Monday, February 16, 2015

Info for Sharing on Marriage

Good for all to read and not just the married ones.


• Marriage is worth struggling and fighting for

• Marriage is not built upon love, its built upon ISLAM AND IHSAAN (concept of Ihsaan is excellent)

• Break the cycle - we don’t have to live the marriage of our parents, we create our own marriage traditions

• To all, esp brothers, when you are angry at your spouse, stop and say, I forgive you - say it with your tongue and your heart will hear it and deal with it

• Everyone has the capacity to forgive

• The best pleasure in this dunya is *a righteous spouse* (hadeeth)

• A spouse is not someone who you want to spend your live with but someone to spend with for eternity

• Everyone single will be married in Jannah - pure happiness is the state of being married

• Rasulullah (saw) was more loving inside the home than he (saw) outside

• The first thing that Rasulullah (saw) did when he (saw) entered the house was to kiss his (saw) wife

• Reference of marriage in the Qur’an: protecting garment, mawaddah, rahmah - reflect what we represent to our spouses

• Proposal mentioned in the Quran: Prophet Musa (as) - the woman spoke to him, they interacted modestly, he worked with her father

• Rasulullah saw and Khadija ra - they were in business together, had business transactions, familiar w each other characters

• Ask ourselves: Do I make my spouse feel lucky to have me? Do I give that feeling of insecurity, inferiority to our spouses? 

• Are we busy taking care of our hearts that we break the hearts of spouses? 

• Fear Allah swt w our spouses

• When things are difficult, when relationships are not working as we hope, remember only Allah Taala doesn’t disappoint us. Only He is the perfect One. Our spouses are creations just like us, who are flawed. Even Rasulullah (saw) who is the perfect man disagreed with his (saw) wife

Finding happiness in marriage, Yasmin Mogahed

• We wont fill the void in our hearts by getting married. Only Allah Taala can fill the void

• Only one source of healing is Allah Taala

• no human being can fix us up, its not the job of a creation, onnly the Creator may fix our hearts

• Generosity in marriage cant happen unless we are full inside (our hearts are not void)

• Love with giving not taking

• When we beg from Allah Taala, He elevates us. When we beg from creations, we are humiliated

• Do not be attached to the dunya. When we are not attached to people, people will love you

• Love without attachment, love without dependency 

Sh Yahya Ibrahim,

*Rasulullah (saw) said treat your wife well, and never said to women to treat the husband well. Why? Because the right is MORE for the wives for the husbands to care and love them.

Lessons from Rasulullah (saw), for the husbands:

1. When you eat, feed her
2. When you buy yourself something, buy something to her
3. Let your wife sit where you sit
4. What you expect and ask from your wife, you must be able to also give her
5. Express your love
6. Sadaqah that has more barakah is to your family - give gifts often
7. Give more than you take

Thursday, October 23, 2014

Kewajipan Menjauhi Fitnah

This is written as a reminder to me first and to the rest. InsyaAllah this
short write-up will lead us to ponder or to read and understand further of
this topic.

When I was younger and naive I used to think that my business is mine and
others should not interfere. I thought that who talks or judge bad about me
or my actions will pay the price during judgement day . But as I grow older
and more mature Ive realized that I too had an obligation to stay away from
situation that allows others to judge me wrongly. I have a creator and to
HIM I shall stand and answer my deeds as to why I put myself in those
situation. So now as much as possible I try to be wary of my actions and
words not for the sake of others but for my love and fear of Allah.

What I want to share today is not on Menjauhkan Diri Dari Berfitnah (topic
that is heavy and found in the Al-Quran and Hadis) but more on our Kewajipan
Menjauhi Fitnah (also heavy but usually neglected by us)

Kita kena faham betul-betul maksud fitnah. Dalam al-Quran, lebih kurang ada
17 definasi fitnah yang berbeza-beza. Antaranya ialah bala, bencana, ujian
berat dan juga menuduh manusia lain.

