Monday, April 29, 2013

Team Work atau Kerja Berjemaah



Kerja berkumpulan boleh dikenali sebagai “ Team Work” atau “ Kerja Berjemaah” adalah selari dengan tuntutan agama dan juga tuntutan sosial. Dengan berjemaah atau berkumpulan, serta beretika dalam pekerjaan, seseorang itu dapat atau lebih mudah memenuhi keperluan sosial dan psikologikal serta mencapai matlamat hidup. Organisasi di zaman moden ini beroperasi menerusi pelbagai jenis kumpulan kerja. Ada kumpulan dibentuk khusus untuk menyelesaikan masalah, untuk membuat perangkaan dan perancangan, ada pula khusus untuk menyelaraskan kerja, ada pula khusus mencari idea baru dan perubahan. Pendek kata, sesuatu kumpulan dibentuk merangkumi pelbagai aspek kehidupan samaada dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Islam sering menyeru supaya kita hidup dalam berjemaah. Ini jelas dibuktikan dalam hadis Rasulullah sallallah hualaihi wasallam yang bermaksud “ Seseorang yang solat jemaah lebih baik daripada solat berseorangan”. Imbasan daripada sejarah-sejarah islam membuktikan bahawa kerja berpasukan amat penting. Seperti peristiwa Perang Uhud. Tentera-tentera muslim Berjaya mengalahkan pihak musuh, apabila mereka bertindak secara berkumpualan dan mempunyai perancangan yang teliti. Antara Kelebihan kerja berkumpulan adalah seperti berikut:

1- Dengan berjemaah kita mempunyai banyak maklumat dan idea. Konsep jemaah membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan.
2- Kumpulan mempunyai daya kreatif yang lebih berbanding daya daya kreatif orang perseorangan.
3- Pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran seorang diri.
4- Penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia membolehkan kita memenuhi keperluan  social, misalnya dapat mewujudkan jaringan hubungan dengan orang lain.

Sungguh pun bekerja secara kumpulan digalakkan kerana kelebihannya, namun kumpulan juga tidak terlepas daripaa kelemahan dan masalah. Ia timbul lantaran ada anggota tidak mengetahui dan memahami tugas masingmasing. Namun kelemahan-kelemahan ini boleh di atasi.

1- Anggota kumpulan mungkin didesak atau terdorong untuk mengikut pendapat majority. Femonomena ini dikenali sebagai pemikiran kelompok. Masalah pemikiran ini boleh menjejaskan proses pembuatan keputusan dan kualiti keputusan.
2- Ada kemungkinan anggota mendominasikan perbincangan atau kumpulan bagi tujuan tertentu.
3- Wujud sikap bergantung kepada anggota lain dengan anggapan anggota lain akan maelakukannya.
4- Kumpulan, berbanding dengan individu, mengambil masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam penggunaan kaedah kumpulan iaitu:
- Anggota di dalam kumpulan tersebut mesti boleh menyumbang dan mempunyai pngetahuan dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk menjayakan kumpulan.
- Kepimpinan kumpulan tersebut diterima.
- Iltizam dari semua yang terbabit adalah sangat diperlukan

No comments:

Post a Comment