Thursday, January 3, 2013

Sedekah Ghaibkan Hutang (2)


Sedekah Ghaibkan Hutang (2)

Seandainya kita mempunyai rezeki lebih untuk sedekah pada tiap hari, teruskan. Apabila kita gandakah sedekah, ia dinamakan ‘Sedekah Ghaibkan Hutang’. Di samping itu, bersedekah juga untuk mempercepat rezeki dengan lebih deras.

Seperti yang kita tahu, tiap sedekah yang kita labur, PASTI mendapat ganjaran 10-700 kali ganda. Ia terbukti dalam sebuah hadis;
“Jika dia berkeinginan melakukan kebaikan, kemudian ia melakukannya, Allah mencatat untuknya 10-700 kali lipat kebaikan sampai tidak terhingga." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Potensi sedekah
Sedekah    Ganjaran
RM1           RM10-RM700
RM10         RM100-RM7,000
RM100       RM1,000-RM70,000

Teknik ini juga boleh digunakan untuk langsaikan hutang. Contoh, kita ada RM10. Hutang kita bernilai RM100. Dengan menyedekahkan RM10, kita PASTI dibalas RM100, sekaligus dapat membayar hutang kita.
Bagi mendapatkan rezeki lebih daripada mencukupi, sedekahkan amaun lebih 10% daripada hutang kita. Contoh, kita sedekah RM10 untuk membayar hutang bernilai RM100.

Apabila kita menggandakan sedekah kepada RM20, kita pasti dibalas RM200 yang memberi ganjaran lebih daripada mencukupi iaitu lebih daripada hutang kita.

Yakin dalam diri dan ikhlas ketika bersedekah. Kerana tidak semestinya setiap ganjaran itu berbentuk matawang di samping itu ganjaran seperti dipermudahkan urusan untuk beramal mengerjakan ibadah (Badan cergas &Akal cerdas), dijauhkan dari perkara tidak baik(bencana/musibah), di sengangi oleh orang sekeliling (silaturrahim), dipelawa/dibelanja makan dan yang seumpama denganya  juga adalah antara bentuk ganjaran yang diberikan kepada kita oleh Allah SWT.
Jazza kallahu khaira , Amin..




Hadis Nabi berkenaan Sedekah sebagai rujukan;

1.Bersedekah Dari Harta Yang Halal

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )

Dari Ibnu Mas’ud ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Siapakah di antara kamu yang hanya warisannya lebih dicintainya daripada harta sendiri?” Mereka menjawab : Wahai Rasulullah, tidaklah ada seorang di antara kami yang harta warisannya lebih dicintai dari hartanya sendiri. Lalu Nabi s.a.w bersabda “ Maka sesungguhnya yang menjadi harta seseorang adalah apa yang telah di[ersiapkan untuk akhiratnya dan harta warisannya adalah apa yang ia tinggalkan untuk ahli warisnya .”  ( HR Bukhari dan Nasa’i )

Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma .”
( HR Ahmad dengan sanad sahih )

Dari Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemarahan Tuhan dan mencegah kematian yang buruk .”
( HR Thabrani, dia menghasankannya dan disahkan oleh Ibnu Hiban )

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Sungguh aku akan mengeluarkan sedekah , lalu ia berikan sedekah itu di tangan pencuri, kemudian besok paginya mereka memperkatakan peristiwa tersebut : “ Kamu semalam telah memberi sedekah kepada seorang pencuri . Kemudian Nabi bersabda “ Wahai Tuhan, bagi-Mulah segala puji, kerana orang itu telah memberi sedekah kepada pencuri . Ia berkata : “ Sesungguhnya aku akan mengeluarkan sedekah; lalu ia keluarkan sedekahnya, kemudian ia berikan kepada seorang perempuan penzina. Lalu besok paginya mereka memperkatakan kejadian itu. Katanya : “ Engkau semalam memberikan sedekah kepada seorang perempuan zina .” Baginda bersabda : “ Wahai Tuhanku , bagi-Mulah segala puji, kerana sedekah yang diberikan kepada seorang perempuan pezina. Sungguh aku akan bersedekah dengan suatu sedekah, lalu ia keluarkan sedekah, kemudian ia berikan ke tangan seorang berkecukupan. Lalu mereka memperkatakan kejadian itu : “ Engkau semalam telah memberikan sedekah kepada seseorang yang berkecukupan. Lalu baginda bersabda “ Wahai Tuhanku, bagi-Mulah segala puji, kerana orang itu telah memberikan sedekah kepada seorang pencuri, seorang perempuan pezina dan seorang yang berkecukupan. Lalu dikatakan kepadanya :  “ Adapun sedekahmu kepada seorang pencuri, maka mudah-mudahan si pencuri itu akan menghentikan dirinya dari perbuatan mencuri. Adapun sedekahmu kepada seorang perempuan pezina, mudah-mudahan dapat mencegah perempuan itu dari perbuatan zina ; sedangkan sedekahmu kepada orang yang berkecukupan , maka mudah-mudahan orang itu mengambil pelajaran dari kejadian itu, sehingga mahu mengeluarkan derma dari harta yang Allah berikan kepadanya .” ( HR Bukhari Muslim , tetapi lafaz ini ada pada sisi Bukhari )

