Tuesday, July 30, 2013

8 foods for healthy eyes

Berikut adalah makanan yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan anda; 

1. Lobak Merah 
Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah. 

2. Teh 
Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta. 

3. Bawang Putih & Bawang Merah 
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata. 

4. Kacang Walnut 
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata. 

5. Tomato 
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata. 

6. Kacang Soya
Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata . Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering. 

7. Telur
Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata. 

8. Brokoli 
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

PERANAN ZIKIR



JANGAN MENINGGALKAN ZIKIR LANTARAN ENGKAU BELUM SELALU INGAT KEPADA ALLAH S.W.T KETIKA BERZIKIR, SEBAB KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA TIDAK BERZIKIR LEBIH BAHAYA DARIPADA KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA KAMU BERZIKIR. SEMOGA ALLAH S.W.T MENAIKKAN DARJAT KAMU DARIPADA ZIKIR DENGAN KELALAIAN KEPADA ZIKIR YANG DISERTAI INGAT KEPADA ALLAH S.W.T, DAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT KAMU DARIPADA ZIKIR YANG BESERTA KEHADIRAN ALLAH S.W.T DI DALAM HATI KAMU KEPADA ZIKIR DI MANA LENYAPNYA SEGALA SESUATU SELAIN ALLAH S.W.T. HAL YANG DEMIKIAN ITU TIDAKLAH SUKAR BAGI ALLAH S.W.T.

Empat keadaan yang berkaitan dengan zikir: 
1:  Tidak berzikir langsung. 
2:  Berzikir dalam keadaan hati tidak ingat kepada Allah    s.w.t. 
3:  Berzikir dengan disertai rasa kehadiran Allah s.w.t di dalam hati. 
4:  Berzikir  dalam keadaan fana dari makhluk, lenyap segala sesuatu dari hati, hanya Allah s.w.t sahaja yang ada.

Bukanlah sukar bagi Allah s.w.t untuk mengubah suasana hati hamba-Nya yang berzikir dari suasana yang kurang baik kepada yang lebih baik hingga mencapai yang terbaik.

 Kerohanian manusia berada dalam beberapa darjat, maka suasana zikir juga berbeza-beza, mengikut darjat rohaninya. Darjat yang paling rendah adalah si raghib yang telah tenat dikuasai oleh syaitan dan dunia. Cahaya api syaitan dan fatamorgana dunia menutup hatinya sehingga dia tidak sedikit pun mengingati Allah s.w.t. Seruan, peringatan dan ayat-ayat Allah s.w.t tidak melekat pada hatinya. Inilah golongan Islam yang dijajah oleh sifat munafik. Golongan ini tidak berzikir langsung.

 Golongan kedua berzikir dengan lidah tetapi hati tidak ikut berzikir. Lidah menyebut nama Allah s.w.t, tetapi ingatan tertuju kepada harta, pekerjaan, perempuan, hiburan dan lain-lain. Inilah golongan orang Islam yang awam. Mereka dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir kerana dengan meninggalkan zikir mereka akan lebih dihanyutkan oleh kelalaian.. Tanpa zikir, syaitan akan lebih mudah memancarkan gambar-gambar tipuan kepada cermin hatinya dan dunia akan lebih kuat menutupinya. Zikir pada peringkat ini berperanan sebagai ‘juru ingat’. Sebutan lidah menjadi teman yang mengingatkan hati yang lalai. Lidah dan hati berperanan seperti dua orang yang mempunyai minat yang berbeza. Seorang enggan mendengar sebutan nama Allah s.w.t, sementara yang seorang lagi memaksanya mendengar dia menyebut nama Allah s.w.t. Sahabat yang berzikir (lidah) mestilah memaksa bersungguh-sungguh agar temannya (hati) mendengar ucapannya. Di sini terjadilah peperangan di antara tenaga zikir dengan tenaga syaitan yang disokong oleh tenaga dunia yang cuba menghalang tenaga zikir dari memasuki hati.

