah cara persekitaran, cara system kepercayaan, apa yang dilihat dan cara berkawan dan sebagainya.
2 sistem utama yang membentuk diri kita:
1. Pendidikan Formal
Sukatan kurikulum di sekolah yang menumpukan kepada pencapaian akademik sahaja. Adakah kita mengambil berat mengenai pencapaian akhlak mereka? Kita tidak boleh hanya mengajar, tetapi kita juga perlu mendidik dan membimbing.
Ubah pandangan dan cara berfikir. Lihat seseorang itu sebagai manusia yang penuh dengan potensi kemanusiaannya, bukan memilih seseorang berdasarkan pencapaian luaran fizikalnya. Melaluinya kita membina diri dan merangsang potensi dalamannya yang akan menghasilkan kekuatan dan keyakinan diri.
2. Pendidikan secara tidak langsung
Ibu bapa perlu menerapkan dalam diri mereka dengan ayat yang baik seperti “Saya baik, saya bijak, saya hamba Allah SWT yang baik,” dan sebagainya untuk menghasilkan keyakinan yang kuat kerana wujudnya kebergantungan kepad Allah SWT.
No comments:
Post a Comment