Dan pada riwayat Muslim disebutkan : “ Adapun sedekahnya itu sesungguhnya telah diterima .”

Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .”
( HR Baihaqi )

Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya; dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk; serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” ( HR Thabrani )


2. Keutamaan Sedekah Orang Miskin

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Satu dirham mengalahkan 100.000 dirham.” Lalu seseorang bertanya : Bagaimana hal itu boleh terjadi , wahai Rasulullah?”
Sabdanya “ Seseorang mempunyai harta yang banyak sekali, kemudian ia mengambil dari hartanya itu 100.000 dirham untuk disedekahkan . Tetapi ada seseorang yang tidak mempunyai apa-apa , kecuali hanya 2 dirham, lalu yang 1 dirham ia ambil untuk disedekahkan .” ( HR Nasa’i dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )

Dari Umi Najid , sesungguhnya ia bertanya : Wahai Rasulullah SAW ! Sungguh seorang miskin berdiri di depan pintuku , tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang dapat aku berikan kepadanya. Lalu Nabi bersabda kepadanya : “ Sekiranya engkau tidak mendapatkan sesuatu yang dapat diberikan kepadanya, kecuali sebelah kuku kambing atau lembu , maka berikanlah barang itu kepadanya .” ( HR Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban )

Dalam riwayat Ibnu Hiban dikatakan : “ Janganlah engkau menolak orang yang meminta kepadamu , walaupun engkau memberikan kepadanya sebelah kuku lembu atau kambing .”


3. Sedekah Secara Tertutup

Dari Abi Umamah, ia berkata : Rasulullah SAW, bersabda : “ Orang yang melakukan perbuatan makruf, bererti dia menjaga dirinya dari permusuhan yang tidak baik ; sedangkan bersedekah dengan sembunyi-sembunyi , bererti memadamkan kemurkaan Tuhannya ; dan melakukan silaturahim akan memanjang umur .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan )


4. Mengutamakan Sedekah Kepada Keluarga Terdekat

Dari Salman bin Amir dari Nabi SAW sabdanya : “ Bersedekah kepada seorang miskin pahalanya satu ; dan kepada orang-orang yang ada hubungan kerabat pahalanya dua , iaitu pahala sedekah dan pahala kekerabatan .” ( HR Nasa’i dan Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )

Lafaz yang ada pada sisi Ibnu Khuzaimah menyebutkan : “ Dan pada orang-orang yang punya hubungan dekat, bernilai dua , iaitu sedekah dan hubungan kekerabatan .

Dari Hakim bin Hizam : Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang berbagai sedekah , manakah di antaranya yang paling utama . Sabdanya “ Sedekah yang diberikan kepada seorang kerabat yang membenci dirinya .” ( HR Ahmad dan Thabrani )

Dari Abdullah bin Mas’ud , dari Nabi SAW , baginda bersabda “ Tiap pinjaman adalah sedekah .”
( HR Thabrani dengan sanad hasan dan juga diriwayatkan oleh Baihaqi )