 Golongan yang ke tiga pula adalah mereka yang tenaga zikirnya sudah berjaya memecahkan dinding yang dibina oleh syaitan dan dunia. Ucapan zikir sudah boleh masuk ke dalam hati. Tenaga zikir bertindak menyucikan hati daripada karat-karat yang melekat padanya. Pada mulanya ucapan zikir masuk ke dalam hati sebagai sebutan nama-nama Allah s.w.t. Setelah karat hati sudah hilang maka sebutan nama-nama Allah s.w.t akan disertai oleh rasa mesra yang mengandungi kelazatan. Pada peringkat ini zikir tidak lagi dibuat secara paksa. Hati akan berzikir tanpa menggunakan lidah. Sebutan nama-nama Allah s.w.t menghalakan hati kepada Empunya nama-nama, merasai sifat-sifat-Nya sebagaimana dinamakan.

 Golongan ke empat ialah mereka yang telah sepenuhnya dikuasai oleh Haq atau hal ketuhanan. Mereka sudah keluar dari sempadan alam maujud dan masuk ke dalam hal yang tidak ada alam, yang ada hanya Allah s.w.t. Tubuh kasar mereka masih berada di atas muka bumi, bersama-sama makhluk yang lain. Tetapi, kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk sekaliannya sudah tidak ada, maka kewujudan sekalian yang maujud tidak sedikit pun mempengaruhi hatinya. Mereka karam dalam zikir dan yang dizikirkan. Mereka yang berada pada tahap ini telah terlepas dari ikatan manusiawi dan seterusnya mencapai penglihatan hakiki.

 Mereka yang mempunyai penglihatan hakiki mata hati ada dua jenis. Jenis pertama adalah yang mempunyai nama dan tabir penutup. Hijab nama (asma’) tidak terangkat lalu dia melihat di dalam hijab. Dia melihat Allah s.w.t pada apa yang menghijabkannya. Zikirnya ialah nama yang padanya dia melihat Allah s.w.t. Jenis kedua pula ialah yang berpisah dengan nama dan hijab, lalu dia melihat Allah s.w.t dan merasakan ketenangan dengan penglihatan itu. Pada ketika itu tidak sepatah pun ucapan yang terucap olehnya dan tidak sepatah pun kalam yang terdengar padanya. Dia melihat nama itu tidak mempunyai kekuatan hukum apa pun selain-Nya. Bila nama dinafikan tibalah pada wusul (sampai). Bila tidak terlintas lagi nama tibalah pada ittisal (perhubungan). Nama yang tidak lagi terlintas disebabkan kuatnya tarikan dari yang dinamai. Makam ini dinamakan makam al-Buhut (kehairan-hairanan), kerana dia melihat Allah s.w.t dalam kehairan-hairanan, tiada ucapan kecuali pandangan. Inilah makam terakhir di mana semua hati terhenti di situ. Ia adalah tingkatan tertinggi tentang kecintaan terhadap zat Ilahiat.

 Pada tahap ini Nur-Nya memancar, menyinar, menjulang naik ke lubuk hati. Peringkat ini sudah tiada zikir dan tiada pula yang berzikir, hanyalah memandang bukan berzikir dan tiada berbalik kembali pandangannya. Inilah hal yang dikatakan faham dengan tiada huraian pemahamannya dan mencapai dengan tiada sesuatu pencapaiannya. Insan di dalam hal ini sudah tidak lagi memohon fatwa, tidak memohon perkenan, tidak meminta pertolongan dan ucapan juga tiada. Baginya setiap sesuatu adalah ilmu dan setiap ilmu adalah zikir. Inilah hamba yang telah benar-benar berjaya menghimpun semua makam dan martabat. Dia sudah melihat takdir-takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t menghalau takdir demi takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t mengulangi takdir-takdir itu dengan berbagai-bagai cara yang dikehendaki-Nya kerana sesungguhnya Allah s.w.t sahaja yang memulakan penciptaan dan Dia juga yang mengulanginya. Penglihatannya tidak berbolak-balik lagi. Dia melihat Allah s.w.t di hadapan dan di belakang apa yang dilihatnya dan melihat Allah s.w.t dalam segala yang dilihatnya.

