Selamat hari Caturday, saya ada masa menulis sikit. Hari ni saya nak perhalusi berkenaan apa sebenarnya hak bekas isteri ke atas suami selepas bercerai?
Yes, benda ni mendatangkan kekeliruan, sebab realiti tak sama dengan kehendak - seorang wanita rasa 'harta laki aku ialah harta aku, setiap sen dalam poket dia, I have rights on that' sebab masa kawin, cmtulah dia buat, kan?
This is where reality clashes with imagination. Let me elucidate.
Apa hak isteri selepas bercerai?
1. Nafkah Iddah, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, dan keperluan asas sepanjang tempoh iddah, iaitu 3 kali suci. Dan ini kalau talak raj'ie, iaitu talak yg boleh dirujuk kembali.
Kalau fasakh (annulment yang dituntut oleh pihak isteri atas sebab syar'ie) atau khuluk (tebus talak dengan 'bayaran'), isteri tidak wajib diberikan nafkah iddah, tapi masih perlu observe tempoh iddah.
Iddah ini kalau bayaran dengan duit, biasanya dikira dengan nafkah bulanan x 3 bulan. Tapi boleh juga ditetapkan selainnya oleh mahkamah, boleh lebih tinggi, boleh lebih rendah.
2. Tempat tinggal ketika iddah.
Benda ni Qur'an sendiri yang gariskan. Tak boleh halau selagi dalam tempoh iddah.
Lepas Iddah, hak ni HABIS.
3. Mut'ah (hadiah)
Benda ni adalah saguhati, simbol terima kasih kepada isteri sebab sudi kahwin. Nilainya bebas, tapi mahkamah boleh tetapkan nilai, biasanya 200-300 untuk setiap tahun perkahwinan. Dan benda ni diwajibkan oleh Mazhab Syafi'e kalau diceraikan tanpa sebab jelas, kecuali kalau perceraian yg attributable to wrongdoing by wife.
4. Nafkah anak.
Haaa hat ni yang ramai salah pandang.
Nafkah anak ialah HAK ANAK, bukan HAK MAK.
Bapa bayar untuk keperluan ANAK, kalau ibu uruskan atas dasar hadhanah dan menjaga anak. Ini berterusan sampai anak berdikari.
Dan jumlahnya ditentukan oleh mahkamah, mengikut kemampuan bapa kanak2 tu.
Ini BUKAN nafkah untuk bekas isteri.
BUKAN untuk support lifestyle isteri.
Bukan utk make sure isteri boleh belanja suka hati.
Ini untuk ANAK.
Isteri, bila dah cerai, lepas tempoh iddah, hidup adalah atas urusan masing2.
Tetapi bekas isteri boleh minta reasonable amount sebagai upah penjagaan - jumlahnya tidak tinggi, boleh minta, tapi tak wajib.
5. Hadhanah
Biasanya jatuh pada ibu, tapi ini tanggungjawab, dan BUKAN alasan untuk minta duit belanja dari bekas suami.
Jagaan ≠ Nafkah untuk bekas isteri.
6. Mahar/Mas kahwin tertunggak.
Kalau masa kawin tu mahar HUTANG, maka bekas suaminya WAJIB menyelesaikan mahar tu.
Ini TAK TERMASUK kalau suami pinjam duit isteri masa masih berkahwin. Ini kes sivil, tuntut hutang, bukan kes mahkamah syariat. Ini takde kena mengena dengan agama. Walaupun hutang memang wajib bayar, tapi benda tu antara penghutang dengan pemiutang, bukan urusan mahkamah syariah.
======
Hak yang TAK WUJUD dalam islam:
1. Nafkah selepas Iddah - TIDAK WUJUD.
2. Nafkah seumur hidup - TIDAK WUJUD.
3. Bekas suami tanggung bekas isteri sampai mati - TIDAK WUJUD.
4. Share pendapatan suami selepas cerai - TIDAK WUJUD.
5. Pampasan sebab sakit hati - TIDAK WUJUD.
Ini bukan model yg korang tengok dalam drama petang2 Samarinda Akasia Zehra dan Sinetron Ipar Adalah Maut.
