Thursday, August 1, 2024

Kes

Mak Ayah, 
KALAU TAK NAK JADI MACAM NI,
Nasihatkan Anak Perempuan,
JANGAN SILAP PILIH SUAMI GILA
============================

Saya sebagai ayah, suami dan juga penceramah motivasi, selalu saya risaukan jika pelajar perempuan salah memilih pasangan hidup untuk dijadikan suami nanti.

Antara nasihat yang pasti saya ulang dan ulang ialah JANGAN SILAP PILIH SUAMI bila nak kahwin nanti. 

Yang jenis panas baran,
kaki pukul,
kaki lepak,
main dadah,
main judi dan malas berkerja ni,
TOLAK JAUH-JAUH!!

Reject terus!
Jangan bagi can!
Walau dia ada rupa dan ada harta.

Jauhkan diri.
Tapi tak mudah.

Bila bercinta, semuanya boleh dilakonkan.

Sebab tu saya pesan juga, kena doa dari sekarang biar Allah berikan jodoh yang baik, lembut, jujur dan bertanggungjawab.

Kenapa kena doa dari sekarang?
SEBAB KITA TAK TAHU WAKTU MANA ALLAH AKAN MAKBULKAN DOA KITA.

Bukan anak je kena doa.
Mak ayah pun wajib doa.
Sama-sama usaha.
Sama-sama doa.

Doa sungguh-sungguh kepada Tuhan.
Juga perbaiki diri menjadi lebih baik.
Berkawan dalam "circle" yang baik-baik.
Dan serahkan kepada Allah jodoh yang baik.

Bila si perempuan dapat suami baran dan kaki pukul, kesian perempuan tu. 

Hidupnya pasti sengsara.
Susah nak keluar dari 'penjara' yang sengsara.

Amalkan doa ini ya sebagai ikhtiar.

ุฑَุจِّ ู‡َุจْ ู„ِูŠ ู…ِู†ْ ู„َุฏُู†ْูƒَ ุฒَูˆْุฌًุง ุทَูŠِّุจًุง ุฃَุฎْุทُุจُู‡َ ูˆَุฃَุชَุฒَูˆَّุฌُ ุจِู‡ِ ูˆَูŠَูƒُูˆْู†ُ ุตَุงุญِุจًุง ู„ِู‰ ูِู‰ ุงู„ุฏُู†ْูŠَุง ูˆَุงู„ْุฃَุฎِุฑَุฉ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia, dan akhirat

Saya juga ada 2 anak perempuan.
Moga Allah berikan imam terbaik kepada mereka nanti. Amin.

Baca PANDUAN UNTUK MAK AYAH BILA DAH ADA CALON MENANTU. Baca panduan di komen๐Ÿ‘‡

Nota : Grafik di bawah ialah dari akhbar berkenaan isu semasa SUAMI GILA tolak isteri jatuh dalam gaung.

=====================
****UPDATE SEMASA ****
=====================
1- Rupanya mangsa ialah adik kepasa kawan saya sendiri. Abang dia bagitau saya tadi detail. Katanya adik dia masalah pada tulang belakang di L1 dan L5, semua masalah, pecah dan retak. 

2- Gaung tu lebih kurang 10 meter dalam lebih kurang tinggi 3 tingkat bangunan. Katanya lagi, nasib adik dia baik sebab tak ada binatang buas masa tu baham mangsa. Allahuakbar. 

SAMA-SAMA KITA DOAKAN KESEMBUHAN BUAT MANGSA. Amin.
-Ustaz Nik Affenddy (UNA)
.
.
#ustaznikshare 
#motivasihidup
#panduankeluargaharmoni

No comments:

Post a Comment