Apabila kerinduan terhadap Allah s.w.t telah menguasai hati seseorang hingga kepada tahap tiada ucapan yang boleh diucapkan maka keadaan itu dikatakan melihat Allah s.w.t yang tiada sesuatu yang menyamai-Nya, sebagaimana firman-Nya:


Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran)-Nya, dan Dia jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( Ayat 11 : Surah asy-Syura )

Monday, July 29, 2013

ASPEK KESELAMATAN RUMAH



-Berbaik-baiklah dengan jiran. Beritahu jiran anda berapa lama anda akan meninggalkan rumah. Bertukarlah nombor telefon. Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta mereka mengawasi atau meninjau keselamatan rumah sepanjang ketiadaan anda.
Untuk keselamatan tambahan, sesetengah Balai Polis atau Pusat Rukun Tetangga juga menggalakkan anda melaporkan kepada mereka sebelum meninggalkan rumah.

-Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan penceroboh. Sebaik-baiknya gunakan lampu automatik yang boleh dinyalakan bila hari gelap. Buka sedikit langsir pintu dan tingkap supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

-Tangguhkan sementara langganan akhbar, roti dsb. Longgokan akhbar atau bungkusan makanan di halaman atau di pintu pagar menandakan rumah tiada penghuni. Juga, jangan lupa bawa masuk semua pakaian di jemuran. Kasut, selipar dan sebagainya lebih baik dibiarkan berselerak supaya kelihatan seperti ada orang di rumah.

-Jika rumah anda mempunyai lebih dari satu kereta, kereta kedua boleh digunakan untuk mengelirukan penceroboh. Bagaimanapun, pastikan ia ditinggalkan dalam keadaan berkunci, termasuk kunci stereng/gear.

-Tanggalkan talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering tidak dijawab. Sebaik-baiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali memberitahu anda tiada di rumah.

-Simpan atau sembunyikan semua barang berharga di tempat yang selamat. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan barang-barang kemas atau wang tunai.

-Tanggalkan paip gas dari dapur. Padamkan sebarang pelita, lilin, lampu minyak, ubat nyamuk dan sebagainya.

-Tutup semua suis dan palam elektrik yang tidak diperlukan

-Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap, jeriji dan pagar dikunci. Periksa dua kali atau lebih, supaya anda dapat meninggalkan rumah dengan hati yang tenang dan yakin.

-Yang menaiki bas, kereta api, motor, kapal terbang, tak perlulah nak ikut tips motokar pula ye.

-Membuat solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT dari sebarang pencerobohan dan bencana.

-Pastikan semua kunci bilik, pintu utama dan pintu dapur berkeadaan baik.

-Awas! Malang tidak berbau, jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electric di luar rumah anda.

-Pastikan semua perkakasan elektrik ditutup (Langkah terbaik… semua plug ditanggalkan).

-Bagi yang memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, pastikan binatang tersebut tidak terperangkap dalam rumah.

-Berdoa sebelum meninggalkan rumah dan memulakan perjalanan.
Semoga perjalanan kita selamat, rumah kita pun selamat atas perlindungan Allah. Amin..

ASPEK KESELAMATAN KENDERAAN


*Periksa penapis udara

Ia biasanya terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.
Keluarkan penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya, ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.
Penapis berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.

*Periksa minyak brek

Lakukan pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah minyak brek yang betul.
Takat berkenaan boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.
*Periksa cecair penyejuk ‘coolant’
Ia adalah cecair yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan periksa warnanya.Biasanya ia berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator anda mula berkarat dan air perlu ditukar. Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang dihidupkan.
*Periksa minyak ‘power steering’
Minyak ‘power steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem ‘steering’ kenderaan.

*Periksa minyak gear

Jika kenderaan anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.
Pemeriksaan berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran.

*Periksa cecair pencuci cermin

Ia antara cecair yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.
Air berkenaan membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian radiator.

*Periksa takat minyak hitam

Sebelum memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya tidak diikat kemas.

*Periksa tekanan tayar kenderaan anda

Tekanan tayar kenderaan anda haruslah sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angina tayar simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.

