Wednesday, October 30, 2024

Sewakan Rumah

Dark side sewakan rumah:
1. Jika beli rumah pasaran subsale rumah itu mesti lah clear termasuk penyewa lama. Jangan sesekali benarkan penyewa lama sambung sewa dengan kita owner baru. Degil lemak berkrim nanti. 

2. Sewakan rumah harus sediakan perjanjian sewa.
Ambil gambar sebelum dan semasa serahkan kunci.

3. Perjanjian sewa haruslah di matikan stamp di LHDN bukan di pesuruhjaya sumpah. 

4. Terangkan perjanjian sewa antara sampai berbulu telinga penyewa.

5. Jika owner tidak sediakan perjanjian sewa maka kita tenant educated la yang sediakan.

6. Serahan deposit mesti transfer dan simpan slip bayaran.

7. Sewa rumah harus di bayar awal bulan sewaan bukan akhir bulan. Kalau tidak sedap helok dia lari hujung bulan. 

8. Jangan pernah sesekali takut rumah rosak ketika sewakan rumah kerana rumah rosak itu ketahuilah kamu sebenarnya malas pantau keadaan rumah sedangkan batu sempadan tanah sendiri pun tidak tahu kedudukannya apa ntah lagi rumah sewa. 
Jika takut sewakan rumah sila jual terus simpan duit dalam asb diam² je teruskan selesa makan gaji.

9. Kawal bil tnb dan air dan indah water di app setiap bulan ke setahun sekali ke.

10. Remind penyewa anda sampai dia naik bosan jika bayaran tunggakan tidak di selesaikan dalam tempoh di janjikan.

11. Bagilah diskaun sewa jika penyewa mu konsisten tidak culas membayar sewa. Jangan lah kedekut sangat.. 

Biar kita di cop gengster demi tidak biarkan virus dalam rumah sewa makin teruk. 

Bantu mudahkan urusan orang sekeliling kita. Kita juga akan di permudahkan.
#anishafiza #urusewa

No comments:

Post a Comment