Sunday, September 8, 2013

Tentang makanan dan kesihtan dari Al Quran,

Cuka adalah kemudahan bagi seluruh manusia" Diriwayatkan Muslim "Allah meletakkan keberkat dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh hadrat Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja Nabi s.a.w suka kepada cuka. 

Jabir menceritakan:Suatu hari Rasulullah mengajak saya ke rumahnya dihidangkan roti.baginda bertanya: 'Adakah apa-apa perasa?"sahabat menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah perasa yang baik. " hadrat Jabir berkata:Aku suka kepada cuka sejak aku mendengar daripada baginda s.a.w". hadrat Naf'a berkata: Aku pula menyukai cuka sejak aku dengar daripada Jabir." [hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Nasa'i] apabila kita mengambil cuka epal, ia akan menghilangkan kelesuan badan. dan boleh dirasai perbezaannya dengan pantas dalam masa beberapa jam sahaja.juga anda boleh melakukan sendiri selepas minum cuka apple maka air kenciing anda akan lebih jernih. Anda juga boleh melakukan ujian menggunakan kertas litmus iaitu kertas yg digunakan untuk menguji tahap pH. bermakna sebelum minum cuka apple air kencing anda berais dan selepas minum cuka apple air kencing anda lebih berakali. Fungsi hati dlm badan kita adalah utk: Hati melarutkan bahan beracun yg terhasil didalam tubuh kitajadi kita perlu menjadi hati kita dengan baik utk hati kita.bekerja Daging,ikan,telur,minyak kelapa,hijau,cuka, dan makanan lain-lain yang berkhasiat bertindak seperti ubat utk hati. sebahagian ahli perubatan dari timur percaya bahawa tekanan perasaan atau dikenali sebagai stress adalah akibat daripada hati cuka adalah detokfikasi utk bersihkan hati.dari dahulu lagi cuka dan madu telah digunakan dalam perubatan utk kesihatan manusia sejagat.cuka apple sgt berguna untuk melarutkan deposit kalsium yg menyakitkan dlm badan, utk sakit sendi seperti arthritis dan masalah lain-lain lagi... antara kelebihan cuka apple adalah :
  1. Memecahkan lemak dalam badan
  2. Melancarkan laluan darah
  3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman
  4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
  5. Melawaskan usus kecil dan besar
  6. Bertindak sebagai: Anti alergi, Anti septik, Anti anemia, Anti ulcer
  7. Menghilangkan masalah jerawat.
  8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.
  9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.
  10. Menyingkir air yg berlebihan . (Pemparitan Limfatik)
  11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.
  12. Merawat selulit.
  13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.
  14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
  15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
  16. Mengandungi anti oksidan yg menjaga kesihatan jantung.
  17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
  18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis iaitu boron pada mineral tulang
  19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
  20. Mengawal berat badan ke paras ideal
  21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Makanan Sunah Rasulullah

Makanan Sunah Rasulullah

Makanan kegemaran nabi Muhammad SAW (hadis sahih tidak dapat disertakan), antara nya:

Barli - Baik untuk redakan demam

Buah Kurma - Baik dimakan pada bila-bila masa.

Diriwayatkan daripada Saad RA katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.

Buah Tin - Baik untuk melawaskan buang air besar

Abu Darda’ menceritakan bahawa RS dihadiahkan satu tabak buah tin. Beliau bersabda; makanlah !, maka akupun makan.

Madu - Madu merupakan makanan terbaik, minuman terbaik dan ubat terbaik untuk semua.

Anggur - Baik untuk darah, menguatkan buah pinggang dan melawaskan buang air besar

Tembikai - Semua jenis tembikai adalah baik untuk bayi yang dikandung.

Susu - Membuangkan kepanasan dalam jantung, baik untuk otak dan ingatan dan baik juga untuk tulang

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya." (An-Nahl:66)

"Padanya (bsyurga) beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya." (Muhammad:16)

"Sesiapa yang diberi makanan oleh Allah, maka hendaklah ia membaca; Ya Allah, berilah kami keberkatan kepada makanan ini dan berilah lagi makanan kepada kami yang lebih baik dari ini.” Dan sesiapa yang diberi minum susu oleh Allah, maka hendaklah ia membaca : Ya Allah berkatilah bagi kami pada minuman ini dan tambahkan lagi kepada kami (susu).” Sesungguhnya tidak ada satu makanan dan minuman yang cukup lengkap (khasiatnya) selain daripada susu." (Riwayat Abu Daud.)

Cendawan - Baik untuk penglihatan mata.

Minyak Zaitun - Baik untuk kulit, baik untuk rambut dan awet muda.

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(Nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. An-Nur :35

Khasiat Cuka Epal

CUKA EPAL memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai bahan tonik kesihatan oleh orang-orang Greek di Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).


Khasiat CUKA EPAL:
  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
  • Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi (disebabkan binatang kesayangan, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.
  • Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.
  • Kaya dgn Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.
  • Kaya dgn Beta Carotene yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, menegangkan dan memudakan kulit.
  • Mengandungi Malic Acid yang berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.
  • Mengimbang kadar asid-alkali dalam badan, membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot dan badan.

Tentang makanan dan kesihtan dari Al Quran

Buah Delima - Buang segala kejahatan dalaman

"Dalam syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima." (ar-Rahman : 68)

Cuka - Baik dimakan apabila dicampur dengan minyak zaitun (seperti yang diamalkan dalam masakan Itali).

Air - Minuman yang terbaik buat semua. Amalkan minum air kosong sebanyak mungkin.

Telur - Di antara khasiat kuning telur ialah menghilangkan rasa sakit dan ubat batuk

Maksudnya : Imam Biahaqi meriwayatkan sebah hadis marfuk : bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan telur.

Gandum - 

Dari Aisyah RA bahawa ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika salah seorang keluargnya kurang sihat, ia meminta sesuap gandum, lalu dimasaknya. Kemudian dia menyuruh mereka memakannya, maka merekapun memakannya. Setelah itu Rasulullah SAW berkata : “Sesungguhnya gandum itu menguatkan hati yang sedih dan menghilangkan hati yang sakit, sebagaimana salah seorang kamu menghilangkan/membersihkan kotoran dari mukanya dengan air”

Burung

“Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan” Surah al-Waqiah : 21

Daun Saderi - Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.

Halia -

Mereka (ahli syurga) diberikan minuman segelas yang campurannya adalah halia” (al-Insan : 17)

Abu Naim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudari beliau berkata bahawa Raja Rom telah memberi satu bejana halia kepada Rasulullah SAW, maka baginda telah memberi makan setiap seorang sepotong dan kami diberi sepotong”

Thursday, August 29, 2013

Pedang Paling Tajam Di Dunia

Tahukah anda..PEDANG SALAHUDDIN AL-AYYUBI - Pedang Paling Tajam Di Dunia ?

[BARAT SEDANG BERUSAHA MENGHURAI TEKNIK INI]

Salahuddin Al-Ayyubi -
...Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Monday, August 26, 2013

15 Senjata Menghalang Syaitan


1. Membaca Bismillah hirRahman nirRahim (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2. Banyakkan berzikir
3. Banyakan Beris! Tigfar
4. Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
5. Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar
6. Baca doa pagi dan petang
7. Bersugi
8. Melaksanakan solat jemaah
9. Berwudhuk sebelum tidur
10. Menutup aurat
11. Membaca doa masuk tandas.
12. Banyak berselawat pada hati
13. Bertaubat, beristighfar
14. Banyakkan baca Al-Quran
15. Membaca surah Yassin setiap pagi