Among the 3 fitnah describes here are:

1. FITNAH WANITA.

Jangan sangkal lagi kerana sudah jelas lagi bersuluh, bahawa fitnah terbesar
atas muka bumi sekarang ialah fitnah wanita. Rasulullah sendiri memberi
amaran kepada umat Baginda agar takut dan berhati-hati dengan ujian orang
perempuan. Kita boleh lihat sendiri bagaimana seorang nabi dan rasul, iaitu
Yusuf A.S yang terkena fitnah wanita...

Hinggakan kata Baginda, Penjara itu adalah lebih aku sukai!, dan Baginda
sendiri meminta kepada Allah agar dilemparkan dalam penjara. Di balik tembok
besi itu, datang bersamanya satu falsafah yang besar kepada kita semua.

Penjarakan jarak. Penjarakan nafsu. Penjarakan ikhtilat.

Penjarakannya, agar hatimu tidak terjerut dengan cinta yang lalai dan
melalaikan.

2. FITNAH HARTA. 

Para sahabat radiallahu anhum ajmain pun ada yang terkena dan kalah dengan
fitnah harta. Bukti paling jelas ialah semasa perang uhud. Arahan Rasulullah
jelas. Jangan tinggalkan posisi kamu selagi tiada arahan dariku, tetapi
selepas mereka melihat yang tentera kafir tergopoh-gapoh berundur, mereka
pun meninggalkan posisi mereka di balik bukit dan berebut-rebut mahu
mengutip ghanimah.

Memang benar islam menyeru umatnya untuk kaya jiwa dan kaya harta. Supaya
apabila harta kita banyak, kita pun boleh menyumbang dengan banyak kepada
agama islam. Kita boleh bina masjid, bina pusat islam, bina pusat dakwah,
bina ketenteraan, dan segala macam sarana yang diperlukan untuk perjuangan
ini.

Tapi apa yang berlaku hari ini, orang kaya yang dekat dengan Allah sangat
sedikit sebaliknya yang kaya dan menjadikannya sombong, takabbur, dan rasa
ala-ala Tuhan, itu ramai sekali. Tak payah nak tunding jari kepada
lelaki-lelaki arab yang gemuk itu. Tunjuk sahaja ke diri kita sendiri.
Berapa banyak yang kita telah belanjakan untuk islam? Adakah kita juga
seperti manusia-manusia tadi, yang sanggup berbelanja sehingga separuh juta
semata-mata untuk satu baris nombor plat kereta murahan sahaja?

Ingat. Allah akan hisab harta-harta kita. Allah akan soal satu soalan yang
mencarik-carik ulu hati kita. Darah kita pada tika itu takkan mengalir. Otot
kita masa itu akan mengejang. Semuanya terkejut, takut.

Hartamu, kemana kamu belanjakan?

Maka mahu dijawab dengan bahasa apa lagikah jika jawapannya ialah yang
terpesong daripada skema syurga.

3. FITNAH KEDUDUKAN.

Hari ini ramai yang mahu jadi pemimpin. Tapi ramai yang tak mahu dipimpin
oleh wahyu. Maka itulah yang berlaku pada pemimpin-pemimpin umat islam.
Makin berkuasa, makin berleluasa. Makin tinggi autoriti, makin hilang
integriti dan dignity!

Abu Dzar al-Ghifari pernah mendatangi Rasulullah S.A.W dan meminta jawatan
daripada Baginda lalu Baginda pun berkata, Aku bimbang kamu tidak layak
untuk memikul amanahnya.

Saidina Umar R.A pula sejak dijadikan khalifah, beliau sudah tidak mampu
untuk tidur lagi. Beliau sudah tak dapat bezakan siang dengan malam.
Kenikmatan rehat sudah tiada baginya. Kerana kata beliau, Aku bimbang jika
aku tidur di siang hari, maka urusanku dengan rakyatku tidak selesai dan aku
juga bimbang untuk tidur di malam hari kerana aku takut urusanku dengan
Allah pula yang tidak selesai.

