Sunday, July 14, 2013

Kisah ajaib dari syiria..

Assalamualaikum.. nak share satu cerita pengalaman sahabat kami yang jadi volunteer doctor di syria. Ini kisah benar.

malam td kami diuji dgn bekalan elektrik yg terputus waktu 2 pembedahan kecemasan sedang dijalankan...dlm kegelapan tu beberapa sukarelawan perubatan menjerit2 minta sesiapa pasangkan lampu. beberapa anggota mujahidin yg berkawal di sekitar hospital lapangan bergegas cuba hidupkan generator.

tp malangnya bekalan minyak habis. Dlm pd tu seorang doctor dr norway ternampak 1 kawasan terang benderang. Doctor tu pun arahkan katil pembedahan n peralatan kecemasan dipindahkan kesitu. Tau tak cahaya terang tu datang dari mana ?

dari seorang lelaki tua buta yg sedang mengaji AlQuran sambil menjaga anak saudaranya yg dipotong kaki....terangnya kawasan tu seperti disimbah cahaya bulan penuh....terang sgt walau xde lampu n kiri kanannya gelap gelita.

kawasan yg terang tu boleh menempatkan 2 katil pembedahan n ruang cukup utk petugas perubatan yg terlibat..lebih pelik sewaktu kami perlukan bekalan elektrik utk hidup satu mesin yg diperlukan selepas pembedahan.salah 1 plug nampak mcm menyala lampunya..seorg nurse dr maldives yg terlupa bekalan elektrik sedang terputus terus sambungkan plug tu n hidupkan suis.....lelaki buta tu berasal dr homs.sehari dia mampu khatam Al Quran sekali.setiap hari dia khatam Al Quran.Maha Suci Allah.

dgn kuasa Allah peralatan tu menyala..sampai pembedahan selesai kami mcm bingung sekejap.lps tu baru tertanya2 mcm mana peralatan tu boleh menyala.kawasan tu boleh terang benderang.

terlalu byk perkara yg ajaib berlaku di sini.
mungkin ini sbbnya para doctor yg berkhidmat di sini ada yg x nak balik walaupun dah ada kehidupan yg sgt selesa di negara sendiri.

bak kata seorang mujahidin dr bosnia "mcm dah ternampak2 taman syurga"

saat mula2 menjejakkan kaki ke homs mmg kawasan tu dah musnah teruk tp ada 1 rasa nyaman masuk dlm jiwa..ajaib sgt.
semalam ada sorang budak perempuan.nama dia somaiyah.umur 7 tahun.dia tanya pd sorang sukarelawan tu knp nangis.sukarelawan tu kata sbb sedih somaiyah dah xde parents. somaiyah tu jwb " awak silap.disisi Allah ayah dan ibu sy masih hidup.mrk bahagia dan mulia".

Sahabat, Allah nak tunjuk Al-Quran itu mampu memberi cahaya. Di dunia pun Allah dah tunjuk. Apa lagi kat akhirat sana.

Wednesday, July 10, 2013

Two-minute stroll every half hour can slash diabetes risk

A new study finds one easy way to boost your health and slash your risks of diabetes -- get up from your desk every half hour and take a two-minute stroll around the office.

Findings showed that quick walks throughout the day may have an even bigger impact on your health than a 30-minute walk before work, the Daily Express in the US reported.

Researchers at Otago University in New Zealand recruited 70 subjects, with results showing that those who regularly walked around for one minute and 40 seconds had lower blood sugar and insulin levels than those who didn't budge from their desks during the work day.

Raised sugar and insulin readings are warning signs that you could be at risk of type 2 diabetes, which can lead to stroke and heart disease. 

A separate study published last month in the journal Diabetes Care finds that if you're at risk of developing type 2 diabetes, taking a 15-minute walk after every meal can curb a "risky rise" in blood sugar. 
Prior research has also confirmed that exercise, including 45-minute daily walks, can cut your risks of the disease. 

Wednesday, June 12, 2013

Maksud Ayat Seribu Dinar



Assalamualaikum kepada anda semua, saya ingin kongsikan ayat seribu dinar serta maksud dalam rumi.

Sejak akhir-akhir ini saya dapat tahu bahawa ramai di kalangan umat islam di Malaysia sedang mencari Ayat seribu dinar dalam rumi oleh sebab itu saya dengan ikhlas hatinya update blog saya dengan entri ayat seribu dinar. Semoga dengan adanya post ini dapat membantu anda semua yang sedang mencari ayat seribu dinar dalam rumi dan bahasa melayu.




Ayat seribu dinar di dalam rumi

WAMAN YATTA QILLAHA YAJ’AL LAHU MAKHROJA WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIBU WA MAN YATAWAKAL ‘ALALLAHI FAHUWA HASBUHU INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI QAD JA’ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN.

Maksud ayat seribu dinar

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)

Tuesday, May 28, 2013

TIPS AGAR KEBAIKAN BERTERUSAN


Sedikit perkongsian 

1. Jika anda menerima wang RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.

2. Setiap hari, pastikan anda menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi : “SMS dihantar pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”

3. Pegang prinsip hidup jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.

4. Jika melihat penjual makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual. Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.

5. Jika hendak makan, ambil sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran. Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.

6. Selepas menggunakan tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.

7. Memakai pakaian yang di belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’ dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi. Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah” bergerak.

- Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT.
- Pesan Saidina Ali R.A. “Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.

Buah Kurma Dalam Kehidupan Umat Islam Seharian



Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan buah kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ (buah kurma) dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.

“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat buah kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

Pendidikan Formal vs Pendidikan secara tidak langsung


Lihat dengan mata bagi memberi. 

Mereka yang bahagia adalah mereka yang banyak memberi bukan menerima

Hidup kita tidak sempurna selagi kita tidak membantu orang yang tidak mampu membalas pertolongan kita kembali atau orang yang tidak kenal siapa kita. Apabila kita mahu hidup menjadi lebih baik, cuba berbuat baik kepada orang lain. Pendek kata, bantulah orang yang susah tanpa mereka tahu siapa kita.

Kita perlu reset (mengubah) minda. Kita ibarat seperti sebuah computer, apabila system operasi tergendala, kita mesti menggantikan system operasi itu semula. Begitu juga dengan kehidupan, kita perlu reset (mengubah) minda bagi mengubah kea rah kebaikan. Manusia banyak kepercayaan yang melemahkan diri sendiri.

Bagi melakukan perubahan dalam diri, kita perlu mengubah cara persekitaran, cara system kepercayaan, apa yang dilihat dan cara berkawan dan sebagainya.

2 sistem utama yang membentuk diri kita:

1. Pendidikan Formal
Sukatan kurikulum di sekolah yang menumpukan kepada pencapaian akademik sahaja. Adakah kita mengambil berat mengenai pencapaian akhlak mereka? Kita tidak boleh hanya mengajar, tetapi kita juga perlu mendidik dan membimbing. 

Ubah pandangan dan cara berfikir. Lihat seseorang itu sebagai manusia yang penuh dengan potensi kemanusiaannya, bukan memilih seseorang berdasarkan pencapaian luaran fizikalnya. Melaluinya kita membina diri dan merangsang potensi dalamannya yang akan menghasilkan kekuatan dan keyakinan diri.

2. Pendidikan secara tidak langsung
Ibu bapa perlu menerapkan dalam diri mereka dengan ayat yang baik seperti “Saya baik, saya bijak, saya hamba Allah SWT yang baik,” dan sebagainya untuk menghasilkan keyakinan yang kuat kerana wujudnya kebergantungan kepad Allah SWT.