Monday, September 9, 2024

12 of the wisest things ever said by Simon Sinek

12 of the wisest things ever said by Simon Sinek. 

Number one, people don't buy what you do, they buy why you do it. 

Number two, leadership is not about being in charge, it's about taking care of those in your charge.

Number three, working hard for something we don't care about is called stress, working hard for something we love is called passion.

Number four, a boss has a title, a leader has the people.

Number five, the goal is not to be perfect by the end, the goal is to be better today. 

Number six, when people are financially invested, they want a return. When people are emotionally invested, they want to contribute.

Number seven, there is a difference between giving directions and giving direction. 

Number eight, great companies don't hire skilled people and motivate them, they hire already motivated people and inspire them. 

Number nine, trust is built on telling the truth, not telling people what they want to hear.

Number 10, the responsibility of leadership is not to come up with all the ideas, but to create an environment in which great ideas can thrive.

Number 11, to create something really great and to make a real difference, you have to have the courage to start with why. 

Number 12, the greatest leaders are not those that do the greatest things, the greatest leaders are those that inspire others to do great things.


Thursday, September 5, 2024

Tetaplah bersyukur dengan Rezeki yang dapat walaupun tak dikurniakan kekayaan seluruh isi dunia atau alam semesta

TETAP BERSYUKUR 🀲🏻

1. Rezeki datang dengan kita berusaha.

2. Rezeki akan ditambah dengan kita selalu mensyukurinya. Jadi, bersyukurlah.

3. Rezeki akan sentiasa melimpah ruah apabila kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bertaqwa dengan mematuhi segala perintahNya.

4. Rezeki akan hadir disebabkan sentiasa beristighfar.

5. Rezeki boleh datang melalui perkahwinan oleh itu jangan takut untuk berkahwin.

6. Rezeki buat isteri dan anak akan disalurkan melalui suami.

7. Rezeki akan mencurah-curah jika kita sentiasa melazimi sedekah kepada fakir miskin.

8. Sentiasa menjaga Solat Dhuha.

9. Sentiasa membasahi lidah dengan berselawat ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah.

10. Mengamalkan bacaan Surah Al-Waaqi'ah di malam hari.


πŸ“ US

Friday, August 30, 2024

Kes Daie Syed

Oh Bulan dah kenapa?

.
.

The truth is most of them are truely Great in Playing victims and gain sympathy is their core Masterpiece of Manipulation 

.
.
Sejak usia saya 10 tahun lagi saya sangat sensitif bab ini. Nanti saya bagitau kenapa di lain sesi. Tapi bab ini mmg satu cukup besar dalam core belief saya. 
.
.
SEMALAM adalah hari Kemenangan pada mangsa atas keadilan yang di tuntut saban tahun. 

What a big Relief. 

MASYAALLAH 
.
.
Saya boleh mendalami betapa bersyukurnya perasaan mangsa hari ni. Pada saya dia seorang yang sangat kuat, kerana untuk berhadapan dengan Figura Umum dan Selebriti begini bukan kerja Mudah. Biar saya terangkan kenapa
.
.

MANGSA IN GENERAL

1.Dia akan rasa  takut,sedih,kecewa,konfius,bimbang di kecam bimbang tidak dipercayai,maruahnya akan lebih teruk terjejas. 

2.Ini apa yang akan dia lalui dan rasai. Dan sebenarnya paling teruk pada dia ialah rasa Keliru..dia mencari jawapan  bagaimana dia boleh dimangsakan oleh golongan sebegini?

3.Dalam pada mangsa sedang berjuang bangkit dengan saki baki kekuatan masih ada, dia sebenarnya sangat merasa kehairanan bagaimana golongan selebriti pendakwah ini boleh hidup dengan tenang tenang tanpa rasa bersalah dan masih boleh menjalani kehidupan di terutamanya di Media Social dengan slumber dan biasa?

4.Perjuangan Mangsa memperjuangankan hak dia harus di puji walaupun kemungkinan ada kesalahan di pihaknya tapi apa yang pasti circle support terutama keluarga memang satu benda sangat penting saat saat ini. 

SANGAT PENTING. 

kerana mangsa berhadapan dengan Mental Abuser yang sangat licik dan sangat di angkat dalam Masyarakat. Perjuangan ini bukan hanya pada mangsa..tapi kepada orang terdekat dia. 

Kerana bisa sahaja terjadi untuk tempoh yang sangat panjang untuk dijatuhkan hukuman, boleh sahaja terjadi perkara2 berikut

1.mangsa berasa kasihan dan akan tarik balik report.