Dari Bahz Ibnu Hakim dari bapanya dari datuknya , ia berkata : Aku berkata : Wahai Rasulullah , siapakah orang yang paling patut aku beri layanan baik ? Sabdanya “ Ibumu , kemudian ibumu , kemudian ibumu , kemudian bapamu , kemudian kerabatmu , lalu kerabatmu yang lebih dekat .” Kemudian Rasulullah SAW bersabda “ Seseorang tiada meminta kepada orang yang berhak membiayainya sesuatu harta yang ada pada dirinya , tetapi ia enggan untuk memberikannya , maka nescaya kelak pada hari kiamat hartanya yang enggan ia berikan kepada orang yang memintanya itu akan menjadi lembu ganas bertanduk .”
( HR Abu Dawud dan lafaz ini ada pada sisi Abu Dawud )

Juga diriwayatkan oleh Nasa’i , Tirmizi dan dihasankan oleh Tirmizi .


5. Memberi Pinjaman Termasuk Sedekah

Dari Abdullah bin Mas’ud , dari Nabi SAW , beliau bersabda “ Tiap pinjaman adalah sedekah .”
( HR Thabrani dengan sanad Hasan dan juga diriwayatkan oleh Baihaqi )

Dari Abdullah bin Mas’ud , ia berkata : Tiada seseorang Muslim yang memberikan pinjaman kepada saudaranya yang muslim sekali melainkan akan dicatat sebagai dua sedekah bagi dirinya .”
( HR Ibnu Majah dan disahkan oleh Ibnu Hiban )

Juga diriwayatkan oleh Baihaqi secara marfuk mahupun mauquf .


6. Meringankan kesulitan Orang Lain

Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa meringkankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringkan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,” ( HR Muslim )

Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hiban dan Thabrani , tetapi pada Thabrani dengan lafaz :  Aku bersaksi dengan nama Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya aku pernah mendengar baginda bersabda “ Sesungguhnya manusia pertama yang mendapatkan naungan pada hari kiamat dengan naungan Allah ialah seseorang yang memberikan penundaan bagi orang yang berhutang kepadanya tetapi dalam kesulitan untuk mengembalikannya , sehingga orang itu mampu untuk mengembalikannya atau ia mensedekahkan hutangnya itu kepadanya . Ia berkata : Hartaku yang engkau pinjam itu menjadi sedekah , demi mencari keredhaan Allah ; dan kemudian ia baker catatan hutang orang itu .” Di dalam Syarah Sunan Bahawi, dengan lafaz : “ Barangsiapa membebaskan seseorang yang terbelit oleh hutang , maka kelak pada hari kiamat ia akan berada di bawah naungan ‘Arsy’ .” Dan pada Abdullah bin Ahmad dalam Zaidatul Musnad disebutkan :
“ Allah akan menaungi seseorang hamba dengan naungan-Nya pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya , iaitu orang memberikan kelonggaran pembayaran hutang dari orang-orang yang tersepit atau menghapuskannya dari orang-orang yang dibebani oleh hutang .”
( HR Thabrani di dalam Al Kabiir dari As’ad bin Zurarah dan pada kitab Al Ausath , hadith dari Syadad bin Aus )

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “ Ada seseorang yang biasa memberikan hutang kepada orang ramai , lalu ia berkata kepada pelayannya ; Apabila engkau menagih kepada orang-orang yang dalam kesulitan, maka hendaklah dia engkau beri penundaan . Mudah-mudahan Allah pun akan menghapuskan rintangan-rintangan kita. Kemudian ia menemui Allah (Wafat) , maka Allah menghapuskan dosa-dosanya .” ( HR Bukhari dan Muslim )


7. Bersedekah Setiap Hari

Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda “ Tiada hari melainkan pasti ada dua malaikat yang turun dari langit . Salah seorangnya berkata : Allahunima A’thi munfiqan khalafan ( Ya Allah berikanlah pengganti kepada orang-orang yang berderma ) Sedangkan yang kedua berkata : Allahumma A’thi mumsikan talafan ( Ya Allah turunkanlah kebinasaan kepada orang-orang yang bakhil ) .” ( HR Bukhari dan Muslim )

