Perbuatan sebahagian masyarakat Islam yang memanjangkan kuku, memanjangkan misai, mencukur janggutnya sebenarnya bercanggah dengan Syarak. Bahkan ia dianggap sebagai perbuatan yang jelik dan tidak dapat diterima oleh fitrah yang baik.
Syarak sentiasa menuntut kepada apa yang baik dan melarang yang tidak baik. Perbuatan meniru-niru orang kafir inilah yang menyebabkan sebahagian Umat Islam bukan sahaja menolak apa yang dituntut Agama, bahkan menolak apa yang dituntut oleh fitrah.
Islam menuntut umatnya menjaga fitrah seperti yang disebut dalam hadis Abu Hurairah, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Fitrah (manusia) ada lima: khitan, mencukur bulu kemaluan, menggunting misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Bukhari & Muslim)
Di dalam banyak hadis lain, Baginda SAW melarang orang Islam meniru orang kafir, antaranya sabda Nabi SAW, “Bukan tergolong dari kalangan kami siapa yang menyerupai selain kami (iaitu orang kafir).” (Hasan. Al-Tirmizi)
Nabi juga bersabda, “Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih. Ahmad)
Apabila Nabi mengatakan dia tergolong daripada mereka, hukum dari perbuatan menyerupai orang kafir (dalam perkara yang khas dan menjadi identiti mereka) yang paling kurang adalah maksiat, kalau terselamat daripada jatuh dalam bid’ah ataupun kafir.
Sekiranya yang ditiru adalah urusan ibadah, ia boleh menyebabkan pelakunya jatuh kafir. Jika bukan ibadah, hukum minimumnya adalah maksiat.
Namun pada masa yang sama, kita mengetahui realiti bahawa sebahagian orang Islam pasti akan meniru orang kafir. Ini adalah Sunnatullah Al-Kauniyah (ketetapan takdir Allah dalam alam), bahawa orang Islam pasti akan meniru orang kafir sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah,
“Sesungguhnya kalian akan mengikuti orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun pasti kalian turut mengikutinya.” Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang diikuti itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi?” (Sahih Muslim)
Realiti yang berlaku pada hari ini jelas menunjukkan mukjizat Rasulullah. Apa yang disebutkan oleh Baginda 1400 tahun lepas, di mana pada masa itu tidak ada tasyabbuh (penyerupaan) kepada orang kafir kerana para Sahabat semua beriltizam dengan Sunnah Nabi, jauh sekali tasyabbuh orang kafir, tetapi pada hari ini apa yang disebutkan Baginda telah menjadi kenyataan.
Sebahagian besar orang-orang Islam dengan mudah bahkan ada yang bangga meniru dan terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir Yahudi dan Nasrani.
sambungan bacaan -
http://ilmuanmalaysia.com/fitrah-manusia-larangan-menyerupai-orang-kafir/
No comments:
Post a Comment