Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.
Kali ni saya ajak anda memikirkan tentang Surah Semut dan Lebah yang Allah sebutkan di dalam al-Quran. Mungkin anda dah tahu atau dapat agak apa yang saya nak sampaikan di sini. Jadi, kalau anda tak mahu baca terpulanglah. Tapi, jika anda rasakan apa yang akan saya coretkan nanti boleh memberikan manfaat, maka saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menambah ilmu atau mengingatkan semula ilmu yang telah anda pelajari sebelum ini.( recalled)
1. Kenapa Allah turunkan Surah Semut (An- Naml)? Kehidupan semut ni layak dijadikan sebagai contoh kerjasama kita dalam masyarakat manusia.
2. Mereka duduk di dalam tanah dan berkelompok. Masyarakat semut ni hidup secara berdisiplin dan menjalankan tugas masing-masing.
3. Permaisurinya hanya melahirkan anak saja. Ada pengawal yang akan menjaga lava-lava. Mereka tak ada nak pilih kroni atau adik beradik, tetapi mereka menjaga semua lava dengan baik.
4. Manusia sekarang bukan saja nak jaga orang lain, keluarga sendiri pun dianiayai dan ada yang tergamak merosakkan dan membunuh ahli keluarga yang sepatunya dijaga dan dilindungi kerana mereka adalah amanah Allah.
5. Koloni semut ni membina rumah untuk dijadikan tempat menyimpan makanan semasa musim sejuk. Rumah mereka tu sentiasa nyaman, bukan macam rumah kita ni.
6. Rumah semut ada liang dan ruang yang bertingkat-tingkat. Kalau dulu senang kita nak tengok rumah semut, tapi sekarang ni semut dah tak boleh hidup di dalam kawasan manusia. Mereka akan dibunuh dan tak dibagi can nak hidup.
7. Kalau dulu, anai-anai senang nak buat rumah. Sekarang ni, mereka hanya ada peluang nak dirikan rumah jika rumah tu terbengkalai.
8. Kalau anda nak tahu, Labu Sayong tu dibuat dari camporan tanah busut semut yang terdapat di tepi Sungai Perak. Sekarang sudah tak ada dah. Labu dulu tu banyak khasiatnya. Air yang disimpan dalam labu tu digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.
9. Walaupun bilangannya berjuta, tapi semut ni dah tak ada rasa dengki atau nak rebut kuasa dalam koloni mereka. Yang mereka tahu hanya melaksanakan tugas mereka.
10. Kalau ada musuh nak menyerang mereka, tentera mereka akan bersiap sedia untuk mempertahankan ahli koloni mereka.
11. Orang tua-tua dulu ada mengatakan kalau nak tahu kawasan tempat kita nak banjir ke tidak, tengoklah semut hitam. Kalau mereka dah naik kat atas lantai rumah kita, tu pertanda rumah kita nak kene banjir atau kawasan rumah kita kemungkinan menghadapi hujan lebat atau nak banjir.
12. Semut ni pandai buat jambatan. Kalau nak meniti dari dahan pokok ke dahan lain, mereka akan mengunakan larva dan menyusun diri mereka sampai dapat menjadikan daun pokok untuk menjadi jambatan.
13. Mereka tak pernah merungut atau jemu melakukan sesuatu projek sehingga siap, contohnya jambatan tadi.
14. Makhluk Allah selain manusia biasanya mendapat petanda kalau sesuatu perkara sama ada yang baik atau keburukan akan berlaku.
15. Macam mana semut nak larikan diri atau musnah kene banjir? Mereka akan berkumpul beramai-ramai dan menjadi seperti permaidani bulat.
16. Permaidani ni akan mengharungi banjir dengan selamat dan tidak tenggelam sehingga sampai di kawasan yang kering.
17. Keselamatan mereka akan terjamin kecuali jika ada pemangsa seperti burung kecil dan ikan. Mereka yang selamat tidak akan berputus asa dan membina semula koloni baru.
18. Dalam Surah an-Naml, ada di sebut tentang kisah seekor semut yang beri amaran kepada bala tentera semut supaya masuk ke sarang –sarang mereka kerana tentera Nabi Sulaiman nak lalu.
19. Bayangkan semut sekecil tu suaranya didengari oleh manusia yang diberi keistimewaannya. Untuk mendengar suara semut. Oleh itu, kita hendaklah percaya dan yakin yang Allah S. W. T akan mendengar permohonan dan permintaan kita.
20. Bayangkan kekuasaan Allah yang menjadikan alam ini dan kita sebagai salah satu dari makhluknyayang diizinkan tinggal di dunia ini sehingga maut menjemput kita.
21. Kenapa kita tak ambil iktibar dari al-Quran untuk melaksanakan tugas kita di dunia ni? Kenape nak ada Perasaan Hasad Dengki dalam diri kita.
22. Jangan suka bandingkan diri kita dengan orang yang bernasib baik dari kita. Kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dengan usaha kita sendiri.
23. Cuba kita renungkan pulak tentang koloni lebah. Lebah juga hidup seperti koloni semut. Allah S. W. T. Telah mewahyukan lebah supaya membuat sarang mereka di bukit-bukit, di gunung-gunung dan di tempat yangkhas dibina oleh manusia untuk mereka.
24. Rasulullah sudah beritahu kita tentang lebah yang boleh diternak melalui firman Allah Taala ni. Mereka hanya makan buah-buahan dan debunga dari bunga-bungaan. Khasiat yang kita dapat daripada lebah tak boleh dipertikaikan lagi.
25. Kita kata spesis yang sama dengan lebah semuanya jahat dan mengancam nyawa kalau kene gigit. Yang hampa pi kacau sarang tebuan, penyengat atau lebah tu sapa sughuh? Padanlah muka!
26. Kita suka belajar perkara yang buruk daripada binatang, tapi yang baik tak mau pulak nak fikirka tentang pengajaran atau tauladan yang kita dapat daripadanya.
27. Kita jangan nak bangga diri kalau kita dah berjaya. Bacalah Surah MaΓ‘rij, ayat 19 hingga 27.
28. Bila manusia ni susah, dia akan keloh kesah. Tapi bila dah senang , dia mula kedekut dan nak memikirkan kekayaan semuanya atas usahanya sahaja. Bila Allah S.W.T. Dah tarik barik balik nikmat, barulah nak menyesal.
29. Kalau orang yang menjaga solatnya akan selamat kerana dia bukanhanya memikirkan nikmat Allah tu untuk dia sahaja, tetapi untuk dikongsi dengan orang lain seperti yang disebutka dalam ayat-ayat di dalam Surah al MaΓ‘rij tadi.
Artikel ini ditulis oleh "Sang Pencheritera". Serba sedikit perkara yang perlu kita sedari bahawa Allah telah menjadikan haiwan secomel semut dan lebah untuk dijadikan panduan dan teladan hidup kita dalam menjalankan tanggungjawab bersama sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini.
Sekian dulu, wassalam.
sumber:http://bradokapak.blogspot.com/2014/03/perumpamaan-semut-dengan-manusia.html
No comments:
Post a Comment