Tuesday, November 19, 2013

Jenazah yang ditemui dalam keadaan sempurna semasa kerja pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak

SEGAMAT (10 Nov 2013) - Beberapa waris kepada jenazah yang ditemui dalam keadaan sempurna semasa kerja pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak, di sini menerima dengan reda apa yang berlaku.

Hamisah Kassim, 67, anak kepada Allahyarham Mehran Jaafar berkata, ibunya meninggal dunia tujuh tahun lalu ketika berumur 83 tahun dan tidak menafikan ketika hayat allahyarham seorang yang alim dan suka membantu orang tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Arwah ibu sentiasa menunaikan solat di awal waktu. Dia juga akan membaca Al-Quran setiap hari walaupun adakala sibuk dengan tugasnya menguruskan rumah tangga.

“Saya juga masih ingat sikap ibu yang tidak suka menyusahkan orang lain termasuk anak-anak dan ibu juga hanya akan bercakap dan bersuara mengenai perkara yang
dirasakan penting sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran tanah perkuburan Islam Batu Badak, semalam.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada jenazah ibunya itu adalah kehendak Allah SWT terhadap hamba-Nya dan seharusnya dijadikan sebagai renungan kepada mereka yang masih hidup.

Satu lagi jenazah yang ditemui dalam tidak reput adalah abang ipar Hamisah iaitu Ahmad Raof yang meninggal dunia ketika berusia lewat 60an lapan tahun lalu.

“Arwah Ahmad Raof merupakan bekas pesara di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua dan pernah menjadi wartawan sambilan. Tetapi, saya tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua mereka menghafal Al-Quran atau tidak.

“Tetapi setahu saya mereka berdua memang selalu membaca Al-Quran hampir setiap hari dan dari apa yang saya dengar mereka yang menghafal Al-Quran jenazahnya tidak akan dimamah Bumi dan saya pun tidak dapat mengesahkan adakah mereka tergolong dalam golongan tersebut” katanya.

Bagi Jaafar Mohd Said (Gambar), 78, dia berharap jenazah yang ditemui dalam keadaan baik itu sebagai salah satu petanda bahawa jasad mereka dimuliakan oleh ALLAH SWT dan mengharapkan kesemua jenazah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Di sini terdapat kubur waris-waris saya dan di antaranya ialah kubur ayah saya (Mohd Said Ahmad) dan abang saya (Yusuf Mohd Said). Saya pun masih terkejut apabila mendapati kain kapan mereka masih berada dalam keadaan elok meskipun telah lama meninggal dunia.

“Arwah ayah meninggal ketika berusia 78 tahun dan abang saya pada umur 63 tahun. Sukar untuk saya mentafsirkan apa yang berlaku kerana semua ini merupakan urusan ALLAH SWT dan kita sebagai hamba yang beriman harus mempercayainya terutama perkara-perkara ghaib ini. Saya bimbang jika apa yang berlaku ini boleh mendorong kita kepada sifat riak dan takbur.

“Tapi apa yang boleh saya perkatakan kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah seorang yang warak dan taat kepada ajaran agama serta selalu membaca Al-Quran jika mempunyai masa terluang,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak.

Menurutnya, arwah bapanya itu merupakan bekas Penghulu mukim Gemereh dan sepanjang ingatannya bapanya seorang yang cukup penyabar dan jarang baginya untuk melihat bapanya itu marah.

Malah Mohd Said ketika hayatnya dikatakan suka menolong orang yang berada di dalam kesusahan dan sifatnya itu diwarisi oleh arwah abangnya yang kemudiannya menjawat jawatan sebagai Penghulu Mukim Gemereh bagi menggantikan bapanya itu.

Friday, November 15, 2013

Perbezaannya antara Principe dan Appearance

RENUNGAN

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya ”Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”

Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”

Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!

Sunday, November 10, 2013

20 Fakta Sains Menarik dan Keagungan Allah pada manusia



  1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.
  2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.
  3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.
  4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
  5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
  7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit,  iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  9. Secara purata seseorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  10. Manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
  11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfangsi termasuk jantung.
  12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
  14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
  15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
  16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
  17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
  18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
  19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
  20. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.



Fakta garam

Kita disogok dgn fakta palsu.

 "Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi."
Back to cara hidup Nabi saw... Sblm mkn Nabi saw letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ... 

Sampai di tempat baru...Nabi saw ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru... 

Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa? Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi saw...

Tp garam boleh jd ROSAK apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan. 
Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebh. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

Wednesday, November 6, 2013

5 rahsia orang cina berjaya

Semalam sahabat saya ada berjumpa dengan 'Hartanah Guru' untuk promotion produk 'Double 'R' Bakery. Kebetulan di situ ada sorang mamat cina yang kaya di dalam perniagaan.. Dia teringin jugak nak tau Ape rahsia kejayaan nye di dalam perniagaan.. sbb  'Hartanah Guru 'ni pun belajar serba sedikit dari mamat ni. Mamat ni simpulkan dari ape yang telah dia terangkan kpd sahabat saya untuk kita sama2 berkongsi ilmu.