Kita bercakap fasal kepimpinan, lalu kita pun terbayang kerusi-kerusi empuk
dalam dewan berhawa dingin itu. Tidak semestinya, kerana sabda rasulullah,
Setiap daripada kamu ialah pemimpin. Kita ialah pemimpin dan kita ada orang
yang kita pimpin. Seorang guru memimpin anak murid. Seorang majikan memimpin
pekerjanya. Seorang ayah memimpin anak-anak dan seorang manusia, memimpin
nafsunya.

Jangan cuai dengan tanggungjawab kepimpinan, terutamanya untuk memimpin hati
kita.

Tuesday, September 9, 2014

Apakah erti kemerdekaan?

Assalamualaikum dan Salam Merdeka , 


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57. Semoga pemberian nikmat ini akan berkekalan hendak-Nya. Negara kita telah 57 tahun merdeka namun bagaimana dengan kita sendiri? Sedar atau tidak masih banyak perkara yang kita masih belum merdeka atau lebih tepat sebenar-benar merdeka.

Apakah erti kemerdekaan?

Secara ringkas, kemerdekaan bermaksud kebebasan ataupun berdikari. Adakah kita benar-benar mencapai nikmat kemerdekaan yang sebenar? 

Kita masih belum merdeka dari segi minda


Whatever the mind of a man can conceive and believe, he can achieve.

Majoriti dari kita masih belum merdeka dari segi minda. Kebanyakkan masyarakat kita masih belum percaya dengan kemampuan diri sendiri. Baik dari segi kerjaya atau keusahawan, kita boleh saksikan berapa kerat saja yang benar-benar berjaya, dan pastinya mereka yang berjaya bukan kerana nasib 'baik' menyebelahi mereka, namun kerana mereka yakin dengan kemampuan diri mereka sendiri! 

Kita masih belum merdeka dari segi kehidupan

Cuba kita buat ’spot-check’ terhadap kehidupan seharian kita. Adakah kita sudah merdeka? Sebenarnya kita masih belum merdeka. Ramai masyarakat kita hari ini hidup di atas buah fikiran orang lain. 

Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking.

Sebagai contoh, majoriti masyarakat kita berpendapat kejayaan sesuatu perniagaan diukur melalui jenis kereta yang dinaiki. Kononnya. Maka kita pun berusaha sekuat hati untuk membeli kereta besar walaupun perniagaan masih belum kemana kerana nak buktikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling bahawa kita telah berjaya.

Hey, kamu hidup di atas dasar pemikiran orang lain! Bebanan expenses bulanan kamu yang perlu tanggung dan bukannya ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling!

Beli kereta besar setelah benar-benar kita mampu dan bukannya kerana nak buktikan bahawa kita berjaya kepada orang lain, barulah merdeka. Kadang-kadang kita sendiri masih belum merdeka di dalam membuat keputusan untuk kehidupan kita.

Kita masih belum merdeka dari segi kewangan

Jika kita tidak menjadi Tuan kepada Duit, kita terpaksa menjadi HAMBA kepada hutang.  

Mengikut statistik tahap kewangan rakyat Malaysia, sejujurnya kita sedar bahawa kita masih belum merdeka. Majoriti daripada masyarakat Malaysia masih belum bebas kewangan, malah terus menjadi hamba kepada kewangan.

Masih ramai yang berbelanja melebihi kemampuan dan seterusnya muflis di usia yang muda! Saya telah jumpa ramai individu yang hidup hanya untuk membayar hutang. 

Kita akan merdeka kewangan apabila kita hidup bebas dari hutang. Malah lebih hebat apabila kita mencapai tahap dapat membeli sesuatu tanpa perlu melihat tanda harga dan dapat memberi tanpa perlu mengira.

