Monday, April 29, 2013

Team Work atau Kerja Berjemaah



Kerja berkumpulan boleh dikenali sebagai “ Team Work” atau “ Kerja Berjemaah” adalah selari dengan tuntutan agama dan juga tuntutan sosial. Dengan berjemaah atau berkumpulan, serta beretika dalam pekerjaan, seseorang itu dapat atau lebih mudah memenuhi keperluan sosial dan psikologikal serta mencapai matlamat hidup. Organisasi di zaman moden ini beroperasi menerusi pelbagai jenis kumpulan kerja. Ada kumpulan dibentuk khusus untuk menyelesaikan masalah, untuk membuat perangkaan dan perancangan, ada pula khusus untuk menyelaraskan kerja, ada pula khusus mencari idea baru dan perubahan. Pendek kata, sesuatu kumpulan dibentuk merangkumi pelbagai aspek kehidupan samaada dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Islam sering menyeru supaya kita hidup dalam berjemaah. Ini jelas dibuktikan dalam hadis Rasulullah sallallah hualaihi wasallam yang bermaksud “ Seseorang yang solat jemaah lebih baik daripada solat berseorangan”. Imbasan daripada sejarah-sejarah islam membuktikan bahawa kerja berpasukan amat penting. Seperti peristiwa Perang Uhud. Tentera-tentera muslim Berjaya mengalahkan pihak musuh, apabila mereka bertindak secara berkumpualan dan mempunyai perancangan yang teliti. Antara Kelebihan kerja berkumpulan adalah seperti berikut:

1- Dengan berjemaah kita mempunyai banyak maklumat dan idea. Konsep jemaah membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan.
2- Kumpulan mempunyai daya kreatif yang lebih berbanding daya daya kreatif orang perseorangan.
3- Pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran seorang diri.
4- Penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia membolehkan kita memenuhi keperluan  social, misalnya dapat mewujudkan jaringan hubungan dengan orang lain.

Sungguh pun bekerja secara kumpulan digalakkan kerana kelebihannya, namun kumpulan juga tidak terlepas daripaa kelemahan dan masalah. Ia timbul lantaran ada anggota tidak mengetahui dan memahami tugas masingmasing. Namun kelemahan-kelemahan ini boleh di atasi.

1- Anggota kumpulan mungkin didesak atau terdorong untuk mengikut pendapat majority. Femonomena ini dikenali sebagai pemikiran kelompok. Masalah pemikiran ini boleh menjejaskan proses pembuatan keputusan dan kualiti keputusan.
2- Ada kemungkinan anggota mendominasikan perbincangan atau kumpulan bagi tujuan tertentu.
3- Wujud sikap bergantung kepada anggota lain dengan anggapan anggota lain akan maelakukannya.
4- Kumpulan, berbanding dengan individu, mengambil masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam penggunaan kaedah kumpulan iaitu:
- Anggota di dalam kumpulan tersebut mesti boleh menyumbang dan mempunyai pngetahuan dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk menjayakan kumpulan.
- Kepimpinan kumpulan tersebut diterima.
- Iltizam dari semua yang terbabit adalah sangat diperlukan

Wednesday, April 17, 2013

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an



Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.


Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali 
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus 
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus 
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Legasi Abundance (Berlimpahan)

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan

Kepada sahabat yang dirahmati Allah dan dikasihi Nabi. Mudah-mudahan para malaikat sudi mengaamiinkan doa saya agar sahabat  entiasa dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan, dikurniakan rezeki dunia dan akhirat. Aamiin ya Rabb.
Ada khabar gembira yang saya ingin sebarkan pada kali ini. Ia adalah platform untuk saya sumbangkan kemahiran yang saya ada, iaitu melalui penulisan. Saya akan mula berfokus pada platform yang akan saya khabarkan kepada tuan puan dalam masa kurang 5 minit.

In sya Allah, ini adalah projek legasi spiritual yang pernah saya war-warkan ketika dulu. Ia bertujuan untuk menerapkan soul dan mindset abundance (berlimpahan) dalam tiap insan.

Apa itu Abundance (berlimpahan)? 

Abundance (berkelimpahan) adalah perasaan yang serba mencukupi. Kebanyakan orang mengejar nilai matawang dalam akaun mereka, nilai atas kualiti, dan servis yang mereka tidak mampu.