Cerai bermaksud masing2 hidup berdikari.
Teruskan hidup dengan usaha sendiri, bukan bising2 sebab nak ngendeng harta bekas suami.
Yang marah2 kat socmed tu, yg cakap lelaki 'lari nafkah', 'aniaya bekas isteri', sebenarnya benda tu semata2:
- sakit hati, terpaling trauma
- pengalaman pahit
- kehendak tak kena dengan realiti
- rasa entitled dengan harta orang lain
- irrational hatred towards men sebab sangkaan tak kena dengan kebenaran.
Having explained that, jom kita tengok pasal harta sepencarian.
Benda ni, bukan semua benda kau rasa hak kau, ialah hak kau. Ada list...
1) harta yang diperolehi SELEPAS perkahwinan.
Contohnya rumah, kereta, tanah, aset pelaburan, emas, saham, perniagaan yang dibangunkan.
Dan, ada kaveat...
2) ADA BUKTI SUMBANGAN.
benda ni yg orang biasa terlepas pandang.
- bukti sumbangan langsung, macam bayar deposit, bayar ansuran, pump modal dalam perniagaan, bayar cukai etc
- dan bukti sumbangan tidak langsung, macam urus rumah, jaga anak, sokongan moral/emosi (perlu dibuktikan dengan documentation/testimonial dari stakeholders, bukan takat borak kosong)
Utama; Sumbangan tidak langsung ada nilai, tapi tidak sama dengan sumbangan langsung.
Maksudnya, bukan sebab atas dasar kahwin, terus kau boleh claim 50-50 split. Mahkamah tak ikut logik akal kau.
Apa yang tak termasuk harta sepencarian?
- Harta sebelum kahwin.
- Harta yang didapati sebagai hadiah on individual merit, mcm pewarisan
- Gaji suami/isteri setiap bulan
- Barangan peribadi
Pembahagian nisbahnya macam mana?
Nope, not automatic 50-50. Ini mitos.
Mahkamah menilai atas dasar NISBAH sumbangan.
Contohnya isteri duduk rumah, suami kerja, suami bayar rumah dengan income dia.
So pembahagian akan jadi
suami 80-90%
isteri 10-20%
Dan kalau dibuktikan satu pihak langsung takde sumbangan, maka mahkamah boleh bagi less than that, adakalanya tak langsung.
Adakah harta sepencarian ni automatik?
Nope. Nothing is free.
Semua perlu pembuktian:
- dokumen
- resit, transaksi bank
- testimoni
- bukti gaya hidup/peranan dalam rumahtangga.
mahkamah takkan mudah2 nak bagi sebab vibe 'isteri adalah isteri, duit suami ialah duit isteri'
Nopeeeee
Salah faham dalam masyarakat:
- "suami kena bagi separuh. NOKTAH."
Tidak benar.
- "Suami banyak duit, ex wife boleh tuntut banyak."
Tidak benar.
- "kalau suami kawin lain, harta msti dibahagi"
Tidak benar.
- "Ex wife berhak, sebab dia pernah jadi isteri"
Tidak benar.
Kesimpulannya, harta sepencarian bukanlah instrumen balas dendam, bukan survival allowance, bukan automatic entitlement.
Tapi adalah pengiktirafan atas usaha realistik dalam menyumbang kepada pembinaan aset perkahwinan.
Mahkamah Syariah ada kelemahan, ya. Tetapi dari segi prinsip pembahagian, ia tidak semudah naratif media sosial yang penuh kemarahan.
Paling penting: Mahkamah Syariah Malaysia berpijak pada realiti, bukan retorik.
Orang keliru sebab mereka mahu emosi mengalahkan fiqh.
Fiqh tidak tunduk pada “rasa”. Ia tunduk pada dalil, adat, dan bukti.
Disclaimer: Ini BUKAN nasihat guaman.
Kalau nak kepastian, masing2 boleh rujuk dokumen dibawah:
- Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
- Akta 303: Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
Atau gi bayar lawyer syariah untuk dapatkan specific legal advise untuk kes spesifik masing2.
Gambar sekadar hiasan. Sebab berkait perceraian.
No comments:
Post a Comment