Sunday, July 28, 2013

Kenapa Harus Membayar Zakat?

a. Harta adalah anugerah dari Allah SWT. yang harus disyukuri. 
Tidak semua orang mendapatkan kepercayaan dari Allah untuk memikul amanah harta benda. Karena itu, ia harus disyukuri sebab jika mampu memikulnya, pahala yang sangat besar sudah menanti.  

b. Harta adalah amanah dari Allah yang harus dipertanggungjawabkan. 
Setiap kondisi entah itu baik atau buruk yang kita alami harus kita hadapi dengan baik sesuai dengan keinginan yang memberi amanah. Di balik harta melimpah, ada tanggung jawab dan amanah yang harus kita tunaikan. Harta yang tidak dinafkahkan di jalan Allah akan menjadi kotor karena bagian halal yang merupakan hak pemiliknya dengan bagian haram yang merupakan hak kaum fakir, miskin, dan orang-orang yang kekurangan lainnya telah bercampur. Allah SWT. berfirman, ”Ambillah zakat dari sebagian harta mereka. Dengan zakat itu, kamu membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya, doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Q.S. at- Taubah 9: 103). 

c. Harta adalah ujian. 
Ujian bukan hanya kemiskinan. Kekayaan pun merupakan ujian yang sangat berat. Persoalannya bukan pada kaya atau miskin, tetapi pada cara menghadapinya. Tujuan di balik itu hanya satu, yaitu Allah ingin mengetahui siapa yang terbaik amalannya. Bagi yang berharta, tentunya, ada kewajiban-kewajiban yang harus dilakukan terhadap harta tersebut. 

d. Harta adalah hiasan hidup yang harus diwaspadai. 
Allah SWT. menciptakan beraneka ragam hiasan hidup bagi manusia. Keluarga, anak, dan harta benda termasuk di dalamnya. Dengan adanya hiasan, hidup menjadi indah. Namun, patut disadari bahwa pesona keindahan hidup itu sering menyilaukan hingga membutakan mata hati dan membuat manusia lupa kepada-Nya dan lupa pada tujuan awal penciptaan hiasan itu. Semua itu hakikatnya adalah titipan dan ujian. “Sesungguhnya, harta dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu). Di sisi Allahlah pahala yang besar” (Q.S. At Taghabuun 64: 15). 

e. Harta adalah bekal ibadah. 
Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Karena itu, segenap perangkat duniawi, baik yang materiil maupun yang nonmateriil, tercipta sebagai sarana yang bisa digunakan manusia untuk beribadah. Kekayaan adalah salah satu sarana ibadah. Jika harta dipergunakan sebaik-baiknya, pahala yang amat besar menanti. Namun, jika tidak, siksaan Allah sangatlah pedih.

Tuesday, July 23, 2013

About Al Qayyum

There are more expanding explanations, and these cannot be opened up in a short period. We would need much time and much experience, for a person to be able to understand these attributes with their own feelings. Whenever you can feel these existences, then a person will be able to understand these attributes better, because these attributes that show the existence of Allah, can only be explained so far through ilim, through knowledge. 

Only through living and gaining experience, and seeing this within your own inner being - then you will be able to understand this better. And these 99 attributes are like this. If you listen to the tapes of these esmas of Hayy and Qayyum you will understand better. One of the meanings of the esma of Qayyum is to stand: You will be sleeping, they will wake you up - and one of the meanings of waking up is to stand. And one of the meanings of the attribute of Qayyum, is coming from the same word, qiyamet, resurrection. What is qiyamet? Is is the people lighting up, and this is also from the attribute of Qayyum. This lighting up amoung people can happen with beauty and goodness and it can happen with badness, and this is called qiyamet, the resurrection. Again, this is inside of the attribute of Qayyum.

The essence doesn't change; the essence is the human being. It is the appearance of the characters that can change. That's why we have to understand the attributes of Hayy and Qayyum very well, so a person can know how and where to live. This world is finite; what is infinite is Allah. He is always Hayy and Qayyum. He is self-existent. His own being is always living, and as long as He is, humanity also will be. The attributes that change here are the characters, the attribute of Allah doesn't change: He will let those 99 attributes work; these attributes will change the characteristics that you have. That is why we are emphasizing these 99 attributes so much; they are necessary for all of us. All of us have to look into this mirror and straighten our characters accordingly. 