Untuk yang ingin mengeluarkan produk 'Enterprise' ye bukan 'SDN.BHD' tu banyak link yang kt blh buat promote untuk perkenalkan produk kita..Bayaran serendah RM 40.00 kt boleh bukak gerai di putrajaya setiap bulan selama 4 hari..kalau nak dapat income ribu riban waktu tu mmg syokk.. Tp bekalan kna banyak dan tip top.. banyak lagi tempat sebenarnya kalau kt betul2 berminat nak hantar produk kita..

-------------------------------------------------------------------------------------
5 RAHSIA ORANG CINA BERJAYA
orang Melayu wajib baca
---------------------------

1. Kerja makan gaji tu untuk sementara, untuk pengalaman kerja dan hidup.Orang Cina akan berniaga untuk membangunkan masa depan dan keturunan mereka.

2. Pelangan lebih penting dari untung, untung jangan letak banyak-banyak, sedikit tapi berterusan, pelangan diibaratkan raja kehilangan pelangan adalah musibah.Keuntungan boleh dicari tetapi pelanggan setia sukar dicari.

3. Orang Cina jarang bangkrup kecuali yang kaki judi dan kaki perempuan

4. Modal orang Cina semangkuk akan dicari balik 5 mangkuk. Semangkuk untuk keluarga,semangkuk untuk disimpan dan baki 3 mangkuk untuk putaran dan pengembangan perniagaan.

5. Kalau mereka ditawarkan pinjaman.Mereka akan bertanya berapa bunganya (faedah dikenakan) bukan berapa ansurannya setiap bulan

Tuesday, November 5, 2013

FITRAH MANUSIA & LARANGAN MENYERUPAI ORANG KAFIR

Perbuatan sebahagian masyarakat Islam yang memanjangkan kuku, memanjangkan misai, mencukur janggutnya sebenarnya bercanggah dengan Syarak. Bahkan ia dianggap sebagai perbuatan yang jelik dan tidak dapat diterima oleh fitrah yang baik.

Syarak sentiasa menuntut kepada apa yang baik dan melarang yang tidak baik. Perbuatan meniru-niru orang kafir inilah yang menyebabkan sebahagian Umat Islam bukan sahaja menolak apa yang dituntut Agama, bahkan menolak apa yang dituntut oleh fitrah.

Islam menuntut umatnya menjaga fitrah seperti yang disebut dalam hadis Abu Hurairah, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Fitrah (manusia) ada lima: khitan, mencukur bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Bukhari & Muslim)

Di dalam banyak hadis lain, Baginda SAW melarang orang Islam meniru orang kafir, antaranya sabda Nabi SAW, “Bukan tergolong dari kalangan kami siapa yang menyerupai selain kami (iaitu orang kafir).” (Hasan. Al-Tirmizi)

Nabi juga bersabda, “Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih. Ahmad)

Apabila Nabi mengatakan dia tergolong daripada mereka, hukum dari perbuatan menyerupai orang kafir (dalam perkara yang khas dan menjadi identiti mereka) yang paling kurang adalah maksiat, kalau terselamat daripada jatuh dalam bid’ah ataupun kafir.

Sekiranya yang ditiru adalah urusan ibadah, ia boleh menyebabkan pelakunya jatuh kafir. Jika bukan ibadah, hukum minimumnya adalah maksiat.

Namun pada masa yang sama, kita mengetahui realiti bahawa sebahagian orang Islam pasti akan meniru orang kafir. Ini adalah Sunnatullah Al-Kauniyah (ketetapan takdir Allah dalam alam), bahawa orang Islam pasti akan meniru orang kafir sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah,

“Sesungguhnya kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun pasti kalian turut mengikutinya.” Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang diikuti itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi?” (Sahih Muslim)

Realiti yang berlaku pada hari ini jelas menunjukkan mukjizat Rasulullah. Apa yang disebutkan oleh Baginda 1400 tahun lepas, di mana pada masa itu tidak ada tasyabbuh (penyerupaan) kepada orang kafir kerana para Sahabat semua beriltizam dengan Sunnah Nabi, jauh sekali tasyabbuh orang kafir, tetapi pada hari ini apa yang disebutkan Baginda telah menjadi kenyataan.

Sebahagian besar orang-orang Islam dengan mudah bahkan ada yang bangga meniru dan terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir Yahudi dan Nasrani.

sambungan bacaan - 
http://ilmuanmalaysia.com/fitrah-manusia-larangan-menyerupai-orang-kafir/