Dari Ibnu Mas’ud , dia berkata : Nabi SAW masuk ke rumah Bilal dan di rumahnya terdapat semangkuk kurma . Lalu beliau bertanya : “ Barang apakah ini hai Bilal ?” Aku persiapkan untuk tamu-tamuku . Lalu Nabi bersabda : “ Tidaklah kamu takut kelak , kamu akan mendapatkan azab dari api neraka ? Bedermalah wahai Bilal dan janganlah engkau khuatir menjadi kekurangan dari pemberian Tuhan yang memiliki ‘Arasy’ .”
( HR Al Bazaar dengan sanad hasan ) Juga diriwayatkan oleh Thabrani

Dari Asma binti Abu Bakar , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Janganlah engkau tutup mangkukmu , supaya tiada tertutup rezeki bagi dirimu .”  Dan pada riwayat lain disebut :           “ Keluarkanlah derma atau bermurah hatilah kamu dan jangan kamu mengungkit-ungkit kerana kelak kamu akan diungkit oleh Allah ; dan janganlah kamu mengungkit-ungkit apa yang telah engkau berikan kepada orang kerana wngkau kelak akan diungkit oleh Allah .”(HR Bukhari & Muslim)

Ibnu Hiban meriwayatkan dari Anas : Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah menyiapkan makanan apa pun untuk persiapan besok pagi .” ( HR Ahmad & Abu Ya’la )



Dari Abdullah bin Amr , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa memberi minum kepada saudaranya , hingga kenyang dan memberi minum kepadanya , hingga ia kenyang , pasti kelak Allah akan menjauhkan dia dari seksaan api neraka sejauh 7 khandak , masing-masing khandak jauhnya 100 tahun perjalanan .” ( HR Thabrani dan Abu Syaikh dan juga riwayat Baihaqi dan disahkan oleh Hakim )

Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Pada hari kiamat kelak Allah akan berseru kepada manusia : “ Wahai Ibnu Adam , Aku dahulu sakit, tetapi engkau tidak menjenguk-Ku.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku menjenguk-Mu, padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam ? . Firman-Nya : “ Tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya hamba-Ku, si Fulan telah sakit,tetapi engkau tidak menjenguknya; tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya kalau kamu mahu menjenguknya, nescayalah engkau akan menemui Aku di sisinya. Wahai Ibnu Adam, Aku meminta makan kepadamu, tetapi engkau tidak memberi-Ku makan.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi makan kepada-Mu, padahal Engkau Tuhan seru sekalian alam ? Firman-Nya : “ Tidakkah engkau ketahui sesungguhnya hamba-Ku si Fulan telah meminta makan kepadamu,tetapi engkau tidak mahu memberinya makan; tidakkah engkau ketahui, sesungguhnya kalau kamu mahu memberinya makan, nescaya engkau akan menemui hal itu di sisi-Ku. Wahai Ibnu Adam, Aku telah meminta minum kepadamu, tetapi kamu tidak mahu memberi minum kepada-Ku.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi minum kepada-Mu, padahal engkau Tuhan seru sekalian alam? Lalu Tuhan berfirman : “ Telah meminta minum kepadamu hamba-Ku, si Fulan, tetapi engkau tidak memberinya minum. Bilamana engkau mahu memberinya minum, nescaya engkau akan mendapati hal itu di sisi-Ku .”  (HR Muslim )


8. Memberi Makan Sesama Mukmin

Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab, katanya Rasulullah pernah ditanya oleh orang, manakah amalan yang paling utama. Sabdanya : “ Iaitu engkau memasukkan rasa gembira kepada seorang mukmin dengan jalan engkau memberinya makan ketika ia dalam keadaan lapar; atau memberinya pakaian ketika ia dalam keadaan telanjang; atau engkau mahu membantu memenuhi keperluannya .”  ( HR Thabrani di dalam Kitab Ausath )

Juga diriwayatkan oleh Abu Syaikh di dalam Tasawab hadith dari Ibnu Amr disebutkan dalam riwayat itu “ Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah memasukkan rasa kegembiraan pada waktu seorang muslim atau menyingkirkan kesusahan dari dirinya atau mengusir rasa lapar dari dirinya atau engkau turut membantu melunasi hutangnya .”


