"Ala, biasa lah ni. Rumah lama sikit memang ada retak-retak sikit."
Jadi buat apa? Buat tak tahu.
Minggu berlalu, garisan halus tu makin panjang. Jadi belahan kecil.
Masih buat tak kisah. "Selagi rumah tak runtuh, selagi itu retak tu tak bahaya."
Tiba-tiba bila nak tutup pintu, rasa pelik kenapa pintu tak boleh tutup rapat. Baru perasan pintu jadi ketat.
Lepas tu lantai rasa senget sikit. Bila jalan, rasa macam tak stabil.
Dah rasa pelik, baru nak panggil kontraktor.
Masa ni bila kontraktor keluarkan harga, jangan pula tanya kenapa mahal sangat!
Ada retak yang cuma kosmetik, boleh DIY—beli filler di hardware, sapu, selesai.
Ada juga retak yang jadi amaran besar—struktur mula lemah!
Retak begini boleh terjadi kerana kaedah binaan yang digunakan tidak tepat. Boleh jadi juga berlaku beban tambahan hingga struktur sedia ada tak mampu nak pikul.
Ada juga retakan berlaku tanda pergerakan tanah yang buat struktur rumah berganjak.
Dan bila garisan kecil itu makin membelah, jangan lagi fikir ‘tak apalah’!
Lagi lama tunggu, lagi besar retak.
Lagi besar retak, lagi keluarlah duit yang banyak.
Checklah dinding rumah secara berkala. Lebih baik sebelum bulan Ramadan menyapa.
Nanti raya menjelang tiba, tak cantik pula dinding rumah dengan belahan garisan halus. Atau retak besar menunggu masa nak rebah.
Nak makan ketupat pun tak aman.
Nak tambah rendang pun hati tak tenang.
No comments:
Post a Comment