Kita masih merdeka belum dari segi hati dan jiwa

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, “Hai Anak Adam, sibukkanlah waktumu untuk beribadah kepada-Ku, niscaya Aku akan memberikan kekayaan dihatimu dan Aku akan menghilangkan kemiskinan darimu. Jika tidak Aku akan memasukkan dalam dirimu kesibukan, sedangkan Aku tidak akan menghilangkan kemiskinanmu” (HR Ahmad, Ubnu Majah).

Kehidupan di dunia adalah sementara dan kehidupan di sana adalah yang kekal abadi. Peringatan untuk diri saya sendiri juga yang masih berusaha untuk membebaskan hati dari dunia. Sentisa panjatkan doa kepada Allah agar jangan kerana mengejar dunia maka kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya.

Anas R.A meriwayatkan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang perhatiannya hanya tertuju pada dunia, dan tujuan hidupnya hanya untuk mencari dunia, ia berpergian untuk keperluan dunia dan senantiasa memikirkan dunia maka Allah SWT akan membentangkan dihadapan matanya perasaan takut kepada kemisikinan dan kelaparan. Dan ia akan menghabiskan waktunya untuk memikirkan dan mengkhawatirkan dunia, sedangkan ia hanya akan mendapatkan sekadar yang telah ditakdirkan untuknya.

Barangsiapa yang menumpahkan perhatiannya pada akhirat dan sentiasa memikirkan akhirat, maka Allah SWT akan menyelamatkannya dari kegelisahan dan kebimbangan mengenai dunia. Allah SWT akan mengurniakan kepadanya rasa puas dan tidak berhajat kepada benda dunia. Allah SWT akan mempermudah segala urusannya, dan dunia akan datang sendiri dalam keadaan hina.”

Terima kasih kerana sudi membaca emel ini sehingga ke penghujung, sama-sama kita panjatkan doa kepada Ilahi agar kita menjadi seorang Hamba yang benar-benar Merdeka duniawi dan ukhrawi kerana itulah yang kita inginkan, kebahagiaan di dunia untuk dijadikan bekalan untuk mendapat kebahagiaan hakiki di akhirat nanti. 




Sumber : A. Humaizi

Thursday, July 24, 2014

12 Kaum Yang Dibinasakan Allah

Kaum Yang Dibinasakan Allah.Assalamualaikum dan selamat sejahtera, dalam Al- Quran, banyak diceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah disebabkan mereka mengingkari utusanNya dan melakukan pelbagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut adalah kaum-kaum yang dibinasakan.

12 Kaum Yang Dibinasakan Allah
1. Kaum Nabi Nuh 
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (QS Al-Ankabut : 14).

2. Kaum Nabi Hud 
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (QSAttaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum Nabi Saleh 
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth 
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu melakukan hubungan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Walaupun sudah diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (QS Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Walaupun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (QS AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).
6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di musium mumia di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (Qs Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12). 

9. Ashab Al-Ukhdudd 
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga tengah mengandung seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (QS Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah 
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan air (QS Addukhan: 37).

12. Kaum Saba 
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).

Sunday, May 25, 2014

17 Self-Help Books Everyone Should Read



1. The 7 Habits of Highly Effective People by Stephen R. Covey

2. Quiet: The Power of Introverts in a World That Can’t Stop Talking by Susan Cain

3. A New Earth: Awakening to Your Lifes Purpose by Eckhart Tolle

4. Awaken the Giant Within: How to Take Immediate Control of Your Mental, Emotional, Physical and Financial Destiny by Anthony Robbins

5. The 5 Languages of Love: The Secret to Love that Lasts by Gary Chapman

6. How to Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk by Adele Faber & Elaine Mazlish

7. The Tapping Solution: A Revolutionary System for Stress-Free Living by Nick Ortner

8. The Power of Habit: Why We Do What We Do in Life and Business by Charles Duhigg

9. How to Win Friends and Influence People by Dale Carnegie

10. How to Develop Self-Confidence and Influence People by Public Speaking by Dale Carnegie

11. Eat That Frog!: 21 Great Ways to Stop Procrastinating and Get More Done in Less Time by Brian Tracy

12. Organizing from the Inside Out by Julie Morgenstern

13. Mans Search for Meaning by Viktor Frankl

14. Think and Grow Rich by Napoleon Hill

15. Learned Optimism: How to Change Your Mind and Life by Martin Seligman

16. The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness by Stephen R. Covey

17. The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment by Eckhart Tolle

Get inspired and motivated as you indulge in this collection and most importantly, act on what you learn!