9. Memberi Minum Haiwan

Dari Abu Hurairah , ia berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Ketika seseorang lelaki berjalan di tengah jalan terik matahari sangat panasnya . Kemudian ia mendapati sebuah telaga, lalu ia turun, kemudian ia minum dari air itu, lalu ia keluar. Tiba-tiba seekor anjing terengah-engah dan menjilat pasir kerana kehausan. Lalu orang itu berkata dalam dirinya : Sesungguhnya anjing ini telah mengalami kehausan seperti kehausan yang telah menimpa diriku. Lalu ia turun ke telaga, kemudian memenuhi kasutnya dengan air, lalu ia gigit kasut itu dengan mulutnya sampai ia naik ke atas kemudian ia memberi minum kepada anjing itu, maka bersyukurlah Allah kepadanya dan mengampuni segala dosanya.” Lalu para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, apakah dalam mengurus binatang-binatang kami mendapatkan pahala? Sabdanya : “ Pada setiap makhluk yang berdenyut jantungnya ada pahala .” ( HR Bukhari Muslim)

Dan dalam riwayat Ibnu Hiban dikatakan : “ Allah bersyukur kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga .”


10. Bersedekah Atas Nama Ibu Bapa Yang Meninggal

Dari Anas : Sesungguhnya Sa’id Ubadah dating kepada Nabi SAW, lalu ia berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal, tetapi beliau tidak memberiku wasiat. Apakah bermanfaat bagi dirinya kalau aku mengeluarkan sedekah atas namanya? Nabi bersabda : “ Ya. Dan hendaklah engkau memberikan sedekah dengan air .”
( HR Thabrani dalam Al Ausath dan para riwayat dipercayaai )

Diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dari Sa’id bin Ubadah sendiri : Ia berkata : Wahai Rasulullah , ibuku telah meninggal, maka sedekah apakah yang lebih baik? Sabdanya : “ Air.” Lalu dia menggali sebuah telaga dan katanya : “ Telaga ini adalah untuk Ibu Sa’id .”
( HR Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban )



11. Berterima Kasih Kepada Pemberi Sedekah

Dari Usamah bin Zaid , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa diberi layanan baik, maka hendaklah ia berkata kepada pelakunya  : Jazza kallahu khaira ( Mudah-mudahan Allah memberi balasan kebaikan kepadamu )

Jika ia mengatakan demikian, maka sesungguhnya dia telah memberikan pujian dengan sebaik-baiknya . Dan dalam satu riwayat dikatakan : “ Barangsiapa diberikan kebaikan atau mendapat perlakuan kebaikan dan sejenisnya .” ( HR Tirmidzi,ia mengatakan hadith ini hasan garib )

Dan diriwayatkan oleh Thabrani dalam Kitab Ash Shaghir secara ringkas, dikatakan : “ Apabila seseorang mengatakan : Jazza kallahu khaira ( Mudah-mudahan Allah memberikan balasan kebaikan kepadamu ), maka sesungguhnya ia telah memberikan pujian yang sangat besar .”

Dari Asy’ats bin Qays, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya orang yang paling bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling dapat menerima kasih kepada sesama manusia.” Dalam satu riwayat dikatakan : “ Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak dapat berterima kasih kepada sesama manusia .” ( HR Ahmad dan rawi-rawinya adalah orang yang dipercayai )

Wednesday, January 2, 2013

8 tips to help manage your files


Have you ever kept a client or your boss waiting on the phone while you've searched the piles of papers on your desk/PC for an important document?

How much of our and other people's time are wasted if we can't find the documents and papers we need, when we need them?

Even in the age of email and the Internet, we still deal with many paper documents and files that we need to process and, usually, store to retrieve later. 

All too often, this adds to our stress, and makes the task of putting the data to use more difficult than it ought to be. So we need to get more organized and efficient with our file management if we're going to get our work done in a timely manner.

When you receive a document from anybody, it's tempting to "just put it away" in a pile on your desk or drawer for the time being. "Hmm. looks interesting, but I'll take a closer look at this LATER, when I've got more time." Sound familiar? After a while, many such documents build up, leading to a lot of MESS. 

It's highly unlikely that you'll ever find time to go back and get all of that information organized, especially considering that you're usually under pressure with other things.

Effective File Management

Here are 8 tips to help manage your files (store the information in folders – by category, and in a sequence that makes sense to you):

1. Avoid saving unnecessary documents – Don't make a habit of saving everything that finds its way to you. Take a few seconds to glance through the content, and save a file only if it's relevant to your work activity. Having too many unnecessary documents adds to mess and makes it harder to find things in the future. Be selective about what you keep!

