Tuesday, December 30, 2025

Ketaatan bukan Langganan Tapi Kewajipan

Dia camni gais...

Kadang bukan sebab rumah sempit.
Bukan sebab gaji tak cukup.
Bukan sebab suami kurang usaha.

Kadang sebab satu benda je -
enggan.

Bila hati dah tak nak taat,
akal akan jadi kilang alasan.
Shift pagi sampai malam, OT pun jalan.

Taat tu kewajipan,
bukan pakej langganan bulanan.
Bukan “free trial 30 hari, lepas tu cancel”.

Tapi zaman sekarang,
agama pun kena ikut perempuan.
Kena update ikut selera.
Kena rebrand ikut apa yang perempuan suka dan tak suka.

Kalau tak ngam dengan kehendak…
agama yang salah.
Bukan nafsu.

Ada orang jadikan rumah sebagai KPI.
Ada yang jadikan harta sebagai penanda aras cinta.
Padahal yang dicari sebenarnya layanan permaisuri,
lengkap dengan karpet merah dan bunyi kompang tiap pagi.

Segala benda mesti ikut kehendak,
tapi bila tanggungjawab datang—
tiba-tiba konsep “kesaksamaan” senyap masuk stor.

Buat kerja rumah?
“Kenapa nak normalisasikan penindasan?”

Jaga anak?
“Kenapa bebankan emosi wanita?”

Keluar rumah minta izin?
“Stop clipping my wings.”

Tapi bila bab nafkah…
laju macam Shopee 11.11.
Semua nak, semua wajib,
contribution?
Coming soon.

Itulah dia.
Freeloader versi premium.
Pakej lengkap dengan ayat motivasi dan quotes Instagram.

Muka cam tempoyak tapi confidence tahap billboard.
Mengaku high class,
hakikatnya segkek berfalsafah.

Ingatkan anggur Perancis,
rupanya keledak tepi pagar—
tak pasal-pasal buat sakit perut.

Nak cari isteri,
carilah perempuan yang mahu jadi isteri.
BUkan cari perempuan yg mahu ada suami
Yang mahukan lelaki sebagai kemudahan awam.

Sebab beza dia halus,
tapi kesannya jangka panjang.

Dan kalau dari awal dah buat pilihan bodoh,
jangan terkejut bila ending dia…
bodoh juga. Kah. Kah. Kah

Kredit: Zuan Ishmael

No comments:

Post a Comment