Orang yang mengejar bermaksud mereka tidak merasa cukup dengan apa yang mereka ada.

Mengapa soul dan mindset Abundance penting?

Apabila kita mempunyai mindset abundance, hubungan kita dengan wang, kejayaan, kesihatan dan persahabatan akan berubah menjadi lebih baik. Apabila kita masuk ke dalam fasa penghargaan, kita telah berada dalam fasa kehidupan abundance.

Energi perjuangan itu adalah refleksi kehidupan kita adalah sukar. Pasti kita perasan, semakin kita mengejar wang, kesihatan, kekayaan, semakin perkara itu menghindari kita. Ia adalah kerana perasaan di sebalik mengejar itu, ia tersirat perasaan tidak mencukupi atau serba kekurangan (scarcity).

Kita akan rasa tidak perlu berjuang untuk mengejar apabila kita mempunyai perasaan layak untuk semua itu. Layak berjaya, layak kaya. Apabila kita memasuki energi penghargaan dan kesyukuran, di kala itu kita berada pada tahap layak dan kaya. Ia adalah perasaan kekayaan yang akan menarik kekayaan untuk kita.

Antara praktikal yang boleh dilakukan:


Senaraikan perkara yang kita syukuri tiap hari. Lakukan dan jangan terperanjat, sesuatu yang menakjubkan akan muncul dalam hidup kita.

Contoh dialog syukur:

Hari ini saya bersyukur kerana...

1. Saya dapat berbual dengan orang kesayangan saya
2. Saya dapat makan makanan kegemaran saya
3. Rumah saya ada air, elerktrik, api
4. Saya dapat layari internet dengan lancar

Sambung dan di akhirnya

"Segala puji bagi Allah, terima kasih Allah atas segalanya."

In sya Allah, lebih banyak tuan puan akan belajar tentang memiliki soul dan mindset Abundance. 


Antara sebab mengetahui lebih lanjut tentang Abundance itu penting, agar apabila kita bertemu Allah, kita dalam keadaan hati yang sejahtera, iaitu hati yang bebas daripada pergantungan selain daripada-Nya. InsyaAllah, dari semasa ke semasa, banyak perkongsian yang akan kami kongsikan. 

Di samping itu, saya juga dalam proses untuk membebaskan diri daripada pergantungan kepada selain Allah, terutamanya pergantungan dengan duit, ilmu dan manusia. Agar di akhir hayat saya nanti, saya bertemu Allah dalam keadaan hati saya sejahtera.

“Hari yang tidak memberi manfaat harta dan anak-anak. Melainkan orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (asy-Syuaraa`: 88-89)



Warkah Dari InsyirahAzhar

Wednesday, April 3, 2013

Muhasabah Audit Diri


Muhasabah Diri 

1. Perjuangan harus diteruskan memperbaiki diri dan iman dengan menjaga mata, telinga, perkataan, bahan bacaan, tontonan, alam cyber, pemakanan, taipan di facebook, gambar yang di kongsi, Jom audit masa kita hari ini.

2. Betapa ketenangan seseorang menentukan hasil kehidupan dalam semua aspek. Untuk Dapat ketenangan dekati Allah bukan manusia.

3. Jika dicuba dgn kesusahan senang ingat Allah tapi jika di uji dengan kesenangan ramai dari kita gagal. Jom audit. Jangan kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.

4. Cuba lihat setiap hari kita ini memberi atau sentiasa ingin menerima dan mengambil peluang atau kesempatan atas orang lain. TIdak akan bahagia orang yang mengambil kesempatan atas orang lain dan hanya merasakan semua orang harus menolong kita sedangkan kita tidak suka menolong orang lain.

5. Untuk sentiasa berada di jalan Allah mesti sentiasa mencari ilmu. Jom niat mencari ilmu setiap waktu

Sumber: Prof Dr Muhaya

Monday, April 1, 2013

Bagaimana Elak Lemak Tepu dalam Badan?


Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.

Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.

1)Kurangkan makan daging merah.
Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.

2)Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.
Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.

3)Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.

4)Belajar mengira jumlah pengambilan harian lemak unik bagi anda melalui eBook diet Kevin Zahri

5)Elakkan makanan beku.
Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.

6)Panggang daging yang anda ingin makan.
Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.

7)Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.

8)Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.

Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.