The most beautiful mirror is the mirror of these 99 esmas, and these have been taught to us by the prophet and the saints, the evliya. As we follow their path our experience will increase, and with our own feelings we will be able to understand these esmas. Hayyum-Qayyum is ismi-azam, a great name, so let us not forget this. Whenever you are stressed, whenever you are under pressure, let us recite this a lot, and we will push the stress off of us, and then we will be with the Being within His Being.


The esma of Qayyum is the esma, the self-existing one, that keeps everything in its place and animated and on its feet. The esma of Qayyum that comes from the root of qayim, is the esma that brings everything to life.

Earlier we had spoken of the esma of Hayy, and now we are going to speak on the attribute of Qayyum. These two attributes are one whole that is not divisible. This week I'm going to speak on the attribute of Qayyum. This is an attribute of the most important ones of the creator Allah. The one that holds everything that It has created in its place, and makes them live, and animates them, is the attribute of Qayyum. If we look around us, we will see how this attribute works. It is a very lively attribute. 

Look at the universes that Allah has created. There are many planets in space, many stars. There is the planet that is called earth. Everything is working in its place, correctly. None of them become confused about their place, and they are all standing, and this shows the attribute of Qayyum. When we do it, we will see this attribute. When we look at ourselves, Allah created us, gave us a spirit (in today's terminology we call this 'energy'); this made us alive, and the attribute of Qayyum is keeping this standing. 

For example, in the human body there are thousands of cells that are dying and coming to life, and their dying and being resurrected again is the attribute of Qayyum. He brings them to life with the attribute of Qayyum, with the attribute of Hayy gives them life, and because the two work together, the attributes of Hayy and Qayyum are known as the ismi-azam, the great names, in the Koran. 

It is a very important name, and when people are in problems, if they do the tesbih, the repetition of the Hayy and Qayyum esmas, then they will come to the opening of this ismi-azam, this great name. They will find life, and they will find aliveness. 

One of the beauties of the attribute of Qayyum, without changing anything, is holding everything in its own attribute. It seems to be changing, but its essence doesn't, it is only the views of the attributes that are changing. 

Let me give an example. There are coins, and let us say this one coin is worth $1000. You remove this money, and you put paper money in its stead. Its essence is still there, but its appearance has changed. That paper money has become qayim, standing in the place of, that coin; it is holding it in its place, without changing its essence. 

And we, people, are also like this. Without corrupting our essence, we will live in different dimensions, and this is the manifestation of the esma of Qayyum. We are standing in our own essence; what changes are the appearances. And this world is the same. The planets are the same. Everything that works in the universe, works with the manifestation of the attributes of Hayy and Qayyum.

Nak masuk kampung mesti jumpa Penghulu nya dulu jika mau sesuatu dari kampung tersebut. 
Itu adab.

Itu juga ibaratnya tentang sesuatu yang di sebut kalimat. 
Saya ulangi apa yg pernah saya tulis dahulu moga menjadi ingatan.
Banyak2 perkataan di dunia atau seluruh alam semesta, ucapan atau perkataan atau kalimat mana yang paling mulia?

Al quran. Kalam atau Kalimat Allah.

Di katakan Ulama (se tengah nya Hadis Sahih - sila check sendiri) ibu Al Quran adalah Al Fatihah (Pembuka), Hati Al Quran adalah Surah Yasin. 3 kali baca surah Al Ikhlas menyamai satu Al Quran.

Namun, Penghulunya, Ketuanya, Leader nya segala kalimat Allah adalah surah Al Baqarah. 
Penghulu atau Ketua dari Sural Baqarah pula adalah Ayat Kursi yg sebelum ni sudah di perkatakan (ada Hadis Sahih tentang ini)

Sekarang, yang hendak di sampaikan adalah mengikut setengah Ulama, yang paling utama PULA di antara Ayat kursi tersebut adalah Ayat pertamanya.

Di Ramadhan Mulia ini, mari kita perhatikan seninya Kalimat pertama ayat Kursi ini.
Allah Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup dan Berdiri Sendiri (setengah Ulama menterjemah Yang Terus menerus Mengurus makhlukNya)

Ya Hayyu - Yang Hidup. 
Ya Qayyum - Yang Berdiri Sendiri / Terus menerus mengurus makhluk Nya).

Setengah Ulama mengatakan dua Nama ini adalah Nama Allah yang teragung.