Thursday, April 3, 2014

Perumpamaan Semut Dengan Manusia


Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Kali ni saya ajak anda memikirkan tentang Surah Semut dan Lebah yang Allah sebutkan di dalam al-Quran. Mungkin anda dah tahu atau dapat agak apa yang saya nak sampaikan di sini. Jadi, kalau anda tak mahu baca terpulanglah. Tapi, jika anda rasakan apa yang akan saya coretkan nanti boleh memberikan manfaat, maka saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menambah ilmu atau mengingatkan semula ilmu yang telah anda pelajari sebelum ini.( recalled)

1.  Kenapa Allah turunkan Surah Semut (An- Naml)?  Kehidupan semut ni layak dijadikan sebagai contoh kerjasama kita dalam masyarakat manusia. 

2.          Mereka duduk di dalam tanah dan berkelompok. Masyarakat semut ni hidup secara berdisiplin dan menjalankan tugas masing-masing.

3.          Permaisurinya hanya melahirkan anak saja. Ada pengawal yang akan menjaga lava-lava. Mereka tak ada nak pilih kroni atau adik beradik, tetapi mereka menjaga semua lava dengan baik. 

4.          Manusia sekarang bukan saja nak jaga orang lain, keluarga sendiri pun dianiayai dan ada yang tergamak merosakkan dan membunuh ahli keluarga yang sepatunya dijaga dan dilindungi kerana mereka adalah amanah Allah.

5.          Koloni semut ni membina rumah untuk dijadikan tempat menyimpan makanan semasa musim sejuk. Rumah mereka tu sentiasa nyaman, bukan macam rumah kita ni. 

6.          Rumah semut ada liang dan ruang yang bertingkat-tingkat. Kalau dulu senang kita nak tengok rumah semut, tapi sekarang ni semut dah tak boleh hidup di dalam kawasan manusia. Mereka akan dibunuh dan tak dibagi can nak hidup.

7.         Kalau dulu, anai-anai senang nak buat rumah. Sekarang ni, mereka hanya ada peluang nak dirikan rumah jika rumah tu terbengkalai.

8.         Kalau anda nak tahu, Labu Sayong tu dibuat dari camporan tanah busut semut yang terdapat di tepi Sungai Perak. Sekarang sudah tak ada dah. Labu dulu tu banyak khasiatnya. Air yang disimpan dalam labu tu digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.

9.          Walaupun bilangannya berjuta, tapi semut ni dah tak ada rasa dengki atau nak rebut kuasa dalam koloni mereka. Yang mereka tahu hanya melaksanakan tugas mereka.

10. Kalau ada musuh nak menyerang mereka, tentera mereka akan bersiap sedia untuk mempertahankan ahli koloni mereka.

11.       Orang tua-tua dulu ada mengatakan kalau nak tahu kawasan tempat kita nak banjir ke tidak, tengoklah semut hitam. Kalau mereka dah naik kat atas lantai rumah kita, tu pertanda rumah kita nak kene banjir atau kawasan rumah kita kemungkinan menghadapi hujan lebat atau nak banjir.

12.       Semut ni pandai buat jambatan. Kalau nak meniti dari dahan pokok ke dahan lain, mereka akan mengunakan larva dan menyusun diri mereka sampai dapat menjadikan daun pokok untuk menjadi jambatan.

