Monday, April 14, 2025

Kenapa orang baik selalu jadi mangsa?

Kenapa orang baik selalu jadi mangsa?

Pernah tak rasa macam ni...

Anda dah sabar.
Anda dah hormat.
Anda tak pernah nak melawan.

Tapi akhirnya, andalah yang dipijak.

Pernah rasa pelik tak?

Orang yang jujur & setia disingkir dan dikhianati macam tak ada nilai.

Kenapa benda ni jadi?

Biasanya orang baik lambat sedar yang dia sedang dimanipulasi.

Dia sangka bila dia diam, sabar dan berlembut, orang lain pun akan melayannya begitu juga.

Tapi realitinya, kebaikan dan kelembutan ini dilihat sebagai peluang oleh mereka yang suka memanipulasi.

Pemanipulasi tahu anda takkan melawan. Mereka tahu anda akan faham. Dan mereka tahu, anda akan terus diam.

Jadi baik itu mulia. Tapi jadi bodoh kerana terlalu baik itu bahaya.

Kita tak perlu jadi kejam.

Tapi kita wajib jadi sedar.

Sebab dalam dunia ni kita bukan lawan syaitan yang tak nampak saja.

Kadang-kadang, kita kena hadap manusia yang perangainya lebih teruk dari syaitan.

Jadi, macam mana orang baik boleh lindungi diri supaya tak terus jadi mangsa?

Pertama, belajar untuk berkata "tidak".
Kebaikan bukan bermakna anda perlu sentiasa bersetuju.

Kedua, jangan takut hilang orang yang tak menghargai anda.
Kadang-kadang, kehilangan tu adalah pembebasan.

Ketiga, nilai orang berdasarkan tindakan, bukan kata-kata.
Pemanipulasi pandai berlakon. Tapi tingkah laku mereka tak pernah menipu.

Dan paling penting, jangan rasa bersalah kerana mula mempertahankan diri sendiri. Orang yang benar-benar menghargai anda, tak akan paksa anda diam demi jaga hati mereka.

Belajar jadi baik dengan bijak. Bukan baik sampai binasa.

No comments:

Post a Comment