2. Follow a consistent method for naming your files and folders –For instance, divide a main folder into subfolders for customers, vendors, and co-workers. Give shortened names to identify what or whom the folders relate to. 

3. Store related documents together, whatever their type – For example, store reports, letters, presentation notes, spreadsheets, and graphics related to a particular project in a single folder – rather than having one folder for presentations for all projects, another folder for spreadsheets for all projects, and so forth. This way, it's much quicker to find documents for a particular project. 
(Eg: Work/2012/Project for CCTV SCS/Slides, Work/2012/Project for CCTV SCS/Drawings)

4. Separate ongoing work from completed work – Some people prefer to keep current or ongoing work on their desk until a job is completed. Then, once it's done, they move it to the appropriate location, where files of the same category are stored. At periodic intervals (for example, weekly or every two weeks), move files you're no longer working on to the folders where your completed work is stored.


5. Avoid overfilling folders – If you have a large number of files in one folder, or a large number of subfolders in a main folder, break them into smaller groups (subfolders or sub-subfolders). The idea is to place every file into a logical folder or subfolder, rather than have one huge list of files.

6. Make digital copies of paper documents with a scanner – This is useful if you don't have much space to store paper documents, or if you want to archive documents without destroying them completely. (This won't be appropriate for all types of documents, for example, with legal contracts or documents with original signatures. So use your best judgment here.)

7. Organize documents by dates – Write a date on the document. This will help you organize your documents into date-order, without having to open the folder and read through all documents. (Eg: Proposal_DDMMYY – that will arrange your document with the same type of doc but with different month)

8. Use "Tickler" files – Tickler files, also known as the "43 folders" method, are a unique system that's used by many people for organizing files. 

a. Create 12 folders (one for each month of the year) and an additional 31 subfolders (for each day of the month). 
b. Fill each folder with the documents that you need to work with on that day. 
c. At the beginning of each day, open the folder for that day. 
d. Take all the items out of the folder and move them into a "today" folder or onto your desktop. 
e. Then move the empty folder into the corresponding slot for the next month. 
f. If you can't complete some work items by the end of the day, transfer them to the folder for the next convenient day. 

This system of file management helps you keep track of everything you need to do, and it also doubles as a diary.

Note:
For any system to be useful and effective, it must also be convenient for you. To some extent, this depends on the nature of your business or the work that you do. So, although there's no "one size fits all" solution to file management, you will likely profit by using some of these file management tips, and by customizing them in a way that best serves your own needs.

Clear an hour in your schedule somewhere TODAY, and set your filing system up!


Tuesday, January 1, 2013

Kepentingan Ilmu

      Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa. Pengajaran hadis: i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada : a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu) c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu. d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka. ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk. iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ˜bodoh sombong' maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.  

9 Formula Pantas Seru Rezeki (1)


BAB 1 : Susuk Jernihkan Aliran Rezeki 

Secara umum, susuk adalah sesuatu yang ditanam pada muka untuk mencantikkan rupa paras. 

Apabila susuk telah ditanam, rupa kita akan kelihatan cantik.

Susuk untuk menjernihkan aliran rezeki adalah mula dengan bersedekah RM1 sehari. 

Apabila kita amalkannya secara konsisten tanpa putus, kita pasti mula sedar dengan kelancaran rezeki kita.

Antara yang disarankan adalah sedekah tiap hari kepada fakir miskin. Semakin lama jika di amalkan sedekah RM1 sehari, semakin deras rezeki yang bakal diterima (dengan KehendakNya).

Seperti yang kita tahu, tiap sedekah yang kita labur, PASTI mendapat ganjaran 10-700 kali ganda. Ia terbukti dalam sebuah hadis;
“Jika dia berkeinginan melakukan kebaikan, kemudian ia melakukannya, Allah mencatat untuknya 10-700 kali lipat kebaikan sampai tidak terhingga." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


Alhamdulillah, Syukur dan Terima kasih Allah di atas kurniaanMu.

AMALAN PUNCA MURAH REZEKI


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

*Artikel dipetik dari emel seorang kawan...