13.       Mereka tak pernah merungut atau jemu melakukan sesuatu projek sehingga siap, contohnya jambatan tadi.

14.       Makhluk Allah selain manusia biasanya mendapat petanda kalau sesuatu perkara sama ada yang baik atau keburukan akan berlaku.

15.       Macam mana semut nak larikan diri atau musnah kene banjir? Mereka akan berkumpul beramai-ramai dan menjadi seperti permaidani bulat.

16.       Permaidani ni akan mengharungi banjir dengan selamat dan tidak tenggelam sehingga sampai di kawasan yang kering.

17.       Keselamatan mereka akan terjamin kecuali jika ada pemangsa seperti burung kecil dan ikan. Mereka yang selamat tidak akan berputus asa dan membina semula koloni baru.

18.       Dalam Surah an-Naml, ada di sebut tentang kisah seekor semut yang beri amaran kepada bala tentera semut supaya masuk ke sarang –sarang mereka kerana tentera Nabi Sulaiman nak lalu.

19.       Bayangkan semut sekecil tu suaranya didengari oleh manusia yang diberi keistimewaannya. Untuk mendengar suara semut. Oleh itu, kita hendaklah percaya dan yakin yang Allah S. W. T akan mendengar permohonan dan permintaan kita.

20.       Bayangkan kekuasaan Allah yang menjadikan alam ini dan kita sebagai salah satu dari makhluknyayang diizinkan tinggal di dunia ini sehingga maut menjemput kita.

21.       Kenapa kita tak ambil iktibar dari al-Quran untuk melaksanakan tugas kita di dunia ni? Kenape nak ada Perasaan Hasad Dengki dalam diri kita. 

22.       Jangan suka bandingkan diri kita dengan orang yang bernasib baik dari kita. Kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dengan usaha kita sendiri.

23. Cuba kita renungkan pulak tentang koloni lebah. Lebah juga hidup seperti koloni semut. Allah S. W. T. Telah mewahyukan lebah supaya membuat sarang mereka di bukit-bukit, di gunung-gunung dan di tempat yangkhas dibina oleh manusia untuk mereka.

24.       Rasulullah sudah beritahu kita tentang lebah yang boleh diternak melalui firman Allah Taala ni. Mereka hanya makan buah-buahan dan debunga dari bunga-bungaan. Khasiat yang kita dapat daripada lebah tak boleh dipertikaikan lagi.

25.       Kita kata spesis yang sama dengan lebah semuanya jahat dan mengancam nyawa kalau kene gigit. Yang hampa pi kacau sarang tebuan, penyengat atau lebah tu sapa sughuh? Padanlah muka!

26.       Kita suka belajar perkara yang buruk daripada binatang, tapi yang baik tak mau pulak nak fikirka tentang pengajaran atau tauladan yang kita dapat daripadanya.

27.        Kita jangan nak bangga diri kalau kita dah berjaya. Bacalah Surah MaΓ‘rij, ayat 19 hingga 27.

28.        Bila manusia ni susah, dia akan keloh kesah. Tapi bila dah senang , dia mula kedekut dan nak memikirkan kekayaan semuanya atas usahanya sahaja. Bila Allah S.W.T. Dah tarik barik balik nikmat, barulah nak menyesal.

29.       Kalau orang yang menjaga solatnya akan selamat kerana dia bukanhanya memikirkan nikmat Allah tu untuk dia sahaja, tetapi untuk dikongsi dengan orang lain seperti yang disebutka dalam ayat-ayat di dalam Surah al MaΓ‘rij tadi.


Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Serba sedikit perkara yang perlu kita sedari bahawa Allah telah menjadikan haiwan secomel semut dan lebah untuk dijadikan panduan dan teladan hidup kita dalam menjalankan tanggungjawab bersama sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini.


Sekian dulu, wassalam.   

sumber:http://bradokapak.blogspot.com/2014/03/perumpamaan-semut-dengan-manusia.html