Ramai orang ingin jadi kaya dengan sebab yang pelbagai.
Ada yang ingin kaya sebab matlamatnya untuk bebas kewangan dan ingin bekerja sendiri dengan membangunkan bisnes supaya tidak terikat dengan majikan.
Ada pula yang ingin kaya sebab ingin membantu lebih ramai orang yang memerlukan.
Apa pun sebab anda untuk kaya, semua itu terpulang, tapi jangan lupa untuk lakukan perkara ini supaya hasrat untuk jadi kaya akan tercapai :
1. Menyimpan kerana simpanan kitalah yang menentukan kita ini kaya atau miskin
2. Berjimat supaya bila kita mampu disiplin, simpanan kita juga akan bertambah dan keinginan untuk menjadi kaya akan lebih cepat.
3. Rajin menuntut ilmu kerana sikap ini akan membantu anda untuk mencapai matlamat anda dengan lebih cepat dan betul.
4. Bersedekah sebab Allah janjikan sedekah itu akan mencambahkan rezeki dengan lebih banyak lagi. Kalau bukan di dunia, di akhirat sudah pasti.
5. Bermulahlah kerana banyak macam mana pun ilmu dan tips yang anda ada jika tidak diamalkan dan dimulakan maka ianya sekadar menjadi bekalan yang tidak dapat digunakan.
Apa pun, asasnya adalah tindakan. Jika tindakan kita betul maka semua yang kita hasratkan akan mampu direalisasikan dengan jayanya.
Kitalah yang tentukan siapa kita selepas ini. Jika kita terus bertangguh maka sampai bila-bila pun kita akan gagal mencapai matlamat yang diinginkan.
ZJ
No comments:
Post a Comment