Di petik dari : http://niniezane2009.blogspot.com/2012/07/amalan-punca-murah-rezeki-sebarkan.html

9/10 Punca Rezeki


Salam mahabbah buat pembaca..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Pernah atau tidak kita bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan??Tak pernah terlintas kut di benak fikiran kita..Kalau zaman sekolah dulu,nak dengar kawan-kawan kita kata nak jadi ‘businessman’ bila disoal tentang cita-cita oleh guru,mesti susah kan! Tapi aku ada je sorang kawan aku dulu yang memang cita-cita dia nak jadi ‘businessman’..Bila disoal oleh guru tentang cita-citanya, dia jawab nak jadi ahli perniagaan makanan halal!Memang superb lah jawapan dia..Tu yang buat aku ingat sampai sekarang..Yang aku tahu sekarang, dia study bidang ekonomi kat salah sebuah IPTA..Dah dekat dah tu dengan bidang perniagaan..Moga cita-cita dia tercapai..Amin..


Aku terasa nak tulis pasal kerjaya ahli perniagaan ni sebab melihatkan fenomena kurangnya usahawan Bumiputera atau lebih tepatnya orang Islam terlibat dalam bidang perniagaan.Pernah tak kita berkehendakkan sesuatu barang atau produk,tetapi susah untuk mendapatkannya daripada orang Islam.Pilihan yang ada hanyalah usahawan bukan Islam.Memanglah tak salah berjual beli dengan orang buka Islam,namun aku percaya masih ramai yang lebih selesa berurus niaga dengan orang seagama.

Namun,sering terjadi timbul masalah juga berjual beli dengan orang Islam.Antaranya isu kebersihan,layanan yang kurang sopan terhadap pelanggan,penipuan sukatan dan timbangan,serta kekurangan stok terhadap produk yang dikehendaki oleh pelanggan.Hal beginilah membuatkan sesetengah golongan mencebik ketika diminta memberikan sokongan terhadap usahawan Islam.Hal ini juga memberikan imej yang buruk terhadap agama Islam.Rasulullah S.A.W telah memberikan contoh yang baik sebagai ahli perniagaan berjaya. Mengapa tidak kita mencontohinya??

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).


Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Sekarang ni aku dah mula membeli secara atas talian..Hehe..Secara ‘online’ lah...Dulu aku kurang yakin dengan transaksi atas talian ni.Ye la takut tak puas hati bila barang sudah dipos sebab tak dapat tengok ‘live’ sebelum beli..Sekarang ni aku yakin untuk jual beli buku dan tudung je secara ‘online.Aku  mula beli secara ‘online’ sebab susah nak dapatkan buku dan tudung yang aku nak kat kawasan tempat tinggal aku..Kalau buku mungkin tak akan timbul masalah tak puas hati,tapi masa nak beli tudung(aku pakai tudung bidang 60,susah nak cari tudung jenis ni) aku ‘survey’ dulu kat facebook dan google..Caranya cari website atau blog yang mempunyai ‘pageview’ yang tinggi serta banyak maklum balas dan komen yang memuaskan daripada pengunjung.

Fikir-fikir balik memang dapat pahala banyak orang berniaga ni nak-nak bila perkhidmatan atau produk yang dijual susah didapati,kira dah macam fardu kifayah dah.Jadi,bila seseorang berniaga benda yang orang nak tapi susah nak dapat,dah kira banyak pahala bagi dia sebab memudahkan urusan ramai orang..Contohnya aku,susah sangat nak cari orang jual tudung bidang 60 dan tudung labuh..Kalau ada pun,jenis yang jarang daripada kain bawal..Akhirnya,aku jumpa juga kat internet..Memang beliau telah memudahkan ramai muslimah yang tercari-cari tudung yang sesuai untuk menutup aurat..See,mesti dia dapat banyak pahala kan!


Akhir kata,
‘Seandainya kita tidak mampu melakukan walau sedikit kebaikan dan kesenangan kepada orang lain,berusahalah supaya kita tidak melakukan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.’

P/S:Sesiapa yang ingin membeli secara online tudung bidang 60 dan 50,boleh jenguk blog ni..Hijab for Muslimah..Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kualiti barangnya..


di petik dari : http://suarasfw.blogspot.com/2012/08/910-punca-rezeki.html