2.kemurungan melampau menyebabkan mangsa tidak ada kekuatan untuk meneruskan kes

3.perasaan malu menebal sama ada pada diri sendiri atau keatas nama keluarga akhirnya tindakan takkan di teruskan.

4.menerima love booming yang sangat dasyat dari Pemngsa sehingga mangsa boleh cair kembali dan terus menjadi mangsa and the circle keep repeated for so many yearss

5. Menerima habuan penyelesaian luar mahkamah..

6.Mangsa akan berasa kurang yakin kerana yang menjadi Pemangsa ini ialah Selebriti Pendakwah yang mendapat perhatian ramai.
.
.
Inilah cabaran Mangsa Mentally Sexual Abuse. Hukuman yang dijatuhkan semalam memang pada saya wajar kerana betapa maaf ya saya nak guna perkataan ini.

"Bangsat"nya seorang yang menggunakan topeng agama mengelabui mata orang ramai dengan lantang bercakap,berhujah berbahasa Arab cair si mulut sedangkan mangsa rapuh,hancur,dan mengalami kemurungan melampau sehingga mengalami death treats.
.
.

Bukan untuk kes yang sedang viral ini sahaja ,tetapi secara GENERALNYA nya

Pemangsa akan sangat sangat bijak memainkan suasana. Belive me mereka sangat bijak,licin macam belut.

Letaklah caption berbaur agama,  dan gambar baby,ibu,ayah,anak lelaki anak perempuan, guru2 atau apa dan sesiapa sahajalah..untuk tujuan apa sekali pun..ia adalah tools pemangsa untuk sekali lagi mengelabui mata orang ramai.

Ini bagi tujuan untuk memastikan sikap tersembunyi mereka tetap ditutup rapat sampai tiada siapa mampu percaya dan dapat hidu. 
.
.
Jujurnya..

Saya tak mengajak kalian membenci sesiapa,

JANGAN MEMBENCI.

Sebenarnya saya Rasa kurang selesa jika benar gambar seperti ini tujuannya untuk meraih simpati netizan untuk melakarkan beliau seorang bapa prrhatian yang patut diberi peluang. 

Kemungkinan benar gambar ini tiada maksud apa apa sekadar sayang ayah pada zuriatnya. 

Tapi jangan sampai kita naif sangat.

Sedang hakikatnya ada satu jiwa di sana yang patut diraikan kejayaannya kerana hari ini dia sudah mendapat keadilannya di dunia. Perjalanan dia sangat sakit dan getir sekali. Hanya dia dan Tuhan Sahaja tau jalan yang dia lalui dari episod hitam tu sangat sangat perit

Yang kita benci bukan batang tubuh mereka..tapi akhlak mereka..sekiranya mereka bertaubat bersungguh2 kemungkinan mereka jauh lebih baik dari kita.

.
.
Pesan saya untuk semua mereka yang mendapat kepercayaan umum..

Terutama Selebriti secara umumnya

Jaga amanah yang Allah dah bagi pada kalian.Jangan sesekali kalian gunakan untuk kepentingan sendiri/peribadi sebab kelak Allahlah yang bakalan mentakdirkan sesuatu yang tak disangka sangka..walau sepandai manaapun kalian pandai bermain wayang di pentas dunia. Ingat akan ada hari perhintungan yang Allah akan hintungkan satu persatu tanpa tersisa sedikit.

Tak perlu ajar mangsa untuk sabar.

Saya ulang

Tak perlu ajar mangsa untuk sabar.

Kerana,

mana mana mangsa yang boleh kekal tersenyum itu sebesar besar nikmat dia masih tabah menjalani sisa baki hidup dia,walau hakikatnya dia pernah rasakan mati itu adalah penyelesaian pada semuanya.Dia sudah ikhlas menerima takdir hidup dia.

Ini Bukan soal sabar lagi.

Saya doakan lebih ramai lagi mangsa akan terus berani ke hadapan. Dan jika kalian mengenali mana mana mangsa yang berhadapan dengan situasi ini,tak kiralah siapa pun pemangsanya, please kuatkan jiwa dia untuk bergerak ke hadapan untuk mengambil tindakan.

Makna kebebasan dan Merdeka sebenar ialah 

BEBAS DARI PERHAMBAAN MANUSIA DAN HANYA BERGANTUNG PADA ALLAH SWT.

Merdeka
Merdeka
Merdeka

Jemput tekan Button share untuk tulisan ini boleh reach pada mangsa mangsa yang mungkin masih teragak agak mengambil tindakan. 

Dengan Nama Allah saya menulis
✍️🏻Dilla Manshor

31 Ogos 2024
7.00 pagi