Ada orang cakap isteri suka lawan cakap dan keras kepala disebabkan wanita akhir zaman. Ada juga yang cakap, isteri sebegitu adalah "cerminan sikap suami" yang suka abaikan isteri dan lukakan hati dan perasaannya. 😅
Kalau anda belajar DISC PROFILE, isteri suka lawan cakap dan keras kepala ni disebabkan personaliti dirinya jenis DOMINANT. Isteri yang dominant biasanya
- Agak bossy (kuat mengarah)
- Suka lawan authority
- Suka argue (walaupun benda kecil)
- Kurang sensitif pada org lain (ikut suka dia je)
- Selalu nak cepat atau nak menang
- Tiada kesabaran
- Sukar ngaku salah dan kerap salahkan org lain
Bagaimana nak tau?
Kita boleh lakukan DISC personality test ke atasnya atau lihat dari tutur kata dan kelakuannya bila diuji dengan suatu perkara seperti diberi tugasan atau diuji dengan kesusahan.
Setinggi mana sifat dominant boleh diukur dari DISC personality test tersebut dan dari tindak-tanduknya.
Bagaimana nak deal dengan wanita dominant?
Ini nasihat saya berdasarkan ilmu dan pengalaman hidup bersama isteri yang dominant. Dalam bidang Takaful juga, saya dikelilingi oleh ejen-ejen wanita yang tinggi sifat dominant, yang saya boleh kenal pasti samada melalui DISC test tadi atau kelakuannya.
Pertama kita kena faham. Dominant ni bukan bermaksud dia jahat atau negatif orangnya. Itu hanya personaliti dirinya sahaja. Setiap personaliti diri, ada kekuatan dan kekurangannya. Begitu juga orang yang ada personaliti diri lain (Influential, Steady & Compliant). Ada kekuatan serta kekurangan masing-masing. 🫰🏼
Kedua, sebagai suami atau leader, bila deal dengan isteri atau ejen yang dominant, kena fahami personaliti dirinya sebegitu. Bila kita faham, ia akan bantu kita kawal emosi agar tak lakukan sesuatu secara terburu-buru, terutamanya yang beri impak besar seperti pergaduhan atau perceraian.
Bermakna bila deal dengan mereka, kita kena banyak tegur dia agar jangan terlebih-lebih jadi dominant. Dan of course kena banyak SABAR.
Paling PENTING, kita sebagai suami kena sedar kedudukan dan batas percakapan/perbuatan kita. Perlu diingatkan, bukan semua PERMINTAAN atau kehendaknya perlu dituruti, walaupun dia kuat mendesak atau kadangkala push / put pressure pada kita.
Macam saya, apa jua kehendak yang saya perlu tolak, saya akan beritahu baik-baik. Jika ditekan, saya ignore saja dengan beri silent treatment (diamkan diri tak turuti perintahnya). Sebab kita tau kedudukan kita sebagai suami atau leader (beras kita beli bro, SSM agensi kita register 😁). Kata putus kat kita. 💪🏼
Kadangkala bila nak lakukan sesuatu yang perlukan izin suami seperti keluar rumah atau bermalam di luar, dia akan plan dulu di belakang-belakang dan sekadar beritahu bila nak lakukan atau ditanya. Pada dia, beritahu saja itu memadai, bukan perlu minta izin dari awal. 😅
Memang isteri atau ejen yang dominant, expect kita patuh dan taat cakap dia. Kekadang sampai sebut nama penuh kita bila dia mahu kita taat perintahnya 😁.
Namun stand your ground sebagai suami atau leader. Kalau terpaksa sound sikit sebab dia dah terlebih bossy, kawal emosi kita, jangan sampai berkasar terhadapnya. Sentiasa beri peringatan kepadanya, terutamanya kedudukannya sebagai isteri atau ejen, jangan sampai hilang hormat atau tak beradab bila dengan suami/leader.
Ketiga, kepada isteri dan wanita dominant, belajar kawal diri agar tak jadi terlalu dominant sampai "musnahkan diri sendiri". 😓
Iya, kerana mulut dan tutur kata yang tak dijaga, badan sendiri yang binasa. Arguments banyak berlaku hingga sebabkan pergaduhan, serangan fizikal atau perceraian. Kesannya bukan saja rugikan diri sendiri tetapi juga kepada anak-anak, ejen ejen di bawah dan bisnes sendiri.
Tak perlu lemparkan tuduhan suami control-freak, leader toxic & narcissistic bila kemahuan anda tak dipenuhi. Itu tanda anda takde accountability dan suka salahkan orang bila anda buat salah.
Dalam kebanyakan kes, tuduhan tuduhan tersebut berbalik kepada diri anda semula di mana orang lain nampak tuduhan tersebut ada pada diri anda sendiri, dan bukannya pada org yang anda tuduh.
Sentiasa jaga kesihatan mental dan disiplinkan emosi kita agar tak mudah koyak. 💪🏼
Kebanyakan masalah rumahtangga, pergaduhan dan perceraian berlaku sebab kita tak fahami personaliti diri kita, pasangan dan orang dalam kumpulan kita. Itu yang sebabkan ramai orang bertindak negatif tanpa sedar sifat diri mereka.
Tak perlu cakap isteri jadi dominant kerana sikap suami. Salah tu, sebab saya berani cakap wanita bujang baik anak dara mahupun janda, pun ada yang sifat dominantnya tinggi. Dari tutur kata dan kelakuannya di media sosial atau F2F dah tau. 😅
Dah tau semua ni, belajar handle wanita Dominant ni baik-baik. 🫰🏼
Tip kehidupan dari suami DISC profile COMPLIANT